#raeliz9 i

Romance Series 14536

Opah Izzah yang baru sahaja dari dapur melihat pintu bilik cucunya terbuka.

"Rael."

Izrael yang sedang mengemas barangnya diletakkan di dalam beg berubah pandangan ke arah pintu biliknya.

"Ya, opah."Senyuman disambut.

Opah Izzah menghampirinya lalu melabuhkan punggungnya di katil. "Kamu..."

Izrael melabuhkan punggungnya di sebelah Opah Izzah. Tangan tua itu diambil lalu dicium. "Nanti mesti Rael rindu dekat opah."Mata hazel itu menatap mata tua itu dengan sayu.

"Nanti kamu boleh telefon koi."Zaman sudah moden. Bukan zaman prasejarah lagi.

"Rael."Izrael yang memeluk tubuhnya sambil menungkatkan kepala di bahunya itu diusap rambut.

"Ya, pah."

"Rael jadi anak yang soleh. Lepas ini, dengar cakap daddy, ya. Daddy kamu buat semua ini kerana dia nak terbaik buat kamu, Rael."Kepala Izrael diciumnya.

"Insyaalah, opah."Senyum Opah Izzah mendengarkan kata Izrael.

"Opah."Izrael menatap opahnya.

"Apa?"Kenapa pula cucunya ini.

"Hari ini Rael nak tidur dengan opah." Opah Izzah yang mendengar kata Izrael terus melepaskan pelukannya.

"Apa kamu ini, kamu itu sudah besar gajah. Nak tidur dengan koi."Berdiri.

"Ala, opah bolehlah."Rayu Izrael.

"Tidak."

"Ala, opah. Macam dulu-dulu."

Opah Izzah hanya membiarkan rayuan Izrael. Adakah pula sudah tua mahu tidur dengannya. Tidaklah.

"Tak ada macam dulu-dulu."Pergi dari bilik Izrael.

"Opah..."Ikut Izrael akan opahnya dengan suara yang melerik untuk merayu opahnya.

"Opah."

"Tidak, koi khabar."

Suasana malam yang sunyi hanya dihiasi suara mereka yang berdebat mulut. Mungkin malam ini akan terjadi malam yang riuh seperti ini buat Opah Izzah dan Damiens Izrael.

Raeliz

Gambar mereka yang penuh dengan senyuman dipandang dengan sayu dan rindu. Bagaimana harus dia terima semua ini?

"Iz."Puan Dayah melihat anak daranya yang jauh temenung menghampiri.

"Umi."Senyum tawar diberi.

Puan Dayah melihat gambar yang dipegang Izfarni. Gambar Izfarni bersama Izrael di tepi pantai dengan senyuman yang cukup manis. Puan Dayah menatap anaknya, dia tahu apa yang dirasa anak daranya seorang ini.

"Iz."Bahu anaknya diusap.

"Esok Izrael akan balik ke Johor?" Dia ada mendengar bahawa Izrael akan pulang ke Johor kembali dari Opah Izzah.

"Iya umi. Dia dah nak balik."Sungguh rasa sedih.

"Esok, sebelum Izrael nak pergi jumpalah dia."Senyuman diberi kepada anaknya untuk anaknya kembali senyum kepadanya. Walaupun, dia tahu anaknya tidak akan senyum kepadanya kembali dengan perasaan yang duka.

"Memang Iz nak jumpa dia esok." Dia tidak mahu melepaskan saat-saat terakhir bersama kawan baiknya ini.

"Iz, jangan sedih. Nanti bila Izrael free dia akan datang ke sini juga. Lagipun dia pergi kerana kejayaan dia juga, kan?"Izfarni mengangguk.

"Sudah tidur awal. Esok nak bangun awal."

"Baik, umi."Tangan uminya dicium sebelum dia pergi masuk ke biliknya.

Raeliz

Pagi yang sangat cerah dengan matahari menghembusi awan telah menerangi halaman rumah Opah Izzah. Tharieq yang berkaca mata hitam sambil bersandar di kereta yang diberikan majikannya untuk mengambil tuan muda untuk dibawa pulang ke Johor.

"Assalamualaikum."Tharieq memberi salam sambil membuka butang baju kemejanya. Boleh tahan panas juga.

"Waalaikumussalam, Rieq. Nak ambil Izrael ya?"Jawab Opah Izzah yang baru keluar rumah.

Tharieq angguk dengan senyuman manis. "Mana dia?"

"Ada dalam bilik." Opah Izzah memandang gadis yang baru sahaja keluar dari kereta Tharieq. Siapa budak itu.

"Opah."Senyum manis Thea Hairina lalu menyalam Opah Izzah.

"Ini Thea, adik Rieq."Kenal Tharieq akan adik perempuannya.

Opah Izzah menatap Thea dengan senyum. Cantik. Pandai Tharieq menjaga adiknya. Bertudung labuh, berhandsock dan berstoking.

"Assalamualaikum." Memberi salam Izfarni yang baru sahaja datang kepada mereka.

"Waalaikumussalam."Jawab semua yang berada di situ.

"Eh, Iz. Nak jumpa Izrael ya?"Izfarni angguk lalu senyum.

"Sekejap koi panggil dia."Opah Izzah masuk ke dalam rumah.

"Izrael."Nama cucunya diseru agar keluar, namun tiada langgsung balas dari cucunya.

"Rael."Pintu bilik cucunya diketuknya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Namun, langsung tiada jawapan dari cucunya. Firasatnya mula tidak sedap hati. Tidak pernah Izrael tidak menjawap panggilannya. Semestinya anak itu akan menjawap. Sekurang-kurangnya, iya. Tetapi ini tiada langsung.

Pintu bilik Izrael dibuka, namun tiada langsung susuk itu. Kosong. Melainkan dua keping kertas yang belum dan dilepat yang telah ditindih dengan telefon bimbit milik Izrael.

Opah Izzah mengambil kertas yang belum dilipat dan membaca isi kertas yang sudah bertulis.

'Opah, maafkan Rael. Rael tahu apa yang Rael buat ini salah. Tapi, Rael tak boleh nak terima semua ini. Rael ada impian Rael sendiri. Rael minta maaf. Sampaikan salam maaf Rael dekat mummy. Surat yang satu lagi itu, opah tolong beri pada Iz. Opah, Izrael sayang opah dunia akhirat. Tunggu Rael pulang.'

Terduduk Opah Izzah membaca surat itu. Kenapa cucunya perlu buat seperti ini?

"Rael."Tingkap kayu itu dipandang dengan sayu.

Raeliz

Tharieq yang melihat Opah Izzah keluar berseorangan membelik belakang Opah Izzah. "Mana Izrael?"

Tiada kata dari Opah Izzah, namun kertas yang tadi diberi kepada Tharieq. Tharieq ambil dengan riak wajah yang tertanya.

Tharieq membaca isi surat itu lalu mengetuk dahinya. "Allah, Izrael."

Izfarni yang borak dengan Thea tadi, menjadi tertanya-tanya. Kenapa dengan Izrael?

"Iz, ini untuk kamu."Kertas yang sudah terlipat diserah kepada tuan punya yang sepatutnya diserahkan.

Izfarni yang tertanya dengan kejadian sekarang mengambil surat itu lalu membukanya. Berubah riak wajah Izfarni membaca surat itu.

'Dini Izfarni, sahabatku. Aku tahu kau marah apa yang aku buat ini. Kau marah kalau aku lawan daddy aku. Tapi, aku tak suka keputusan ini. Aku minta maaf Iz. Aku ada impian aku yang aku nak kejar. Kau tunggu aku balik. Kau akan bangga dengan aku suatu hari nanti. Percayalah. Maaf, anak itikku.'

Izfarni yang membaca surat itu sudah hilang kata. Kenapa Izrael perlu memberontak? Susah ke mahu untuk terima semua ini? Pelbagai soalan bermain difikiran.

"Kenapa susah sangat Izrael."Geramnya lalu pergi. Dia tahu siapa dia perlu tanya ke mana Izrael pergi.

"Iz."Panggil Thea.

Izfarni berlari laju ke rumah yang perlu dia tanya. Izfarni yakin, hanya dia sahaja yang rapat dengan Izrael. Mereka berdua susah mahu berahsia. Izfarni yakin semesti lelaki itu tahu.

"Macam mana ni Rieq?"Opah Izzah menatap Tharieq dengan risau. Bagaimana lelaki ini mahu menjawap dengan anak tunggal lelakinya itu.

"Tak apa, biar saya uruskan." Apa yang mahu dia kata dengan Dato Danial?

Raeliz

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam, Iz?"Jawab Encik Jamal Lawahizh.

"Jibrael mana?"

"Jibrael...."Kenapa pula anak sedaranya ini mencari anak terunanya pagi-pagi ini?

"Kenapa kau cari aku?"Jibrael yang baru sahaja keluar dari kereta menghampiri Izfarni.

"Kau pergi mana?" Nada Izfarni Meninggi.

"Kau apa hal nak marah aku?"Sudahlah mencarinya, tengking pula dirinya.

"Aku tanya kau pergi mana?"Dia perlu jawapan itu.

Encik Jamal yang melihat anak sedara dan anaknya seperti itu mula menghampiri mereka.

"Iz, tenang. Kenapa ini?"Apa yang berlaku sehingga dia marah-marah seperti ini.

"Izrael lari rumah. Iz yakin, Jib tahu kemana Izrael pergi."Dia yakin Jibrael tahu ke mana Izrael pergi.

"Jibrael?"Tanya Encik Jamal.

Namun, Jibrael hanya menggeleng dan terdiam.

"Aku tahu Jib kau tahu. Ke mana dia pergi?"Paksa Izfarni agar memberi tahunya. Susah ke mahu memberi tahunya.

"Maaf, Iz. Ini amanah."Jibrael pergi masuk ke dalam rumahnya.

"Jibrael."Tangis Izfarni dengan lutut yang tidak mampu berdiri lagi. Sungguh dia penat. Kenapa Izrael buat dirinya seperti ini. Ke mana janji setia yang dahulu?

"Mulai hari ini, aku akan ada sentiasa untuk kau. Sebagai seorang kawan. K.A.W.A.N. Best friend for ever."

"Kau tipu aku Izrael."Sungguh kehilangan kawannya tanpa ke mananya dia pergi buat hidupnya telah rasa sakit dan gelisah. Kenapa perkara ini perlu terjadi? Kenapa pergi tanpa beri tahunya? Kenapa?

Jibrael yang melihat Izfarni yang terjatuh ke tanah berasa bersalah. Dia tidak sanggup buat sepupunya seperti itu. Tetapi demi amanah dan persahabatan, dia terpaksa.

Wajah lelaki yang bermata hazel itu dipandang dengan senyuman. "Pelik do, aku tengok kau tak ada rambut."

Wajah Izrael bertukar masam. Bukan dia mahu rambut pendek seperti ini tetapi ini adalah syaratnya.

"Kau buat baik-baik, Rael. Aku sentiasa doakan kau."Bahu Izrael di tepuk.

"Terima kasih, Jib. Kau sentisa sokong aku."Bersyukur dia ada kawan seperti itu.

"Kita kawan. Time aku susah kau tolong aku. Time kau susah aku tolong kau."Tiada masalah setakat minta tolong sikit.

"Jib."

"Ha?"Izrael ditatap.

"Kau tolong rahsiakan ni dari semua orang." Permintaan terakhir sebelum dia pergi.

"Tapi, kenapa aku perlu rahsiakan?" Kenapa tak boleh terus terang sahaja?

"Aku tahu soalan tu kau boleh jawab sendiri."Jibrael sudah dapat tangkap apa yang dimaksukan Izrael. Daddynya.

"Buat yang terbaik, Rael. Jangan hampakan aku."Izrael dibawa ke dalam pelukan.

Izrael yang dipeluk membalas pelukannya. "Aku tak akan hampakan kau."Yakin padanya.

"Okeylah, aku masuk dulu."Pelukan mereka dirungkaikan.

Jibrael bertabik kepada Izrael sebelum dia masuk pergi. Izrael yang melihat tersenyum turut tabik kepada Jibrael.

"Tuan Izrael, balik dengan pangkat. Bukan hampaan!"Semangat Jibrael.

"Hampaan itu akan menjadi hampas yang lepas! Tunggu aku kembali dengan kejayaan!"Jerik Izrael lalu pergi dengan semangat.

"Tunggu aku kembali."Senyum Izrael sambil membawa begnya pergi.

Raeliz

"Baiklah. Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan.

"Kenapa abang?"Tegur Datin Ilya melihat wajah tegang suaminya.

"Anak kesayangan awak lari."

"Lari?"Terkejut Datin Ilya mendengarnya.

"Abang, jom kita cari dia."Pujuk Datin Ilya akan suaminya.

"Tak payah. Dia rasa dia terlalu besar. I nak tengok. Sejauh mana dia boleh hidup dekat luar sana." Kini hatinya sudah menjadi batu. Keras. Sudah dia muak dengan perangai anak teruna keduanya ini. Degil dan keras kepala.

Dato Danial pergi meninggalkan isterinya dengan geramnya akan anak mereka. Sudah. Dia sudah penat melayan perangai anaknya. Giliran dia abaikan sahaja kalau ini yang dia mahukan. Dia mahu yang terbaik untuk anaknya. Kalau dia tidak mahu, abaikan sahaja. Anak-anak sudah besar.

Dayeana Izzatie yang mendengarkan kata-kata ibubapanya mula menitiskan air mata. "Kenapa Abang Miens buat macam ini? Atie tunggu Abang Miens balik. Tapi kenapa?"Tersandarnya di dinding.

Dafeal Isaac yang melihat kakaknya yang tersandar itu mula menghampiri dan memeluknya. Dia tahu kakaknya mahu kepulangan abangnya meskipun dia tidak mahu kepulangan malaikat maut itu. Tetapi, rasa rindu dirinya terhadap abangnya tetap dirasa juga oleh dirinya walaupun takut bertentangan mata. Baginya, Damiens Izrael tetap abangnya.

Raeliz

Kepermegian Izrael telah mengubah seorang Izfarni. Diam dan suka bersendirian. Tiada apa yang boleh menawan hatinya yang kosong melainkan sosok yang dia rindui.

Hubungan Izfarni dan Jibrael masih sama. Jibrael hanya biasa namun Izfarni yang sukar untuk berlembut hati. Selagi Jibrael tidak berkata ke mana Izrael pergi, selagi itu dia berkeras hati. Jibrael tetap dengan pegangannya.

Mawar turut memujuk Jibrael untuk memberi tahu Izfarni namun, Jibrael hanya menggeleng. Amanah. Mawar faham akan Jibrael yang cukup berpegang kepada amanahnya. Tetapi, hati sahabatnya telah terluka kerana angkara sebuah janji.

Lama-kelamaan, Izfarni malas mendesaknya untuk memberi tahu di mana Izrael dan hanya pasrah. Biarlah dia hidup seperti biasa tanpa seorang malaikat yang selalu menemani dirinya. Hidup tetap jalan seperti biasa.

Walaupun Izrael sudah pergi, hubungan Izfarni dengan tunang semakin rapat. Sudah berketawa dan berborak bersama. Namun, rasa suka di dalam hati tetap tiada buat lelaki yang bernama Iwan Musa. Susah untuk dia memaksa rasa itu. Meskipun dia tahu, suatu hari nanti dia tetap akan bersama dengan lelaki itu.

Sekiranya takdir temukan mereka.

Raeliz

8 tahun berjalan dengan bergitu pantas. Semua yang berlalu sudah pergi meninggalkannya, namun kenangan tetap tercetus diingatannya.

Kini, Izfarni sudah berubah menjadi seorang gadis yang sangat ayu dan cantik. Ramai juga di universiti mahu mencubanya namun dengan alasan yang mudah untuk menolak, dia sudah bertunang.

Izfarni berlajar di UITM yang terletak di Johor. Johor? Ini adalah tawaran setelah dia memperolehi keputusan SPM yang cukup bagus. Ini bukan sahaja tawaran yabg dia perolehi tetapi banyak lagi tawaran yang lain. Antaranya di Perlis, Kedah dan Selangor. Tetapi, Johor tetap menjadi pilihan hatinya. Lagipula, Mawar turut dapat tawaran di sana juga. Jadi ada penemannya ketika berada disana.

Mawar pilih berada di Johor kerana satu sebab sahaja. Kakaknya tinggal disana bersama suaminya. Senanglah kalau ada orang yang dia kenali disana. Mudah untuk urusan meminta wang.

Namun, itu bukan alasan Izfarni untuk berlajar disitu.

"Iz, senyumlah sikit."Pohon Mawar apabila melihat Izfarni sudah termenung jauh. Hari ini hari kebahagiaan mereka kenapa perlu bersedih bukan?

Hari ini adalah hari konvokesyen mereka setelah sekian lamanya dia berlajar disitu. Kini, ini adalah kejayaan.

Izfarni senyum indah untuk menceriakan suasana yang indah ini. Lihat kesemuanya bahagia tiada duka melainkan hatinya.

"Mawar."Panggil seseorang sambil membawa bunga dan coklat menghampiri Mawar.

BERSAMBUNG.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience