"Sebagai hadiah perkahwinan korang. Motorsikal untuk Miens dan kereta untuk Iz."Tersenyum Dato Danial melihat pasangan itu.
Terharu Izrael akan Dato Danial yang terlalu meraikan perkawinan mereka berdua. Terus Izrael memeluk Dato Danial."Thank, dad."
Izfarni yang turut terasa terharu, turut memeluk Dato Danial. "Terima kasih, daddy sebab terima Iz dalam keluarga ini."Mengalir air matanya kerana terlalu terharu.
"Jadi, daddy harap korang boleh balas daddy dengan cucu."Memandang anak dan menantunya.
Izfarni sudah tersedak. Tersedak dengan air mata mungkin apabila mendengar kata minta dari Dato Danial. Izrael pula sudah memandang atas. Entah apa yang dia pandang pun tidak tahu.
Dato Danial senyum. "Pergilah tengok. Kalau ada kurang."
Angguk Izrael dan Izfarni lalu menghampiri hadiah masing-masing.
GTR R35 yang dihadiahkan kepada Izfarni cukup cantik. Membuat Izfarni tidak berkelip mata. Dengan warna biru laut kegemarannya bertambah sukanya terhadap hadiah pemberian Dato Danial.
Ducati Panigale V4 yang dihadiahkan kepada Izrael cukup mewah dan bergaya. Dengan warna hitam yang memukau matanya cukup membuatnya puas hati atas pemberian Dato Danial ini.
Sungguh tidak dapat dinafikan, Dato Danial sangat pandai memilih hadiah. Cukup keperluan dan impian kepada si penerima.
"Lepas ini, bolehlah abang nak bersweet dengan Kak Iz nak motor." Kata Izzatie untuk memerli abangnya.
"Kenapa kau jelouse ke? Kalau jelouse pergilah kawin." Izfarni yang berdekatan dengannya itu dicium pipinya.
"Abang Miens dengan along sama sahaja. Dua-dua menyakitkan hati."Berlari masuk rumah. Manakala Dato Danial dan Datin Ilya hanya ketawakan anak perempuan mereka. Kuat sangat cemburu dengan abang-abangnya.
"Tak baiklah."Bisik Izfarni kepada Izrael.
"Sorry, sweetlove." Balas Izrael.
"Mari kita masuk, makan."Ajak Datin Ilya lalu mereka semua masuk ke dalam rumah untuk menjamah makanan tengah hari.
Raeliz
Selesai sahaja solat Isyak, Izrael menyuruh Izfarni bersiap. Katanya mahu membawa Izfarni berjalan-jalan sebelum esok dia mula berkerja.
Tudung showl berwarna coklat, hoodie berwarna cream dan seluar berwarna coklat menjadi pilihan hatinya. Ditambah pula Izrael yang mahu maching dengannya yang turut memakai hoodie berwarna cream dan seluar berwarna coklat. Barulah nampak pasangan mahu dating.
Dari atas hinggalah bawah, Izrael memegang tangan Izfarni sehinggalah mereka bertemu dengan Dato Danial dan Datin Ilya yang sedang bersantai sambil menonton televisyen.
"Daddy, mummy. Miens dengan Iz nak keluar."Minta izinnya.
"Iyalah. Nak naik motor kan?"Soal Dato Danial.
Izrael senyum."Ada motor baru mestilah mahu cuba."Tersenyum Dato Danial mendengar kata-kata anak lelakinya itu.
"Itu, helmat. Daddy bagi motor, mestilah ada helmet juga."Menunjuk dua topi keledar yang berada di atas kabinet.
Izrael yang memandang arah yang ditunjukkan oleh Dato Danial itu. Terlihat ada dua topi keledar. Satu topi keledar yang bertelinga dan satu lagi topi keledar yang sangat bergaya. Semestinya ini topi keledar couple yang dibeli oleh Dato Danial.
"Daddy pun tahu."Tidak menyangka daddynya turut tahu tren anak muda sekarang ini.
"Daddy bukannya duduk zaman batu pun, Miens."Setakat tren sekarang. Tiada apa hallah baginya.
"Okaylah, Miens gerak dulu."Menyalam Dato Danial dan Datin Ilya yang diikuti Izfarni.
"Hati-hati."Pesan Datin Ilya.
"Inshaallah, mummy." Dengan izin Allah semuanya akan baik-baik sahaja.
Izrael dan Izfarni keluar bersama dengan membawa topi keledar masing-masing.
Izrael memanaskan enjin motorsikalnya lalu memakai helmat. Manakala, Izfarni masih mahu memakai helmat tetapi tidak boleh. Izrael yang sudah menaiki motorsikal melihat tindakan isterinya yang masih belum boleh memakai helmat.
"Kenapa tak boleh masuk ni?"Rungut Izfarni.
Izrael yang melihat Izfarni mula mencebik menarik Izfarni dekat menghampirinya. "Ala, sian betul isteri aku. Meh, aku tolong pakaikan." Mengambil topi keledar dari tangan kecil Izfarni lalu memakaikan di kepala Izfarni.
"Ha, kan boleh masuk."Selesai memakai topi keledar kepada isterinya.
Senyum terus Izfarni."Terima kasih, angel."
"Sudah, naik."Arah Izrael.
Izfarni naik ke atas motorsikal lalu memeluk erat Izrael. "Siap."
"Pegang elok-elok. Aku nak rempit ni." Pesan Izrael lalu dia memulas minyak dan keluar dari halaman rumah Dato Danial.
Izrael menunggang dengan penuh berhemah sambil Izfarni memeluknya. Sungguh bahagia rasanya. Sehinggalah mereka tiba di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
"Turun."Arah Izrael lalu Izfarni akur dan turun.
Izrael mematikan enjin motosikalnya lalu membuka helmat. Sekali lagi, melihat Izfarni sudah membuat Izrael tersenyum. Di saat tadi melihat Izfarni tidak boleh memakai helmat dan sekarang, Izfarni tidak pandai membukanya pula.
Izfarni memukul Izrael yang sedang ketawakan itu. "Tolonglah buka."
"Haha. Sini."Izfarni menghampiri Izrael agar helmat di kepalanya dibuka.
Izrael membuka helmat dipakai Izfarni lalu meletakkan di atas motosikalnya. Tangannya dihulur kepada Izfarni. Izfarni yang sudah memahami maksud Izrael terus menyatukan tangan mereka lalu mereka bersiar-siar di situ.
Sepanjang mereka di situ, mereka menghabiskan masa bersama. Bersiar-siar sambil berpegang tangan dan bergambar dengan penuh senyuman. Sangat kelihatan seri dan manis penganting baru. Sungguh bahagia.
Usai selesai mereka bersiar-siar disitu, Izrael membawa Izfarni bersiar-siar makan angin dengan menaiki motosikalnya. Izfarni yang selesa dengan keadaan begitu sambil memeluk Izrael. Bahagianya rasa. Kau orang bila pula.
"Rael."
"Kenapa?"Fokus dengan menunggang motosikalnya.
"Bosanlah slow. Lajulah sikit."Minta Izfarni.
Izrael yang mendengar kata slow daripada isterinya itu, memang cari maut. Sungguh mencabar dirinya.
"Peluk aku kuat kuat."Terus Izfarni memeluk Izrael dengan kuat dan erat.
Izrael yang tersenyum sinih lalu memulas minya dengan sekuat hati. Semakin lama, semakin laju motosikal ditunggang Izrael. Dari 80 naik ke 120, meter motosikal. Sungguh laju.
"Kau gila ke Rael! Laju!"Menepuk perut Izrael kerana dia sudah terasa gayat.
"Tak lajulah! Aku memang gila pun! AKU GILAKAN DINI IZFARNI!!! I LOVE YOU !!!"Jerik Izrael dengan sekuat hatinya.
Izfarni sudah berbahang mukanya. Hantu mana yang merasuk tubuh suaminya ini sehingga perangai sebegini. Nasiblah tiada orang dan jalan yang sunyi hanya diterangi lampu jalan sahaja.
"Rael! Slow. Memang jalan ini tak ada orang. Tapi, belum tentu tak ada cik abang polis dan cik abang JPJ. Daripada kita kena sedekahkan kepada mereka, lebih baik kita balik. Simpan duit untuk masa depan kita." Pujuk Izfarni.
Izrael hanya tersenyum dan pelahankan kelajuan motosikalnya. "Iyalah. Tapi, kau ada nampak tak cik abang-abang tu dekat sini?"Takut juga kalau ada di sini.
"Tak ada. Tapi...."
"Tapi apa?"Kenapa pula isterinya ini.
Izfarni tersenyum mengejek. "Kau takut kena saman ye."Apa ni abang tentera. Tak padulah.
"Aku bukan apa. Cuma, habislah imej aku sebagai tentera kalau aku kena saman. Sudahlah aku banyak berkerja sama dengan unit anggota polis ni." Hancurlah kalau jadi seperti itu.
"Kiranya kawan kaulah kan? Tak akan tak boleh harga kawan-kawan kut."Kalau sudah selalu berkerjasama.
"Amanah tetap amanah. Nanti dekat akhirat nak jawab apa?"Izfarni diam. Ada benar dikatakan Ustaz Izrael ini.
"Jom, balik. Sudah lewat ini."Izfarni angguk lalu mereka pulang ke rumah.
gila izrael kerana cinta.... gila sweetfan kerana mereka bahagia.... gila author kerana kesiksaan para raeder.... bahagialah dahulu sebelum naj gegarkan dengan tsunami akan rumah tangga mereka. But, korang suka tak cerita Ezz kalau korang suka nanti kalau naj free naj up date cerita Ezz... nak tengok Ezz yang masuk air itu bagaimana dia boleh bertemu jodohnya.... komen nak lagi.... kita jumpa next week pula... (●´з`)♡
Share this novel