#raeliz37 ii

Romance Series 14536

"Anggap hadiah perkahwinan kau orang dari aku. Aku pun belum lagi bagi hadiah dekat kau orang," senyum Izrael.

  "Tapi, kaukan nak kawin. Mesti banyak guna duit nanti," semestinya orang yang baru mahu memulakan rumah tangga memerlukan banyak duit kerana dia lalui hidup seperti itu. Jadi, dia sangat memahami.

  "Bukan selalu. Dan demi kebaikan dan kebahagiaan sepupu aku juga," dia ikhlas. Dia mahu yang terbaik untuk mereka.

  "Thank, angel," senyum Izrael.

  "No hallah, angel," senyum Jibrael.

  Keluarga Izrael dan Mawar hanya menatap mereka dengan senyuman. Semoga mereka sentiasa bahagia.

Raeliz

  Izfarni yang baru sahaja membuka matanya, mengosok matanya yang kabur. Tubuhnya cuba untuk direnggangkan namun ada tangan yang melilit pinggangnya. Dia menatap sosok tubuh yang memeluk tubuhnya. Damiens Izrael, suaminya yang memeluk tubuhnya. Dia menatap suaminya itu lalu mengusap rambut suaminya.

  Izrael yang terjaga dengan belaian pada rambutnya, membuka matanya. "Sweetlove?" katanya dengan suara yang serak memandang isterinya. Dia mendekatkan dirinya dengan isterinya.

  "Ye, abang," senyum Izfarni.

  "Kenapa sayang terjaga ni? Sayang tak selesa ke?" menatap wajah isterinya dengan mata yang masih kabur. Soalnya kalau isterinya tidak selesa dengan posisi sekarang.

  "Tak, Iz suka. Abang tidurlah. Iz pun nak tidur ni," wajah suaminya dikelusnya.

  "Emm." menenggelamkan wajahnya pada leher isterinya sambil memeluk erat isterinya.

  Izfarni yang melihat karenah suaminya itu hanya tersenyum. Melihat suaminya, dia jadi teringat akan sesuatu.

  "Kau tu perempuan kampung, tak layak untuk Izrael," kata Datin Ilyana.

  "Datin siapa nak menilai saya layak ke tidak untuk Izrael?" Izfarni melangkah ke arah Datin Ilyana dengan tatapan tajam.

  Datin Ilyana yang melihat Izfarni yang berani maju mula melangkah ke belakang.

  "Asal diam? Tak mampu nak jawab. Jadi, jangan sebuk hal rumah tangga orang dan jangan pertikaikan hal suami saya," amaran Izfarni kepada Datin Ilyana sebelum dia pergi.

  "Kau yakin, Izrael pergi kerja? Entah-entah dia cari betina lain," kata Datin Ilyana. Dia masih belum habis berbicara dengan wanita ini.

  Kaki Izfarni terhenti sambil melepaskan keluhannya. Tidak habis lagi perempuan tua ini.

  Tanpa menatap Datin Ilyana dia berkata. "Nak cari betina mana dekat laut tu. Kalau ada pun, ikan jerung betina je yang ada. Itu kalau dia cari pun, dia yang kena ngap dengan jerung tu," balas Izfarni. Nak sangat lawan kata dengan dia. Lagi pula, mulutnya sudah berapa kali berbuih mengatakan suaminya berkerja. Kerja. Susah juga mahu percaya. Dia melangkah pergi sekali lagi.

  "Hey, mandul!"

  Namun kali ini, langkahnya betul-betul terhenti sambil menatap wajah Datin Ilyana dengan tatapan tajam. Ini sudah melampau. "Apa masalah mak ngah ni? Tak habis nak kacau saya. Dah tak ada nak kacau mental dan fikiran saya?" melepas semua kata-kata yang terpendam di hatinya. Dia sudah lama bertahan. Geram. Cukup geram.

  "Salah ke apa aku kata. Dah kawin, tak mengandung-mengandung. Entah-entah mandul," tersenyum sinihnya.

  Izfarni yang menatap Datin Ilyana dengan mata yang merah menahan air mata sambil tangan kecilnya menggenggam erat jari-jemarinya. "Mak ngah boleh tak berhenti panggil saya mandul. Saya tak mandul! Dan lagi satu, apa yang mak ngah tak puas dengan saya?" bengis Izfarni.

  "Divorce," sepatah perkataan cukup bagi orang di hadapan matanya memahami.

  "Cerai?" mengalir air mata Izfarni yang cukup lama dia tahankan.

  "Yes, lebih baik kau bercerai sahaja dengan Izrael tu dan bagi Illy yang jaga dia," permintaan yang mudah bukan.

  Izfarni yang mendengar permintaan wanita tua itu hanya menatap tajam sambil berkata,"Sampai saya mati pun, saya tak akan minta cerai. Damiens Izrael is mine. Only mine," tekannya pada ayat hujungnya lalu dia pergi meninggalkan wanita tua itu. Dia benar-benar hilang sabar dengan wanita tua itu.

  Izfarni yang menatap Izrael yang berada dipelukan, ditatap dengan air mata. Dia benar-benar tidak sanggup mahu berpisah dengan lelaki yang bertahta di hatinya. Dia cukup takut.

  Matanya mula dipejam untuk melupakan segala-galanya. Lebih baik dia kosongkan fikirannya dengan tidur. "I love you, abang."

  Izrael yang berada dipelukan hanya berpura-pura tidur kerana dia mahu memerhati isterinya, berasa sedih kerana melihat isterinya sebegitu.

  'I'm sorry, sweetlove. I love you too, sayang.' kata Izrael di dalam hatinya. Ini salahnya kerana tidak mampu menjaga isterinya dengan baik. Dia tidak mampu untuk bersama dengan isterinya selalu hanya semata-mata demi negara yang memerlukannya.

   'Maafkan abang, sayang,' mengalir air matanya.

kenapa Izrael selalu salahkam diri dia ekh? naj pun terpikir....aih! komenlah.... untuk next chap sila tunggu untuk berapa minggu.... untuk #raeliz1,2,3 naj akan up yang baru untuk betulkan benda yang slaah. kalau ada motif keluar tu, bukan chap yg baru k... tapi ada yang naj ubah sedikit... just wait.. tq bagi yang sanggup setia dengan xnqn... jasa para raeder sangat saya ingati. setiap komen anda adalah kebahagiaan saya.... THANK!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience