#raeliz3 i

Romance Series 14536

Letih sungguh rasa hari ini apabila berjalan satu kampung bersama kawan baharu. Kaki pun terasa lenguh berjalan dari petang hinggalah maghrib.

Pada hari ini, Izrael dibawa Jibrael berjalan ke pelbagai tempat dan kenal dengan pelbagai orang. Boleh dikatakan hampir satu kampung Jibrael mengenalkannya kepada orang kampung. Nampak sahaja orang yang dia kenal, semesti mulutnya akan berkata. Ini Izrael, cucu Opah Ijah.

Izrael yang melihat karenah Jibrael hanya pasrah mengenali lelaki ini. Terlebih peramah orangnya sehingga serabut kepalanya melayan.

Selesai sahaja mandi dengan pakaian baju melayu dan kain pelekat, Izrael baringkan tubuhnya di sofa sementara menunggu opahnya bersiap untuk ke masjid bersama.

"Rael, apa yang kamu baring lagi. Kita nak ke masjid ni."Melihat cucunya bukan main dia baring.

Izrael segera bangkit dari baringnya lalu mencapai songkok yang berada di meja dan memakainya.

"Jom."Merapikan pakaiannya lalu mendahulukan Opah Izzah berjalan sebelum pintu rumah ditutup dan dikunci.

Raeliz

Izfarni memandang sahabatnya yang berada disebelahnya dari atas ke bawah. Pelik. Sungguh pelik.

"Asal ouk pandai koi gitu?"Melihat Izfarni yang memandangnya lain macam.

Izfarni menyentuh dari Mawar menggunakan tangan belakangnya. "Tak demam."Melihat Izfarni seperti itu, segera tangan Izfarni di tepis olehnya.

"Ouk pahal?"

"Tak ada apa. Tapi ouk tu."Menunjuk Mawar.

"Koi? Kenapa pulak?"Ada apa dengan dirinya.

"Dah kena sampuk ke? Yang buang tebiat datang masjid hari ni?"

Mendengar kata-kata dari mulut manis Izfarni muka Mawar menjadi masam. "Nak kena sampuk dulu ke baru nak ke masjid?"

"Dok le. Ouk tu, selalunya koi ajok dok pernah nak ikut. Ini tiba aja ouk tepacak depan rumah koi ajak pergi masjid. Tu pelik semacam." Yelah, selalunya bila ajak pergi masjid, macam-macam alasan yang akan keluar dari mulut seorang gadis yang bernama Ainnul Mawar.

Mawar menggaru kepalanya sengan muka yang tidak tahu ingin mengatakan sesuatu sambil tersenyum rasa bersalah.

"Sebab apa ouk datang masjid hari ni?"Izfarni memandang Mawar dengan keningnya terangkat sebelah menunggu jawapan dari gadis itu.

"Err... Hari ini, Abang Jib bagi tahu dia jadi imam solat isyak."Jawap Mawar dengan rasa bersalah.

"Patut menggeletis semacam. Niat salah."Mata Izfarni menjulingkan ke atas.

"Ala, sekurangnya koi nak pergi ke masjid."Membantah kata sahabatnya.

"Tapi, niat ouk tetap salah. Orang pergi masjid sebab Allah, bukan sebab imam dia siapa."Berjalan laju meninggal Mawar yang berada di belakang.

Muka Mawar mencebik mendengar kata-kata sahabatnya. Terasa hingga makan dalam baginya. Sangat sentap ya. Mawar memandang Izfarni yang sudah jauhnya lalu mengejar gadis itu. "Iz, tunggu koi."

Realiz

Izrael melangkah masuk ke dalam masjid. Sebelum dia duduk, terlebih dulu dia menunaikan solat sunat tahyatul masjid dan solat sunah sebelum maghrib yang sudah menjadi tabiat dan runtinnya ketika pergi ke masjid.

"Assalamualaikum."Berpaling sahaja salam kedua, Izrael hampir sahaja mahu jantungnya terbelah dua melihat Jibrael disebelahnya. Namun begitu, reaksi seorang Damiens Izrael tidak akan memberi reaksi apa-apa melainkan wajah yang kosong.

"Waalaikumussalam."Senyum Jibrael namun dipandang pelik oleh Izrael sehingga menjarakkan tubuhnya dari Jibrael.

"Asal kau jauh dari aku."Pelik Jibrael.

"Risau juga aku tengok kau ni Jib."Lain macam betul perangai budak ni.

"Apa yang risaunya? Aku ni manusia kut. Bukannya binatang."Jawap Jibrael dengan dahi yang berkerut. Ada apa dengannya yang perlu dirisau.

"Manusialah yang perlu dirisukan."Jawap Izrael lalu berdiri untuk membuat saf apabila iqamat dilaungkan.

Makin keliru Jibrael dengan ayat Izrael. Apa maksud sebalik ayat tadi? Terpikir-pikir Jibrael dengan ayat tadi. Sehinggalah....

Jibrael berlari ke sebelah Izrael yang duduk di belakang imam. "Kau pikir aku ni songsang ke?"Marah Jibrael.

"Shuut, imam nak angkat takbir dah."Kini Jibrael pula yang dimarahi oleh Izrael.

"Allahuakbar!"Takbiratul ihram di angkat yang diikuti para jemaah.

Solat dilaksanakan dengan khusyuk secara berjemaah. Bacaan yang dibaca oleh imam sangatlah sedap didengar dengan tajwid dan makhrash yang betul.

Apabila disaat rakaat kedua, imam bagi para jemaah telah terbatal wuduk disaat membacakan Al-Fatihah. Segera imam tersebut keluar dari kedudukanya.

Dengan tiga langkah ke hadapan, Izrael kini berada di tempat imam dan menjadi imam kepada jemaah. Microphone yang dipakai oleh imam tadi, dipakai kepada Izrael. Jibrael dan jemaah yang disebelahnya merapatkan saf yang telah dikosongkan oleh Izrael.

Izrael membaca kembali Al-Fatihah yang masih belum sempurna tadi dengan merdu dan tajwidnya. Bacaannya sungguh sedap dengan taranum. Ayat Al Quran yang dibacanya senang dilantunkan oleh bibirnya meskipun yang dibacanya potongan surah yang panjang tanpa sebarang kesalahan ayat dan tajwid.

Inilah yang dikatakan oleh Izzati, bacaan Izrael sangat sedap ketika mengaji mahupun menjadi imam solat. Mungkin bertuah sesiapa yang dapat memiliki seorang lelaki yang bernama Damiens Izrael.

"Assalamualaikum. Assalamualaikum."Salam diberikan.

Selesai sahaja solat beberapa jemaah mula membuka mulut apabila mendengar bacaan Izrael yang sedap dan merdu.

Izrael yang mendengarkan bisikan-bisikan itu hanya diendahkan dan hanya meneruskan zikir dan wiridnya memuji Allah dan Rasul-Nya. Doa dibaca dengan hayati setiap kalimah yang dibaca dalam Bahasa Arab untuk meminta kepada Tuhan Yang Maha Esa atas hamba-Nya yang lemah ini.

"Amin, amin ya rabbal alamin."Doa diaminkan lalu Izrael menyalam jemaah yang berada di belakangnya.

"Alhamdulillah, sedap sunggu suara kamu dik. Pak cik suka."Puji pak cik yang berhampiran dengannya akan bacaannya tadi.

"Ye. Sumpah bacaan kau sedap gila Izrael. Kau ni budak tahfiz ke?"Kagum Jibrael atas kebolehan Izrael yang sangat hebat.

Izrael angguk. "Tak adalah pak cik. Bacaan saya belum cukup sempurna. Rasul Allah tetap sebaik-baik bacaan Al Quran."Izrael merendahkan dirinya dan katanya. Betul. Tiada siapa yang mampu menandingi bacaan Rasul SAW.

"Kamu dah hafal berapa juzuk Al Quran? Tadi ayat yang kamu baca bukan surah lazim yang biasa."

"30 juzuk, pak cik. Itu pun belum baik lagi bacaannya."Segan Izrael mahu menjawapnya. Takut dikalau dia akan merasa bongkah dengan apa yang dia ada. Bisikan syaitan sentiasa ada apa setiap manusia.

"30 juzuk?"Terkejut Jibrael mendengar kata-kata dari mulut Izrael sehingga membulat matanya.

"Alhamdulilah, sejuk perut mak ayah kamu ada anak macam kamu. Pak cik bangga dengan kamu."Kagumnya dengan kebolehan budak lelaki yang berada di hadapannya. Inilah budak yang memberi jenerasi yang terbaik untuk masa hadapan dan agama kita.

"Pak cik tak perlu bangga dengan saya. Banyak lagi orang yang baik bacaannya dari saya."

"Memang betul. Tapi, kamu orang pertama yang pak cik jumpa di hadapan mata. Pak cik harap kamu kekal dengan apa yang kamu ada dan sentiasa mengulang hafalan."Lelaki separuh usia itu menepuk lembut bahu Izrael untuk memberi semangat.

"Inshaallah pak cik."Izrael mengangguk

Sedang mereka berborak tiba-tiba semakin ramai para jemaah yang menghampiri mereka untuk melihat siapa yang menjadi pengganti imam tadi.

"Kamu ni cucu Ijah bukan."Tegur seorang lelaki yang separuh usia menghampiri Izrael.

Izrael yang hanya terdiam tanpa sebarang kata-kata, Jibrael yang menjawapnya seperti dirinya.

"Iya pak cik. Inilah yang saya tunjuk petang tadi."Ramah Jibrael.

Namun disebalik di jemaah lelaki, jemaah perempuan turut bising menanyakan siapa yang menjadi imam tadi. Habis kesemuannya menanyakan soalan yang sama. Sama seperti Mawar yang duduk di sebelah Izfarni yang tidak beberapa kisah meskipun dia pun turut tertanya namun hanya pada dirinya sahaja.

"Iz, siapa yang ganti imam tadi yek?"

Izfarni mengangkat bahu."Entah."

"Kau rasa siapa?"Terpikir siapa yang menjadi imam tadi.

"Kan koi khabar dok tahu. Nak tanya lagi wat apa?"Tak paham bahasa ke orang kata. Nak juga suruh orang pikir. Namun, di dalam hati Izfarni.

'Siapa dia?'

Opah Izzah yang mendengar perbualan ramai hanya terdiam sambil menyurukkan senyuman dan kegembiraannya. "Sedap sungguh bacaan kamu, Real."Bisiknya sambil mencapai Al Quran pada rak yang disediakan.

Opah Izzah sangat mengenali cucunya. Setiap bacaan dan suara mereka hanya di dalam poketnya. Kesemua kebolehan dan tahap cucu-cucunya kesemuanya dia sudah tahu meskipun jarang bersama mereka. Dia dengar bacaan mereka hanya pada setiap perayaan sahaja ketika di rumah anaknya.

Raeliz

Dengan cahaya lampu jalan yang menerangi mereka, Izrael berjalan bersebelahan opahnya sambil bergandingan tangan. Risau akan keselamatan opahnya. Takut ada apa-apa yang tidak diingini akan berlaku.

"Kamu ni Rael. Koi ni dah besar. Kamu tak payah risaukan koi."Melangkah dengan penuh beratnya dengan usia yang sudah tua.

"Rael nak tolong opah je. Tak akan tak boleh kut."Tangannya tetap pada sisi yang sama.

"Tak salahlah. Tapi koi boleh jalan sendiri." Memandang Izrael sambil tersenyum.

"Kenapa opah pandang Rael gitu?"Pelik dengan pandangan opahnya.

"Salah ke koi nak pandang cucu koi sendiri?"

"Tak salah pun. Cuma pelik. Macam opah nak ngorat Rael je."Usik Izrael.

"Koi nak ngorat kamu. Apa yang kamu ada ye? Rupa bukan lawa mana pun."Membuat muka tidak suka. Sahaja mahu menafikan kenyataan yang sememangnya benar. Cucunya memang berupa.

"Ye, koi sedar. Koi tak de benda pun. Harapkan duit mok bapok je. Jauh pula dengan mok bapok pulak tu."Kata Izrael dengan nada yang kasihan sambil memandang ke langit.

Opah Izzah yang mendengar loghat Izrael mula tersenyum dengan karenah cucunya seorang ini. Bahu Izrael di cubit.

"Aduh!"Menggosok bahunya yang agak sakit dengan cubitan lobter opahnya tadi.

"Tak payah nak sendu sangatlah."Geleng Opah Izzah sambil tersenyum.

"Kenapa senyum? Minat khabo."Semakin menjadi-jadi Izrael mengenakan opahnya.

"Koi cubit lagi kang."Mahu mencubit bahu Izrael namun dengan pantas Izrael mengelak tubuhnya.

"Tak nak."Geleng Izrael.

Opah Izzah memandang cucunya dengan bahagianya. "Gini rupa perangai kamu ya, Rael. Koi ingat kamu ni pendiam sangat. Bila koi datang rumah, asik teperuk je dalam bilik."Geleng Opah Izzah melihat perangai sebenar cucunya.

Izrael hanya menggaru tengkuknya mendengar kata-kata dari opahnya sambil mencabut songkoknya.

Opah Izzah mengusap rambut Izrael dengan lembutnya."Koi bangga dengan kamu, Rael. Tapi kenapa kamu suka buat perangai?"Mengingati akan nasib Izrael yang selalu di marah oleh anak tunggalnya.

Izreal mendengar kata-kata opahnya hanya terdiam dan berubah wajah apabila mengingati daddynya. Rasa sakit yang berada di dalam hati masih sama mengingati kisah lalu yang mengubah semuanya sehingga dia menjadi seperti ini.

"Rael."Panggil Opah Izzah apabila cucunya sudah mengelamun jauh.

"Ya."Jawap Izrael apabila sedar dari lamunannya.

"Kamu okay?"Izrael angguk.

"Jom, opah kita balik. Tak baik duduk luar lama-lama malam ni."Memakai songkoknya kembali.

Opah Izzah hanya angguk lalu mengikuti langkah cucunya sambil bergandingan tangan. Namun hanya beberapa langkah, Opah Izzah berhenti.

"Kenapa opah?"Kerut dahi Izrael.

"Kamu ada masalah dengan daddy kamu ke?"Dengan pantas Izrael menggeleng.

"Tak. Jom kita balik."Izrael memimpin opahnya untuk pulang ke rumah dengan jiwa yang bercampur baur yang dirasakannya sekarang.

Realiz

Jauh pandangan Dato Danial meskipun hanya sebuah cawan yang berisi kopi yang sudah sejuk. Meskipun hanya sebuah cawan di pandangan tetapi itu bukanlah pandangannya sekarang. Jiwanya sudah jauh sangat.

Datin Ilya yang melihat suaminya yang berada di balkoni hanya memandang dari jauh. Dia tahu apa yang bermain difikiran suaminya. Kakinya melangkah ke arah suaminya.

Bahu Dato Danial dipicik dari belakang, membuat Dato Danial sedar dari lamunannya. "Sayang?"Tangan isterinya dicapai lalu dicium belakang tangan yang dicintai separuh jiwa.

Tempat kosong yang berada di sebelahnya menjadi tempat duduk Datin Ilya. "Abang fikirkan apa?"Rambut suaminya dibelai.

"Tak ada. I fikirkan kerja je. Projek banyak masuk kebelakang ini."Batang hidungnya dipicik.

Datin Ilya yang mendengar jawapan suaminya membuat muka. "Masih nak ego."Bisiknya.

"Cuba abang jujur je, yang abang fikirkan pasal Mien sekarang ini."Susah betul mahu merendahkan egonya ini.

"Kenapa I nak fikirkan pasal budak tu? Dia dah besar. Pandailah dia hidup."Kopi yang berada di atas meja di cicipnya.

"Dah sejuk. Tak de selera I nak minum. Baik I tidur je."Bangkit dari duduknya lalu memasuki ke dalam bilik.

Melangkah sahaja ke dalam bilik., gambar yang berada di kabinet menjadi sasaran matanya yang memberi memori yang sangat indah bagi hidupnya.

Datin Ilya yang melihat arah pandangan suaminya hanya menggeleng kepala. Sangatlah ego.

BERSAMBUNG...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience