Get the app for full experience
Di ibupejabat ini, terdapat pelbagai kelengkapan buat karyawan mereka. Dari gim, kawasan khas untuk riadah, kafe dan ruang untuk para pekerja tidur sekiranya ada yang perlu bermalam di syarikat. Kebiasaannya Eva akan habiskan masa di kawasan riadah jika tidak sibuk, tapi pada hari itu disebabkan dia memerlukan kafein dalam salur darahnya untuk kekal wars dan rasional, dia atur langkah ke kafe di level 5 selepas siap menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Harris setengah jam lalu. Disebabkan waktu itu waktu bekerja, kawasan kafe tidak terlalu sibuk seperti waktu kemuncak. Jadi Eva boleh santai memilih pesanannya. Namun ketenangan dan rasa santa itu hanya ...