"Rael, bangunlah."Macam-macam dia buat agar lelaki itu bangun tetapi langsung tidak membuka mata.
Mata Izrael masih terpejam dan kini, matanya pula yang berair. Nangis. Suami tidur sampai tidak mahu bangun.
"Rael."Dengan mata yang berair mengejut lelaki itu.
"Bangunlah."Menangisnya seperti suaminya itu sudah tiada padahal, hanya tidur yang tidak sedar sahaja.
"Rae..."
"Bah!"Sergah Izrael. Ha, tadi tidak mahu dengar kata suami. Sekarangkan sudah kena.
"Rael!"Menepuk bahu kanan Izrael yang luka itu.
"Arght! Sakit."Mengelus lembut bahunya yang terluka itu.
"Sorry, sakit sangat ke?"Mengelap air matanya.
"Taklah."Senyum melihat isterinya yang yang menangis seperti budak kecil. Ya Allah, comelnya. Dengan mata yang berair, hidung merah dan mulut muncung macam anak itik. Geram sungguh rasanya.
Izrael mengelap hinggus Izfarni dengan ibu jarinya. Alahai, isteri. "Sudah jangan nangis."
Namun makin ditegur, semakin menjadi-jadi tangisan isterinya. Terus Izfarni memeluk suaminya dan menghempapkan wajahnya di dada suaminya yang berlapik baju itu. Manja.
Semakin tersenyum Izrael dengan wajah yang agak merah. Sabar-sabar. Layan, sahaja perangai si isteri. Tadi, suruh tidur. Sekarang, orang sudah tidur menangis pula.
"Sudahlah nangis tu."Mengelus belakang isterinya.
"Eemm."Menggeselkan wajahnya kepada Izrael.
Izrael yang seakan sedar apa yang isterinya lakukan sekarang, menanyangkan wajah mendatar. "Iz, kau lap hingus kau dekat baju aku ke?" Menatap sang isteri tanpa sebarang senyuman.
Izfarni yang masih memeluk Izrael menatap lelaki itu dengan senyuman yang cukup manis.
"Hehe."Itu sahaja yang mampu dia balas.
"Nasib, sayang. Kalau tidak aku humban kau dalam laut."Mencium umbun-umbun isterinya.
"Itulah, lain kali dengar kata suami. Ini degilkan, kan sudah mendapat." Bebel Izrael.
Bibir pink Izfarni mencebik. "Janji tak buat lagi."Mengeratkan pelukannya akan suaminya.
"Betul?" Mahu kepastian.
"Promise." Mengangkat tangan. Betul, tidak buat sudah.
"Okay, sekarang kau kena bayar denda sebab kau tak nak dengar kata aku." Denda tetap denda.
"Aku nak bayar macam mana?" Kena buat apa agar denda lunas dijalankan.
"Buatlah, macam mana-mana pun." Tidak kisah. Asalkan jalankan denda itu.
"Baik."Senyum Izfarni.
Cup!
Izfarni mencium bibir Izrael dengan sekelip mata. Izrael yang sudah terkaku itu jadi merona mukanya dengan tidakkan melulu isterinya. Sangat mengejukkan.
"Rael, jomlah tidur. Aku sudah mengantuk."Membaringkan tubuhnya.
Izrael masih terkaku.
"Rael."Panggilnya akan suaminya yang seperti batu itu.
"Iyalah."Terus Izrael baringkan tubuhnya laku memeluk isterinya dan memejamkan matanya dengan wajah yang masih merah.
Izfarni yang sedar akan suaminya itu, turut merah mukanya. Malulah, dengan tindakannya sendiri. Terus dia menyurukkan mukanya dalam dekapan Izrael.
Tidur. Tidur. Tidur.
Raeliz
TING TONG!
Datin Ilya dan Izzatie yang sedang melayan K-drama jadi terganggu dengan bunyi loceng rumah. Terus mereka berpaling ke arah pintu.
"Siapa datang my?" Tanya Izzatie akan Datin Ilya.
"Entah, Atie pergi tengok."Mengambil tudung sarung dan stoking yang telah dia sediakan di laci televisyen sekiranya tetamu datang mengejut ke rumahnya.
Izzatie mengambil tudung dan stoking lalu dipakainya. Datin Ilya turut memakainya. Izzatie menghampiri pintu utama lalu membukanya.
Sebaik pintu dibuka. "Atie!" Memeluk Izzatie.
Izzatie yang menerima pelukan itu terus badannya menjadi keras kejung. Entah mahu kata apa. Jijik? Tidak suka? Tiba-tiba sahaja? Tapi apa yang dia rasa, dia tidak suka dengan pelukan itu.
"Assalamualaikum, along."Menyalam Datin Ilya.
"Waalaikumussalam."Datin Ilya yang terkejut akan kehadiran adik perempuannya menjadi agak kurang suka kehadiran mereka berdua. Dia orang buat apa, dia tahu apa sebab mereka berdua datang ke rumah ini.
Izzatie menolak Illy agar pelukan dilepaskan lalu dia menatap Illy yang bertudung tanpa menutup dada. Alhamdulillah, perempuan ini sudah bertudung. Sebelum ini, hanya free hair. Mesti mahu menarik perhatian Abang Miens dengan bertudung. Namun baginya itu perbuatan sia-sia, semestinya abangnya tidak akan pandang langsung sepupunya ini.
Kalau dia, mahu dibezakan Kak Iz dengan Illy memang dia akan pilih Kak Iznya. Illy, langsung dia tidak tertarik dan pandang. Perempuan gedik.
"Mana Abang Mien I?"Menjeling mandang ke arah mereka berdua.
Datin Ilya dan Izzatie saling berpandangan. Memang betul jangkaan mereka.
"Mari kita. Mak long ada masak ketam masak lemak. Mesti Illy rindu nak rasa masakkan mak long."Menarik lembut tangan Illy untuk dibawa ke dapur bersama. Datin Ilyana yang melihat mereka hanya mengikuti mereka.
"Atie?"Panggil Datin Ilyana.
"Nanti Atie ikut sekali." Senyum Izzatie.
Datin Ilyana hanya angguk lalu mengikuti kakaknya dan anaknya ke dapur.
Izzatie berlari mencari telefonnya. Dia kena bagi laporan ini. Mak Ngah datang rumah. Orang yang paling penting, adalah Abang Miennya yang akan on the way ke mari.
Terus dia menelefon abangnya itu. "Angkatlah abang." Tidak henti-henti kakinya bergoyang. Gementar ini.
Beberapa minit kemudian, panggilannya dijawab. Terus dia berlari ke luar rumah tidak mahu didengari oleh orang yang berada di dapur.
"Abang Mien!"
Share this novel