#raeliz18 i

Romance Series 14536

Sudah berdebar-debar yang dirasakan oleh pengantin lelaki. Dalam beberapa minit lagi dia akan mengangkat lafaz akad nikah dan sah menjadi suami orang.

"Encik."Panggil tok kadi yang berada dihadapannya.

Dengan hembusan nafas, dia menghulurkan kanan. Dia telah siap untuk menjadi suami orang.

Pengantin perempuan dengan dua orang wanita yang menemaninya sudah berdebar-debar. Setelah lafaz disebutkan dia akan menjadi isteri sah orang itu.

"Iwan Musa bin Iman Mukim."

"Ya, saya."

"Aku nikahkan di kau dengan Irany Mellisa binti Irayyan Mael dengan emas kahwinnya  50,000 baht tunai."

Dengan sekali lafaz."Aku terima nikahnya Irany Mellisa binti Irayyan Mael dengan emas kahwinnya 50,000 baht tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah." Para wali hanya mengesahkan mereka.

Dengan kini, Iwan sah bergelar suami kepada Irany.

Iwan yang masih berada di tempatnya hanya menatap Irany dengan senyuman. Dengan pandangan Iwan sebegitu, Irany turut senyum.

Raeliz

Pada hari esok, dia akan berangkat menuju ke tempat misi. Oleh itu, dia bercadang untuk tidur di kuartes milik Luth. Mudah dia mahu membuat persiapan. Esok mereka akan berangkat lewat malam seperti biasa. Susah musuh mereka mahu mengesan kedatangan mereka.

Sebelum datang ke sini, terlebih dahulu dia mengambil restu dan memberi tahu orang tuanya atas misi yang akan dia sertai. Kedua tangan dan tubuh ibubapanya telah dicium dan dipeluk.

Meskipun, ke pergiannya berat oleh Datin Ilya namun itu adalah kerja anaknya yang perlu dia terima. Hanya doa yang dapat dititipkan.

Izrael menatap baju melayu berwarna putih yang disimpannya di dalam sarung baju tersebut. Sambil dia menyimpan baju itu ke dalam almari, dia tersenyum.

Luth yang bersandar di muka pintu sambil meminum air kopi hangat, memandang Izrael dengan tersenyum. Kawannya ini semakin mahu jadi suami orang, semakin kerap betul dia tersenyum. Orang darah manis dikatakan.

"Tak sabar nak pakai ke tu?"Tanya Luth setelah lama memerhati.

Izrael yang menutup almari baju sambil menghadap Luth."Entah bila tak tahu."Menatap Luth.

"Sabarlah Rael."

"Aku sabarlah ini."Berjalan menghampiri Luth.

"Kau tahu ke misi kita kali ini?"Sengaja dia mahu menanyakan itu kerana dia yang turut sertai misi ini kurang tahu apa tujuannya.

"Apa yang aku tahu. Misi kali ini luar kawasan. Dekat sempadan Thailand." Itu lokasi yang dia ketahui apa yang telah diberi tahu dalam meeting pagi tadi yang dia hadiri.

"Jauhnya."Jauh betul. Kenapa perlu sampai ambil tentera yang berada di Johor. Sedangkan ada tentera yang berada di Kelantan yang berantara dengan Thailand itu.

"Dia orang minta kita hadiri sebab mereka perlukan tentera dari setiap negeri untuk sertai misi kali ini. Jadi, kita yang terpilih untuk misi kali ini."Terang Izrael. Bukan tiada tentera di sana tetapi ini adalah wakil dari mereka.

"Kalau macam ini, nampak macam berat sahaja misi ini."Fikir Luth.

"Boleh, kata berat juga. Sebab dia orang itu seludup senjata ke Malaysia dekat semua negeri."Misi kali ini melibatkan bermain dengan senjata.

"Aduh, main ajallah macam ini."Sungguh ini adalah sangat berbahaya. Boleh maut sekiranya salah langkah.

"Aip, selalu kau suka. Kali ini mengeluh."Pelik sungguh kawannya ini. Setahunya setiap kali misi yang bermain dengan senjata dialah yang paling maju.

"Aku pun nak kawin juga, bro." Kalau dia tertewas dalam misi tidak kawinlah dia.

"Itu yang kau fikir."Tidak sangka kawannya memilirkan tentang apa yang turut dia fikirkan namun tidaklah seteruk kawannya ini. Dia masih tawakkal pada Allah.

"Inshaallah, Allah akan sentiasa pada kita."Belakang Luth ditepuk.

"Baik, kita berjuang bersama...."Tangan Luth bersatu dengan tangan Izrael.

"..sehingga kemenangan bersama dengan kita di hari raja sehari kita."Sambung Luth sambil menatap wajah Izrael yang tersenyum dengan lesung pipitnya.

"Tunggu abang balik...."Jerik Izrael dengan Luth.

".....sayangku, Dini Izfarni!"Sambung Izrael.

"......sayangku, Luthfiya Meadina!" Sambung Luth.

Peluk mereka antara satu sama lain sambil tersenyum. Inilah dirasakan dua orang leftenan ini. Bagia yang cukup tidak terkata.

Raeliz

Terbatuk-batuknya kerana tersedak susu strowberi yang diminumnya. Dadanya ditepuk sedikit untuk mereda.

"Ukh! Ukh!"Mulutnya yang tersisa susu dihujung bibirnya dilap dengan tangannya.

"Siapa yang sebut nama aku malam-malam macam ini?" Mesti orang menyebut namanya gara-gara dia tersedak.

"Mesti Luth."Kata Puan Lily yang baru sahaj tiba sambil membawa cawan yang dipakai suaminya tadi unyuk dibasuh.

"Apa bonda ini."Mengarut sahaja bondanya ini.

"Betul apa bonda kata."Membasuh cawan tadi.

"Bonda jangan lupa ya, janji kita." Sengaja dia mahu mengingatkan janji Puan Lily kepadanya.

"Janji?"Bila ya dia berjanji dengan anaknya ini?

"Bonda jangan nak pura-pura lupa. Bonda sudah janji nak bagi Fiya sampaikan cita-cita Fiya kalau Fiya kawin dengan Abang Luth."Itulah janji Puan Lily akannya disaat lamaran Luth telah sampai kepadanya untuk diterima.

"Iya, bonda tak lupa."Cawan yang siap basuh diletak di rak.

Puan Lily menghampiri Luthfiya yang sedang minum susu sambil melihat cerita PASKAL di Netflix dengan tatapan kurang suka. Namun, bukan dia kisah cerita apa yang Luthfiya lihat tetapi cara duduk Luthfiya cukup membuatnya rasa sangat geram. Sangat tidak sopan seperti seorang lelaki.

"Fiya."Mencibit bahu Luthfiya.

"Aduh! Apa bunda ni?"Menggosok bahunya.

"Berapa bonda kata, duduk tu sopan sikit. Awak tu perempuan. Nak pula jadi isteri orang. Elok sikit."Mahu menjadi isteri orang pun perangai masih tidak ubah-ubah.

Perangai Luthfiya dari kecil sangat lasak dan ganas bukan seperti wanita yang lain. Disaat waktunya kecil, dia lebih suka berkawan dengan lelaki bersama abangnya berbanding bermain dengan kakaknya bermain pondok-pondok kerana dia sangat tertaksup dengan tentera kerana dia mahu menjadi seperti babahnya iaitu Mejar Leman.

"Dia nak kahwin dengan Fiya, dia kena terimalah Fiya."Jawab Luthfiya dengan mudahnya.

Sekali lagi tangan ketam Puan Lily melekat dibahunya."Aduh!"

"Menjawab."Geram Puan Lily. Ada sahaja mulut anak bongsunya ini. Degil.

"Malas bonda nak cakap dengan Fiya ini."Perginya. Makin dilayan anak daranya ini semakin banyak jawapan yang akan keluar dari mulut anaknya itu.

"Tak apalah. Bonda tak nak cakap dengan Fiya, kota boleh layan dengan abang-abang PASKAL ini."Senyum bahagianya. Tiada apa yang dapat boleh pisahkannya dengan ini.

Raeliz

Jibrael yang baru sahaja dari dapur milik rumah Encik Darfan, datang menghampiri Izfarni dengan Mawar yang sedang membaca novel di meja batu dihadapan rumah itu sambil membawa sedulang yang berisi minuman dan kudapan malam.

"Sudahlah itu membaca. Cuba bagi aku attetion sikit."Kata Jibrael untuk mendapatkan perhatian dua gadia itu.

Izfarni menutup novelnya lalu diletak ke tepi."Alololo, siannya dia. Nak perhatian ya."Kata Izfarni sambil memandang Jibrael dengan senyuman mengejek.

"Biar sahaja dia Iz. Nak terima tawaran itu sangatkan."Kata Mawar dengan nada yang mengajuk sambil matanya menghadap novel miliknya.

Hubungan Jibrael dan Mawar agak keruh kerana beberapa hari yang lalu Jibrael telah menerima tawaran untuk berpindah mengajar di Johor Bahru. Katanya mahu mengubah suasana baharu tetapi Mawar tidak suka kerana mereka akan berjauhan.

"War, ouk jangan macam ini. Jib ini dia nak bagi kesenangan kat ouk."Pujuk Izfarni akan Mawar untuk membelai Jibrael.

"Ouk tak payah nak bela dia ini Iz."Muka Izfarni langsung tidak dipandang.

"Koi bukan nak bela tapi, cuba ouk faham dia sikit sahaja Mawar."Kenapalah kawannya ini terlalu fikirkan diri sendiri.

"Apa yang pentingnya Iz. Dia itu. Kerja dekat ada nak kerja jauh-jauh."Merajuk Mawar.

Izfarni menghembus nafasnya lalu menatap Mawar dengan tatapan tajam. Mawar sudah kecut perut melihat tatapan Izfarni. Jibrael sudah menelan air liur. Tatapan itu cukup berbahaya yang akan menerimanya kecuali Izrael yang sudah biasa dengan tatapan itu. Kalau Izrael dia akan buat main-main sahaja.

"Kau ini....."Kalau mulut Izfarni sudah keluar kau dari mulutnya kepada Mawar itu bermakna dia sudah cukup bersabar dan rimas. Itulah yang diajar Izrael agar dia tidak lagi memendam rasa lagi.

"....susah betul nak faham Jib tu. Dia tu cari duit untuk kau. Kau juga beria-beria nak kawin dengan dia tapi tak pandai langsung nak berkorban. Asik nak paksa sahaja dia tak faham langsung. Kau dfikir dia robot ke" Lepas Izfarni apa yang terpendam dalam hatinya. Sudah muak dia mendengar luahan hati mereka berdua. Seorang tidak mahu sabar kawin tetapi tidak mahu langsung berkorban dan yang seorang lagi tidak cukup-cukup kumpul duit tetapi tidak juga kawin-kawinnya. Beban sungguh dalam hidupnya.

"Kau pun sama Jib, kawin sahaja dengan Mawar ini. Kalau nak dikumpul harta dunia ini,sampai bila kau tak akan kawin."Giliran Jibrael dibahannya.

Air yang dibawa Jibrael tadi dituang dan diminumnya. Kering tekaknya setelah membebel akan dua orang ini. Sungguh bebankan hidupnya. Itu sebabnya berjodoh agaknya.

"Baik."Serentak mereka berdua.

"Minta maaf."Arah Izfarni akan dua orang itu. Seperti seorang ibu yang mendidik anak-anaknya.

"Maaf, Abang Jib. Mawar terlalu berlebih-lebih."Mohon Mawar.

"Maafkan abang juga, War."Mohon Jibrael pula.

Mendengar kata maaf dari pasangan mereka membuat mereka berasa bahagia dan mula tersenyum.

"Kan macam ini baru baik. Sejuk mata memandang."Meminum airnya sambil memgelurkan telefon daripada poket seluarnya.

Buka sahaja telefonnya, motification dari Izrael semalam. Semalam dia tidak sempat membuka telefonya kerana mengecas telefonnya.

Dia membuka motofication dari Izrael tadi, ternyata satu vidoe yang dihantar oleh Izrael. Dia downlod video yang dihantar Izrael tadi.

"Kau tengok apa itu Iz?"Tanya Mawar lalu meminum air yang dituangnya tadi.

Jibrael hanya melihat Izfarni yang sedang melihat telefon sambil dia membelek novel-novel Izfarni dengan Mawar. Apalah yang manarik sangat ini dia pun tidak tahu.

"Izrael, ada hantar video."Kata Izfarni.

"Nak tengok."Kata Mawar dengan rayuan.

"Apa War ini. Kacau orang nak berasmara cinta."Tegur Jibrael. Kacau sahaja pasangan tunang ini mahu berkasih sayang.

"Marilah."Ajak Izfarni akan Jibrael dan Mawar.

Mawar terus menghampiri Izfarni untuk melihat dengan dekat. Jibrael turut dekat namun, jarak mereka tetap ada agar mereka ada batas antara satu sama lain.

Video dibuka oleh Izfarni laku mereka bertiga menonton video yang dihantar Izrael tadi.

"Apa khabar, cik tunangku? Sebelum aku nak berjuang. Aku nak bagi satu lagu yang perlu kau dengarkan. Aku harap kau nak dengar dari mulut pedas aku ini. Hehe."Ketawa Izrael di akhir katanya. sungguh merdu di dalam video itu.

Jantung Izfarni sudah berdegup kencang melihat video yang direkodkan Izrael. Cukup membuatnya cair. Dengan kedudukan Izrael yang berpakaian jubah hitam sambil memegang sebuah gitar di balkoni pada malam yang sepi. Sungguh kelihat Izrael sangat kacak.

"Aku nak nyanyi satu lagu yang cukup memberi makna apa tujuan aku nak sangat berkawin dengan kau sebenarnya. Aku sukar untuk memberi tahu isi hati aku tapi, dengan lagu aku boleh luahkan rasa hati aku."Jujur Izrael dengan katanya.

Mawar dan Jibrael hanya menatap satu sama lain. Mereka hanya mampu diam kerana mahu Izfarni mendengar setiap kata-kata Izrael.

"Buat dirimu,Dini Izfarni. Terimalah sebuah lagu yang berjudul 'Kasih Kekasih'. Khas untuk dirimu, sweetlove." Kata Izrael dengan tersenyum sambil memulakan dengan bermain gitar.

"Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati
Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi..." Lantunan suara Izrael cukup merdu didengari dari gegendang telinga mereka.

Izfarni menatap video itu dengan penuh hayati dan mendalami setiap kata lagu itu. Cukup lagu itu memberi penjelasan kata Izrael selama ini. Dia tidak menyangka inilah yang Izrael simpankan di dalam hatinya selama ini terhadap dirinya.

"Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia..." Muka Izrael cukup memberi peranan dengan nyanyian yang dinyanyikannya.

Mawar dan Jibrael hanya menatap Izfarni yang sudah mengalir air matanya kerana terlalu terharu akan perbuatan Izrael. Baginya, perbuatan Izrael sangat membuatnya terharu. Kenapa lelaki ini terlalu manis dengannya.

Lagu didengar dan dihayati sehingga habis dengan penuh dalam bagi seorang gadis yang bernama Dini Izfarni.

"Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan
Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua."Izrael membuka matanya lalu menatap ke arah kamera.

"Terima kasih sebab dengar sampai habis. Iz, tunggu aku balik. Jangan risau aku akan okay. Percaya kepada aku. Tunggu aku ya, sweetlove." Video itu diakhiri.

Mawar membawa Izfarni ke dalam pelukannya. Jibrael hanya menatap telefon Izfarni dengan tatapan sayu. Bukan mereka tidak tahu, Izrael terpaksa melambatkan pernikahan mereka kerana perlu menyelesaikan misi yang perlu dia sertai. Namun, semestinya misi itu sangat membahayakan nyawa seorang tentera sepertinya.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience