#raeliz19 i

Romance Series 14536

Baju kurung dan tudung berwarna putih dipakainya sangat bergitu sepadan dengannya cantik sangat. Ditambah pula dengan solekkan yang berada dimukanya, bertambah kecantikannya.

"Cantiknya ouk, Iz."Puji Mawar yang melihat kawannya yabg sangat cantik.

Izfarni hanya ketawa kecil."Ye dok?"Macam tidak boleh percaya sahaja.

"Wallahi wabillahi wathallahi." Sumpahnya dengan atas nama Allah. Dia tidak menipu langsung.

"Hihi, terima kasih."Sukanya akan sumpahan itu.

"Ini kalau Izrael tengok mesti tidak kelip matalah."Yakinnya.

"Ada-ada sahaja ouk ini." Ada sahaja perangainya untuk mengenakannya.

"Iz, Izrael dah balik ke?"Tanya. Bagaimana mahu menjalankan majlis penikahan ini kalau pengantin lelaki tiada.

"Entahlah, tapi dia sudah janji."Dia pun masih tidak tahu akan tunangnya itu. Tapi, lelaki itu sudah janji akannya akan pulang.

"Akak."Panggil Dina dengan wajah yang agak kecewa.

"Kenapa Dina?"Melihat wajah adiknya yang kecewa membuat dirinya risau.

"Keluarga Abang Rael sudah sampai."Katanya.

Keluarga Izrael sudah sampai tetapi patutnya mereka gembira bukan sedih.

"Izrael."Senyum Izfarni.

"Tapi, kenapa dia orang ke mari? Tidak tunggu kat masjid?"Pelik Mawar.

"Akak pergilah tengok."Kata Dina dengan rasa bersalah.

Izfarni berdiri lalu berjalan ke ruang tamu untuk melihat apa yang sudah berlaku sekarang ini. Mawar hanya mengikuti dan tertanya-tanya.

Jantung Izfarni sungguh berdebar-debar. Harap-harap tiada perkara buruk berlaku. Tolonglah.

Sebaik sahaja di hadapan muka pintu rumahnya, Izfarni memandang mereka semua dengan pandangan pelik.

"Eh, marilah masuk."Ajak Izfarni dengan wajah ceria.

Encik Darfan dan Puan Dayah sudah tidak tahu mahu menjelaskan kepada anaknya. Bagaimana anak mereka perlu menerima kenyataan ini?

Melihat semua orang yang berwajah kecewa tanpa senyuman membuat Izfarni berasa susah hati. Kenapa ini?

"Mana Izrael?"Tanyanya namun tiada siapa yang menjawab.

Melihat mereka diam, Izfarni semakin susah hati."Akak Sal,Abang Darren, Dafeal, mana Izrael"Tanyanya lagi kepada tiga orang itu.

Izfarni memandang seorang lelaki yang menghampirinya dengan wajah yang cukup kesal.

"Luth."Panggil Izfarni melihat Luth menghampirinya dengan sesuatu di tangannya.

Luth sudah balik. Semestinya Izrael sudah balik. Luth mesti tahu Izrael di mana.

"Luth, mana Rael?"Tanyanya menatap lelaki itu.

Dengan penuh rasa bersalah dia cuba untuk mengatakan."I-Izrael..."Air matanya mengalir.

"Izrael dah tak ada Iz. Dia tewas semasa misi. Ini baju dia."Kata Luth sambil menunjukkan baju uniform milik Izrael di tangannya.

Terduduk Izfarni mendengar itu. Izrael sudah tiada. Sungguh ini perkara yang sangat dia takutkan selama ini. Air mata Izfarni mengalir hingga ke pipi.

"Iz!"Panggil Mawar lalu memeluk gadis itu.

"Izrael."Panggil Izfarni akan lelaki yang sudah bertemu Illahi itu.

"Iz kau kena kuat. Allah lebih sayang dia."Pujuk Mawar untuk memujuk Izfarni.

Izfarni manatap Mawar dengan air mata."Izrael dah tak ada War. Ouk dengar tak dia dah TAK ADA!"Jerik Izfarni dengan air matanya. Cukup susah dia untuk dia terima semua ini.

"Izrael."Meraung Izfarni dalam pelukan Mawar.

"Aku nak Izrael."

"Tenang Iz."Pujuknya lagi agar kawannya bertenang.

"IZRAEL!"Jerik Izfarni dengan kuat.

"IZRAEL!"

Matanya yang terpejam tadi kini terbuka dengan terkejutnya. Wajahnya berpeluh. Dia mimpi buruk.

Izfarni menyekat rambutnya di belakang cuping telinganya. Wajahnya dikesatnya. "Astafirullah." Istighfarnya. Sungguh mimpi itu sangat seperti kenyataan baginya. Sungguh benar apa yang dia lihat.

Izfarni menatap cincin yang berada di rantainya. "Izrael, kau okay ke?" Cincin itu diciumnya.

Raeliz

Mata hazel itu terbuka juga setelah pensan dari perlawanan tadi. Dia bangkit dari baringnya lalu bersandari di batang pokok.

Kepalanya dipicitnya."Arght, kepala aku."Pening.

"Kau dah sedar?"Tanya Luth sambil membawa secawan air.

"Altha?"Panggil Izrael akan Luth. Itu adalah gelaran Luth yang diberikan oleh Izrael ketika melakukan misi, yang bermaksud penyembuh kerana Luth adalah salah satu anggota tentera yang mahir dalam perubatan. Dia sangat mahi dalam perubatan tradisional yang dia pelajari ketika belajar. Disebabkan itu dia mahir ilmu perubatan dan dia tahu apa pokok yang dia perlukan untuk berubat.

Seperti sekarang, dialah merawat Izrael dan membawa Izrael ke sini untuk memberi rawatan.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Izrael."Kau dah okay?" Soal Luth.

"Aku okay, cuma pening sikit."Jujurnya kepalanya agak pening.

"Nah, minum air herba ini. Racun itu masih ada dalam badan kau."Memberi cawan tadi kepada Izrael.

"Racun?"Mengambil cawan yang diberikan oleh Luth.

"Dekat belati tadi, ada racun bisa ular. Dan kau dah kena tikam dengan belati tu."Terang Luth apa yang sudah berlaku tadi.

"Bagaimana kau tahu?"Sungguh musykil lelaki ini dapat tahu.

"Lelaki tadi bagi tahu aku."Jawab Luth sambil menatap pohon-pohon di dalam hutan itu.

Baru dia teringat. Bagaimana dengan lelaki yang dia kejar tadi?"Laki tu."

"Dia tengah soal siasat dengan tentera lain."Jawab Luth.

Izrael hanya mengangguk lalu meminum air herba tadi. Dengan sekali teguk dia habiskan air itu. Mukanya agak berkerut sedikit. Pahit, tetapi dia sudah biasa minum air ini setiap kali dia terkena racun atau bisa haiwan ketika misi.

"Luka kau, aku dah jahit dan letakkan daun kapal terbang dekat luka tu." Semasa Izrael pensan tadi dia terlebih dahulu memeriksa lelaki itu. Disebabkan luka itu terlalu dalam, dia terpaksa menjahit luka itu.

"Thank, Altha." Senyum Izrael. Lelaki ini selalu menyelamatkannya.

"Tak ada masalahlah. Jom, solat. Lepas itu, kita teruskan misi."Ajak Luth. Izrael hanya mengangguk.

"Kau boleh jadi imam tak?"Soal Luth. Selalunya Izrael akan menjadi imam mereka setiap kali misi.

"Sikit sahaja ini."Izrael, mana tahu serik. Setakat luka terkena belati, sabit, sniper atau senjata yang lain, sudah banyak parut di tubuhnya yang dia rasakan selama ini. Setakat jahit itu sudah biasa baginya.

"Tuan."Datang seorang tentera bawahan kepada mereka.

"Saya dapat maklumat, yang mereka akan bergerak ke Filipina malam ini." Kata tentera itu apa maklumat yang dia dapat dari lelaki tadi.

"Kalau macam itu, siapkan tentera untuk malam ini. Kita kepung mereka sebelum mereka ke Filipina. Pastikan misi kita akan tamat malam ini juga."Arah Izrael dengan tegas.

"Baik, tuan."Segera tentera itu memberi arah kepada tentera yang lain.

"Aku akan cari cara untuk infomkan maklumat ini kepada commando." Segera Luth berlari.

"Kau orang tamat malam ini."Senyum Izrael dengan sinihnya lalu berlari untuk melakukan sesuatu yang perlu dia lakukan untuk tamatkan misi ini.

Raeliz

Dia melihat suasa pantai dari sudut sliding door dari balkoni bilik mereka tempah. Sangat cantik.

Tiba-tiba ada satu tangan melilit di pinggangnya. "Dear." Memeluk isterinya dengan penuh kasihnya. Kepalnya diletakkan di bahu si isteri.

"Bie."Mengusap wajah sang suami yang mahu bermanja kasih darinya.

Iwan melepaskan pelukkannya lalu memusingkan Irany agar menatapnya. Pipi isterinya diusapnya.

Irany yang selesa dengan belaian sang suami mula hanyut dengan belaian itu.

"Dear happy tak?"Soal Iwan akan isterinya.

"Happy. Thank bie, bawa I honeymoon dekat sini. I suka sangat."Merangkul leher sang suami yang cukup dia cintai.

Dengan tingkah laku Irany seperti itu Iwan memeluk pinggang ramping isterinya sambil tersenyum." You are welcome. Jom." Ajak Iwan.

"Pergi mana?"Tanya Irany dengan polos.

Iwan tersenyum nakal."Pergi jalan-jalan." Mendukung Irany masuk ke dalam bilik.

"Iwan!"Jerik Irany dengan tingkah laku suaminya yang mengejutkannya.

Raeliz

Mawar menatap Izfarni yang sedang termenung akan bunga telur yang disiapkan oleh gadis itu. Jauh betul gadis itu termenung. Apalah yang difikirkan?

"Iz."Panggil Mawar membuat gadis itu tersedar dari lamunan.

"Apa War?"Memandang Mawar yang sudah selesai menyiapkan bunga telur.

"Ouk termenung apa ini?"Membantu Izfarni menyiapka bunga telur.

Izfarni terdiam.

"Ouk fikir fasal Rael kan?" Itu sahaja yang boleh buat gadis itu temenung jauh.

"Koi risaukan Izraellah, War."Jujurnya dalam hatinya.

"Risau apanya, esok ouk nak akad nikah dengan dia kut."Esok sahaja akan berlakunya majlis akad nikahnya apa yang perlu dirisaukan lagi.

"Macam mana koi tak risau, War. Izrael sudah atau belum balik pun koi tak tahu. Kalau belum dia balik, koi nak akad dengan siapa nanti?"Cuba fikirkan apa yang dia fikirkan. Majlis ini tidak akan berlangsung kalau tiada dia. Itulah rukun untuk akad nikah.

"Cuba ouk jangan risau. Koi yakin Izrael akan balik. Kita tengok sahaja esok."Cuba untuk menenangkan Izfarni yang sudah risau akan tunangnya itu.

Raeliz

Izrael yang berpakain baju melayu putih yang didampingi Luth disebelahnya ada untuk menemankannya. Jantung Izrael sudah berdebar-debar. Sungguh dia begitu rasa gementar.

"Luth, aku nervouselah." Itulah rasa seorang lelaki yang akan sebentar lagi memikul berat yang cukup berat.

"Tenang sahaja. Semua akan baik-baik sahaja. Percayakan aku."Yakin Luth dengan yakinnya.

Izrael menghembuskan nafas untuk dia sentiasa rasa tenang.

"Cuma aku nak tahu sesuatu dari kau. Kau okay tak?" Soal Luth lagi.

Itulah soalan yang tidak berhenti dari mulut Luth kepada Izrael. Sungguh dia sangat risaukan kesihatan sahabatnya itu. Dia risaukan luka Izrael yang berlaku pada misi mereka itu.

Baru semalam mereka pulang dari misi. Akhirnya, mereka berjaya menumpaskan musuh mereka dengan mengepung kapal mereka sebelum mereka menuju ke Filipina dan mereka dapat pulang ke rumah semula.

Sebaik sahaja mereka selesai misi dan pulang, Izrael terlebih dahulu dibawa ke pusat rawatan untuk dirawat akan lukanya. Nasib, doktor mengatakan lukanya tidak dijangkiti kuman dan jahitan Luth sangat kemas untuk luka itu. Tiada apa perkara buruk yang berlaku di pusat rawatan. Lukanya hanya dicuci sahaja.

"Aku okay, Luth. Berapa kali kau nak tanya. Doktor pun kata baik-baik sahaja. Kau pula yang over lebih." Risau sangat sahabatnya.

"Aku risau pun salah."Protes Luth. Salah ke perbuatannya.

Izrael menggeleng."Merajuk pulak. Meh, sini peluk kawan kau ni."Menari Luth agar memeluknya.

Sebaik Luth dipelukan Izrael lelaki itu menangis."Izrael, kawan aku nak kawin sudah. Lepas ini, siapa nak layan aku."Sungguh sedih dia rasakan. Selalunya ada Izrael yang selalu melayan karenahnya.

"Apa kau ini. Aku kawin ke, tak ke. Aku akan selalu untuk kau Luth. Kau Altha aku. Sahabat aku dunia akhirat."Memeluk Luth dengan erat.

Luth melepaskan pelukkan itu lalu membuang air matanya."Aku sentiasa doa untuk kebahagiaan kau, Angel." Senyumnya.

Izrael turut tersenyum."Kau dah bagi tahu Khaleed dan Ezz yang aku akad nikah hari ini?"Soalnya akan dua sahabatnya itu.

"Sudah, dia orang kata dah sampai."Terlebih dahulu dua orang itu sudah sampai.

"Laju betul."Tidak sangka dua orang itu lebih dahulu sampai darinya.

"Jom, Rael. Orang dah tunggu kau tu."Menepuk bahu Izrael.

"Jom."Izrael dan Luth berjalan bersama-sama menuju ke dalam masjid.

"Bismillah."

Raeliz

Izfarni yang sudah berhias cantik dengan pakaian dan solekkan yang dipakainya beraut wajah risau.

"Kenapa ini, Iz?"Tanya Puan Dayah.

"Iz, risau Izrael tak datang."Kata Izfarni dengan wajah yang hampir menangis.

"Inshaallah. Miens datang, sayang. Jangan risau."Kata Datin Ilya untuk menyakinkan mereka.

"Assalamualaikum."Datang dua orang jejaka yang masuk ke dalam masjid itu.

"Waalaikumussalam."Jawab semua orang berada disitu.

Izfarni menatap lelaki yang berbaju putih itu dengan penuh senyuman. Melihat lelaki itu, semua rasa risaunya sudah merasa lega dan hilang.

"Kan koi kata, Izrael tak hilang. Risau sangat Abang Navy dia itu."Kata Mawar di belakang Izfarni.

Datin Ilya dan Puan Dayah sudah ketawa dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut Mawar.

"Aduh!"Izfarni mencubit Mawar. Malulah dia.

Izrael menyalam semua para lelaki disitu dan mengambil tempatnya yang sepatutnya dia duduk."Maaf semua, saya lambat."Mohon Izrael sambil menatap Izfarni dari jauh. Sungguh gadis itu sangat cantik pada pandangannya.

"Tak apa."Kata Encik Darfan yang berada di hadapan matanya.

"Ini maklumat kamu, sila semak. Pengantin perempuan sudah semak." Kata salah seorang lelaki yang menguruskan pernikahan mereka hari ini.

Izrael mengambil semua maklumat itu dan menyemak kesemuanya dengan teliti. Semuannya betul tiada yang salah. Maklumat itu dikembalikan kepada lelaki tadi kembali.

"Izrael, sudah bersedia?"Tanya Encik Darfan yang akan menjadi tok kadi untuk pernikahan mereka. Dia mahu anak perempuannya ini, dia yang nikahkan.

Izrael mengangguk. Dengan menghembusan nafas."Bismillah." Menghulur tangannya.

"Bismillah."Dengan nama Allah, Encik Darfan memulakan majlis penikahan ini. Ijab kabul Damiens Izrael dan Dini Izfarni.

"Damiens Izrael bin Danial Izham."

"Na'am, ana." (Iya, saya.) Jawab Izrael disaat namanya dipanggil.

"Ankahtuka wa zawwajtuka makhtubataka binti Dini Izfarni binti Darfan Khalid alal mahri nuskhat min alquran alkarim wamiayat 'alf rinijit hallan." ( Aku nikahkan engkau dan aku kawinkan engkau dengan pinanganmu, puteriku Dini Izfarni binti Darfan Khalid dengan emas kawinnya senaskah Al-Quran dan seratus ribu ringgit tunai. )

"Qabiltu nikâḫahâ wa tazwîjahâ bil mahril madzkûr haalan." ( Saya terima nikah dan kawinnya dengan maskawin tersebut. )

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

BERSAMBUNG........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience