#raeliz15 i

Romance Series 14536

Awal-awal pagi lagi Izrael sudah keluar rumah untuk joging. Sudah lama dia tidak joging kerana hanya habiskan masa dengan kerja sahaja dan mengejarkan cinta.

Sudah hampir satu taman dia berjoging. Wajah dan badannya kini sudah dibanjiri peluh. Penat tetapi dia merasa segar apabila melakukan ini. Bukan setakat itu, dia dapat melupakan kisah buruk yang berlaku.

Setelah satu taman direntasinya, dia pilih untuk pulang ke rumah. Sampai sahaja di halaman rumah Dato Danial, Izrael melihat kereta milik daddynya masih berada di situ. Dato Danial masih di rumah.

Izrael melangkah masuk. Sebaik sahaja di ruang tamu, dia melihat Dato Danial sedang bersantai sambil melihat kolam. Hanya sekadar melihat Izrael terus naik ke atas untuk membersihkan diri.

Dato Danial yang menyedari Izrael hanya dipandang dengan tatapan kosong. Sungguh dia rindu anaknya itu dan mahu memeluknya tetapi dia sedar atas kekilafannya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Izrael mencapai baju t-shirt dan seluar berwarna hitam lalu turun ke bawah untuk bersantap. Tadi, sebelum joging hanya dia meminum segelas susu untuk bertenaga namun sekarang perutnya sudah lapar.

Turun sahaja di bawah, Izrael melihat ke arah kolam lagi. Dato Danial masih berada di situ. Keadaannya masih sama, menatap kolam.

Izrael menghampiri Dato Danial. Sungguh berat setiap langkah yang mahu menghampiri sang ayah namun, dia perlu mengubah nasib ini. Sampai bila harus bergini. Sampai bila dia harus hidup atas tanpa kereadoan seorang ayah.

Bahu Dato Danial disentuhnya dengan penuh gentar. Bukan takut tetapi dia tidak mahu mengganggu sang ayah.

Dato Danial yang melihat bahunya disentuh menatap ke arah belakang. Agak mengejutkannya. "Damiens?" Peliknya.

Izrael yang melihat Dato Danial seperti itu sambil memanggilnya membuat air matanya murah mengalir ke pipi. "Daddy." Memeluk Dato Danial dengan erat.

Dato Danial yang terkaku segenap menjadi tidak percaya anaknya memeluknya. Dengan perlahan-lahan dia memeluk tubuh itu sasar itu.

"Damiens, anak daddy." Peluknya dengan air mata seorang ayah.

Izrael mencapai tangan tua Dato Danial lalu menyalam dan menciumnya. "Ampunkan Mien daddy. Miens tahu, Miens anak yang derhaka. Ampunkan Mien."Mohonnya dengan seribu kemaafan dengan sejuta kesilapan.

"Daddy yang patut minta maaf dekat Miens. Sebab daddy tidak pernah mahu mendengar penjelasan Miens. Daddy yang salah."Tangan anaknya digenggam.

"Miens tahu apa yang daddy buat semuanya disebabkan daddy nak yang terbaik untuk anak-anak daddy." Dia tahu tetapi dia yang menutup mata dan hati untuk menerima.

"Maafkan daddy."

"Maafkan Mien." Izrael meletakkan kepalanya dipangkuan Dato Danial. Sungguh lama dia tidak seperti ini.

Izzatie yang memerhatikan mereka berdua dari tadi, perlahan-lahan menghampiri mereka.

"D-daddy."Suaranya berketar.

Dato Danial mengalih pandangan ke arah suara itu. Izrael yang melihat adik perempuannya segera menjauhkan diri dari Dato Danial.

"Atie?"Dato Danial menatap sang anak yang sedang basah dengan air matanya mengalir ke pipi.

"Daddy."Memeluk erat Dato Danial dia tidak mahu melepeskan.

"Maafkan Atie. Atie tahu, atie anak yang derhaka daddy. Atie kejam. Kejam."Tangisnya dipelukan Dato Danial.

Muka Atie ditariknya agar menatap wajanya. "Maafkan daddy. Daddy yang buat anak daddy seperti ini. Sorry, glory." Menarik Izzatie ke dalam dekapannya.

"Sorry too, my king." Membalas pelukan sang ayah.

Dato Danial yang melihat Izrael hanya menatap mereka lalu dipanggilnya bersama agar berpelukan bersama. Izrael yang menatap itu, terus tersenyum dan memeluk mereka bersama.

Sungguh inilah hari kebahagiaan mereka sekeluarga. Akhirnya, mereka dapat kembali bersama kembali.

Datin Ilya yang melihat mereka berdua hanya menatap dengan senyum. Syukur rasanya mereka sudah bebaik seperti dulu.

"Anak-anak daddy, jom pergi makan. Daddy lapar ni."Berdiri sambip merangkul pinggang Izzatie.

"Biar Miens yang masak. Mesti daddy rindu masakan Mienskan?" Menepuk bahu Dato Danial dengan lembut.

Dato Danial hanya mengangguk. Benar sangat begitu lama.

"Mummy, marilah sini. Tidak akan mahu duduk situ sahaja." Panggil Izrael akan Datin Ilya yang sudah lama perhatikan mereka. Bukan dia tidak nampak yang mummynya tersenyum melihat mereka.

Datin Ilya menghampiri mereka bersama. Kini keluarga mereka kdmbali bahagia seperti dahulu. Terima kasih, Ya Allah.

Raeliz

Selesai sahaja makan, Izrael memberi tahu keluarganya tentang dia telah tepikat dengan seorang gadis dan gadis itu sudah dilamarnya namun, masih ada belum keputusan.

"Nak daddy masuk minang dia untuk Miens?" Tawar Dato Danial.

Izrael menggeleng."Dia masih belum bagi kata putus. Jadi, Miens hanya tunggu sahaja. Kalau dia terima, kita masuk minang dan tunang terus. Kalau tidak....."Belum habis kata, Izzatie memotong bicaranya.

"Jangan cakap macam itu. Abang Mienskan, kacak. Tidak akan dia tolak." Keyakinan perlu ada.

"Cinta kalau kenal rupa tak akan bahagia. Cinta perlu terima satu lain untuk kekal selamanya." Izreal mencicip air teh yang masih hangat.

"Sejak bila abang Miens pandai bab-bab seperti ini? Setahu Atie sekejap-sekejap. Wala takrabu zina. Itu sahaja ayat Abang Miens."Tangannya ditongkat ke dagu sambil memandang sang abang.

"Atie, umur abang ini sudah 26 tahun. Nak kawin umur berapa? Nak umur 62 baru nak kawin? Bukan abang nak buat zina. Abang nak jadikan dia isterikan." Jelas Izrael panjang lebar. Itu sahaja niatnya mudah. Dia sudah meningkat umur. Giirannya untuk bahagia pula.

"Okaylah."Pasrahnya. Kalau berdebat dengan Damiens Izrael sememangnya akan kalah.

"Atie, abang dengar Atie nak kawin dengan Rayden? Betul ke?" Giliran Izrael yang mengorek pula.

Izzatie hampir mahu tersembur air yang diminum tadi. Bagaimana abangnya boleh tahu. Dato Danial dan Datin Ilya sudah ketawa kecil melihat anak perempuannya dengan anak lelakinya bersoal siasat. Bukan mereka tidak tahu, apa hubungan Izzatie dan Rayden dahulu.

"Macam mana abang boleh tahu?" Cepat betul berita tersebar zaman AI ini. Hanya seperti angin bertiup.

"Tak perlu tahu. Tapi, bukan ke Rayden kawan baik Atie dari zaman tadika?"Sudah lama mereka bersama dan akhirnya, pilih untuk berkahwin.

"S-sama juga dengan Abang Miens. Guna cara halallah. Nak ke hulu, ke hilir. Tiada orang mengata."Sengaja dia beri alasan yang hampir sama.

"Ikutlah, Rayden tu okay sahaja bagi aku. Asalkan adik aku bahagia."Mengelus rambut Izzatie dengan lembut.

"Terima kasih, Abang Mien."Senyum Izzatie.

"Tapi... Selagi aku tak kawin jangan harap kau nak kawin."Amaran yang keras. Tidak adil kalau adiknya sudah bahagia, dia masih tidak. Itu tidak akan berlaku.

Dato Danial hanya menggeleng sambil tersenyum. Pemikirannya sama seperti anaknya.

"Eh, mana adil."Runggut Izzatie.

"Utamakan, abang dahulu."Izrael berdiri sambil mengemas pinggan mangkuk untuk bawa ke dapur.

"Abang."Rayunya.

"Never." Kerasnya mempertahan haknya seorang abang.

"Abang Miens."Meninggalkan Izzatie yang meminta rayuan itu.

"Mummy. Daddy." Datin Ilya dan Dato Danial hanya mengangkat bahu.

Kenapa semua orang tidak mahu baginya kawin dahulu? Dia sudah gila bayang ini akan lelaki yang dia cintai. Makan tidak kenyang. Mandi tidak basah. Tidur tidak lena. Orang mahu kawin.

"Abang Miens!"Menuju ke Izrael.

Raeliz

Dani yang bosan hanya duduk di rumah mencari cara untuk menghilangkan rasa bosannya. Mahu mengganggu Dina, hari ini Dina ada janji dengan kawannya untuk keluar. Tapi hanya satu cara sahaja yang dapat menghilangkan bosannya, Kak Iz.

Dani tersenyum seram lalu menuju ke bilik kakaknya. Dengan satu tendangan bilik kakaknya dibuka.

BANG!

Izfarni yang sedang, membaca novel sambil tersenyum-senyum terus terkejut dengan tendangan tersebut. Hampir novelnya terbaling kerana terkejut.

"Sister." Dani melompat ke atas katil yang di baring oleh Izfarni.

"Hai, sister." Menungkat kepalanya sambil mengadap ke arah Izfarni.

Buk!

Novel yang berada di tangan Izfarni mengetuk kepala Dani. "Aduh!"Menggosok kepalanya.

"Kau nak robohkan pintu tu ke apa Dani. Kalau rosak ada duit kau nak ganti."Marah Izfarni dengan bengang. Suka sangat menjahanamkan barang. Kalau kaya tidak mengapalah. Ini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Dani tersenyum dengan kesalahan yang dia lakukan tadi."Hehe."

"Akak baca apa tu?"Melihat bahan bacaan kakaknya sehingga tersengeh seperti kerang busuk.

Melihat gambar hadapan novel itu seperti tentera laut. Melihat itu terus bermain idea untuk menjahili kakaknya.

"Mesti berangan. Akak banyakkan heroin dalam cerita ini akak dan hero pula Abang Rael, kan?"Mukanya main peranan.

Mendengar kata adiknya itu terus Izfarni menatap adiknya. "Tak payah nak mengarut. Nah ambil novel ini, baca. Kacau orang sahaja."Novel yang ain diberi kepada adiknya. Sebok sahaja kacau orang. Duduk diam sana.

"Cerita apa ini? Bantai sahajalah." Baring di sebelah Izfarni sambil membaca.

Melihat Dani yang sudah bahagia tidak mengganggunya dia hanya menggeleng. Muka depan buku itu dilihatnya. Tentera laut, sama seperti Izrael.

Izrael? Ha, Izrael.

Raeliz

Selesai sahaja solat Isyak dan membaca surah Al-Mulk, sejadah dilipat dan diletakkan di kabinet bersama songkok yang dipakai tadi.

Baru sahaja mahu menghempaskan badannya di katil, telefonnya berbunyi. Ada panggilan. Telefon dicapai lalu melabuhkan punggungnya di birai katil. Screenphone terpampang nama Iz yang sedang memanggil.

Tersenyum Izrael lalu menjawab panggilan itu. "Rindu ke?" Ketawa kecil Izrael. Belum apa-apa lagi dia bertanya begitu. Mana tahu bukan, sudah beberapa hari berjauhan merinduinya.

Izfarni yang berada di seberang panggilan itu sudah merah mukanya. "T-tidak ada maknanyalah."Gagapnya sedikit.

"Mana tahu telefon anak teruna orang malam-malam begini, rindu."Izrael berjalan ke arah pintu sliding dan menolak pintu itu menuju ke balkoni.

"Kenapa kau telefon aku ini?" Dia tahu semestinya kawannya ini akan menelefon dengan atas sebab. Bukan dia tidak kenal kawannya ini, dia memang tidak suka menelefon lelaki tanpa sebarang sebab. Mahu pula sudah malam seperti ini. Mesti ada perkara penting dia mahu beri tahu.

"Aa... A-aku nak bagi tahu kau."Dahi Izrael berkerut.

"Bagi tahu apa?"

"Y-yang aku terima."Izfarni sudah merah mukanya menahan malu.

"Terima? Terima apa pula ini?"Sungguh dia tidak mengerti. Cuba staight to the poin.

Izfarni menghembus nafas. Tidak faham ke, atau berpura-pura tidak faham.

"Aku terima untuk jadi isteri kau."Sekarang sudah faham.

Izrael sudah hilang kata. Senyuman nakalnya yang mengenakan Izfarni tadi sudah padam. Dia tidak salah dengar bukan.

"Hello? Izrael?"Kenapa lelaki ini tiba-tiba diam?

"Esok juga aku datang rumah kau Iz. Tisbah ala khoir, Iz. Bye."Mematikan panggilan.

Izfarni yang berada di rumahnya tersenyum dengan mendengarkan kata-kata akhir Izrael. Dia akan berkawin dengan Damiens Izrael. Sungguh ini seperti mimpi. Berguling-guling Izfarni di atas katilnya.

Izrael berlari ke bawah apabila panggilan dimatikan dan terus mencari Dato Danial dan Datin Ilya. Melihat sahaja mereka berada di hadapan televisyen segera dia berlari ke arah mereka.

"Mummy! Daddy!" Jerik Izrael.

Dato Danial dan Datin Ilya yang sedang bersantai itu segera berpaling ke arah Izrael. Kenapa anak mereka memanggil mereka sebegitu.

Sebaik sahaja di hadapan mereka berdua, Izrael tersenyum bahagia. "Mummy daddy, esok mummy daddy pergi masuk meminang Iz. Iz sudah setuju nak kawin dengan Miens."

Mendengar kata-kata Izrael terus tersenyum Dato Danial dan Datin Ilya. Bahagia melihat anak mereka bahagia.

"Baiklah, esok juga kita masuk meminang bakal menantu daddy." Setuju Dato Danial.

Datin Ilya turut gembira, cuma ada suatu perkara yang dia terpikir."Kalau esok bagaimana dengan hantarannya?"

"You kan ada butik kawin. Tak akan you tak boleh nak buat hantaran untuk anak kita, ni?" Kenapa pusing-pusing berpikir seperti itu?

"Memang I ada butik kawin. But, siapa yang nak buat hantaran malam-malam macam ini, you?" Perkerjanya semua sudah balik.

"Kalau you tak boleh, tak apa. I akan call kawan I untuk buat hantaran anak kita. I nak percepatkan kalau ini yang anak kita mahukan." Asalkan itu kemahuan anak kesayangannya dia sanggup lakukan apa sahaja.

"Daddy, kalau tidak ada tidak mengapalah esok lusa boleh lagikan?" Dia tidak mahu paksa keluarga demi kemahuannya.

"No, daddy akan cari juga hantaran untuk Miens." Mencapai telefonnya lalu memanggil semua kawannya yang sanggup untuk buat hantaran anaknya malam ini.

"Sanggup daddy you, call untuk Miens ya?"Demi anak kesayangannya sanggup lakukan apa sahaja.

Izrael hanya tersenyum mendengar kata-kata Datin Ilya. Dia turut tidak menjaga seperti itu Dato Danial akan melakukan seperti itu demi dirinya.

"Okaylah, mummy. Miens naik atas dulu. Esok nak bangun awal."Menyalam tangan dan mencium pipi Datin Ilya.

"Iyalah."Membelai rambut anaknya sambil tersenyum.

Izrael berjalan ke atas sambil tanganya menaip untuk mesej kepada Izfarni atau bakal isterinya.

Iz

- Esok kau pakai baju warna pink ya.

-Aku datang dengan family aku.

Raeliz

Awal-awal pagi lagi rumah Encik Darfan sudah terbuka untyk menjemput tetamu yang sangat diundang dan dihormati. Sungguh dia tidak sabar detik seperti ini. Tidak lama lagi akan menerima menantu.

Izfarni yang bersolek dengan Mawar sudah berdebar-debar.

BERSAMBUNG........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience