#raeliz28 ii

Romance Series 14536

Izfarni tersenyum lalu melompat ke arah Izrael. "Iyah!"

"Aduh!"Sesakitan Izrael apabila Izfarni melompat ke arahnya.

Lompatan Izfarni tepat tepat berada di pangkuan Izrael. Izfarni memeluk leher Izrael dengan telekung masih dipakainya.

"Iz, sakit tau."Adu Izrael dengan wajah yang masam.

"Sorry." Mencium pipi Izrael. Terus senyum Izrael.

"Iz, nak dengar cerita tak?"Izrael memeluk pinggang isterinya.

Izfarni yang sudah berubah pelukan, beralih ke pinggang Izrael sambil menghempap sisi mukanya di dada Izrael yang berlapik kurta itu.

"Pada zaman Nabi Muhammad SAW..."

"Sallallahualaihiwasallam." Selawat Izfarni apabila Nabi Muhammad telah diseru oleh Izrael.

"Good,sweetlove."Puji Izrael sambil tangannya mengelus kepala isterinya yang berlapik telekung. Senyum Izfarni.

"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda. Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku. Jadi, apa yang sweetlove buat hari ini adalah perkara yang sangat disuka nabi kita. Amalkan ya, sweetlove." Izfarni angguk.

"Baik, tuan."Tegas Izfarni seperti anak buah Izrael. Itu sahaja sudah cukup membuat hati seorang Damiens Izrael bahagia dengan gelagat isterinya.

"Okay, kita sambung. Nabi ada seseorang sahabat yang selalu menghiburkan nabi. Dia sanggup buat pelbagai cara asalkan nabi tersenyum. Cuba teka nama dia siapa?"

"Saidina Abu Bakar."Izrael geleng.

"Saidina Ali."Izrael geleng.

"Saidina Bilal."Geleng lagi.

"Habis itu siapa?"Izfarni mengalah.

"Saidina Nu'aiman. Dia selalu menghiburkan nabi. Ada suatu hari itu. Saidina Abu Bakar membahagikan perkerjaan kepada semua sahabat sehinggalah tinggal Saidina Nu'aiman dan seorang sahabat. Pada saat itu, tinggal satu lagi kerja iaitu penjaga makanan. Oleh disebabkan, para sahabat sangat mengenali perangai Nu'aiman. Jadi, Saidina Abu Bakar pun bagilah kerja itu pada seorang sahabat tadi dan menyuruh Nu'aiman mengikutinya bersama."Izfarni yang mendengar cerita Izrael tidak beralih pandangan melihat lelaki itu dari bawah.

"Tiba-tiba, Nu'aiman ini dia lapar. Jadi, dia teringat kepada sahabat tadi yang jaga makanan."

"Mesti dia jumpa sahabat tu kan?"Teka Izfarni.

"Betul. Dia berjumpa lalu meminta makanan. Tetapi sahabat tadi tidak baginya makanan kerana dia takut jika ini adalah arahan dari Saidina Abu Bakar maka arahan dari Nabi Muhammad SAW."

"Sallallahualaihiwasallam"

"Kalau arahan dari nabi, mesti dari Allah SWT. Tetapi, Nu'aiman tidak puas hati. Dia kata, kalau kau tak bagi makanan dekat aku kau cari naas dengan aku. Macam itu ibaratnya. Sayang rasa apa dia akan buat?" Meminta pendapat Izfarni.

"Tak tahu." Dia tidak dapat fikirkan.

"Nu'aiman pergi jumpa seseorang lalu dia kata yang dia ada hamba untuk dijual. Dan hamba yang dia nak jual murah sahaja. Jadi apa lagi. Mesti ada orang nak belikan?"Izfarni angguk.

"Dia cakap dekat orang itu. Hambanya itu, yang sedang menjaga makanan di sana."

"Ha! Dia nak jual sahabat tadi tu ke?" Terkejut Izfarni.

"Iya, sayang."Senyum Izrael.

"Nanti kalau ditangkap hamba itu, dia akan berkata bergini. Aku bukan hamba. Aku orang merdeka, kata Saidina Nu'aiman. Jadi terjuallah sahabat lalu orang tadi menangkap sahabat tadi. Macam dikatakan Saidina Nu'aiman, sahabat tadi mengatakan dia bukan hamba malah...."

"Orang merdeka."Sambung Izfarni.

"Pandai, sayang."Mencium kepala isterinya.

"Jadi orang itu, dia terus menangkap sahabat tadi kerana tidak percaya kata sahabat itu. Dengan duit menjual sahabatnya Nu'aiman ini membeli makanan."

"Aik! Boleh pula macam itu?" Bagi Izfarni sampai macam itu sekali. Demi makanan, sanggup jual kawan. Sungguh hebat.

"Boleh. Jadi majlis pun berjalanlah. Semasa berjalannya majlis, Saidina Abu Bakar mencarilah sahabat yang menjaga makanan itu tadi tetapi tidak ada. Rasul Allah yang melihat Nu'aiman seperti sudah kenyang itu, bertanya kepada Nu'aiman tentang sahabat tadi. Nu'aiman pun jawab jujur. Ya Rasul Allah, aku telah menjualnya. Lalu nabi tersenyum dan membeli sahabat itu tadi."

"Macam itu dia cakap dah boleh buat nabi tersenyum? Waw!"Waw! Hebat sungguh para sahabat.

"Sebenarnya, ada ceritanya lagi. Tapi, isyak sudah nak masuk waktu jadi abang pendekkan sahaja."Izfarni hanya angguk.

"Kalau macam itu, kalau aku lapar. Aku jual kaulah. Boleh?"Kata Izfarni.

"Juallah, kalau nak kena campak dalam laut. Tidak pandan dengan kecik. Ada hati nak jual orang."Izrael menggeletik pinggang Izfarni.

"Haha! Rael! Haha! Geli."Ketawa riang Izfarni dengan tibuhnya yang geli kerana Izrael yang menjahilinya.

"Allahuakbar. Allahuakbar."Azan berkumandang.

Izrael berhentikan tindakannya. "Jom, ambil wuduk."Mengelur kepala isterinya.

"Jom."

Izrael berdiri terlebih dahulu lalu dia membantu isterinya untuk bangun dengan menghulurkan tangannya. Izfarni hanya menghulurkan tanganya dan berdiri untuk mengambil wuduk bersama.

"Dukung aku sampai bilik air."Minta Izfarni.

Izrael hanya mengikuti permintaan isterinya lalu bercangkung untuk isterinya naik di belakangnya.

"Haip. Haip, kapten. Mari kita berlayar." Kata Izfarni setelah dia naik di atas belakang Izrael.

"Baik, pemaisuri hatiku."Izrael berlari kecil ke arah bilik air.

Tersenyum sepasang pasangan itu dengan bahagianya kerana cinta, sayang dan kasih datang dari hati yabg ikhlas.

sudah selawat belum? best tak nak lagi komenlah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience