Receptionist berwajah bujur sirih itu menyerahkan segugus kunci kepada Arin Qirana. Senyuman di bibir menambahkan kejelitaannya. Arin Qirana membalas senyuman itu.
"Kamsahamnida" butir kata itu keluar dari bibir Arin Qirana.
Luth Amsyar leka melihat isterinya berbahasa korea.
Sejurus itu, mereka menggunakan lif untuk ke tingkat 10 iaitu ke bilik yang telah ditempah.
"Pandai awak cakap korea eh? Bila belajar, setahu saya kat universiti dulu takde pun kelas bahasa korea. Kelas mandarin je ada" ujar suaminya. Selamba.
Arin Qirana terdiam. Ingin sahaja dia menghamburkan ketawa, namun cuba ditahan.
"Memang lah takde tapi..kan banyak je drama korea kat youtube tu. Tak perlu pun ke kelas bagai kalau nak belajar" balasnya.
Luth Amsyar mengangguk lalu membuat bentuk o di bibirnya.
"Macam best je kan bahasa korea ni.. Anyeonghaseyo!" jerit Luth Amsyar. Agak kuat. Mujur hanya mereka berdua di dalam lif itu.
"Eii, apa khabar apa pulak. Kan kita berdua je ni. Haih" Arin Qirana mendengus kecil. Kepala digelengkan. Penat melayan celoteh suaminya.
"Ooo, anyeonghaseyo tu apa khabar eh? Saya ingat I Love You"
Luth Amsyar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Arin Qirana tergelak kecil.
"Tapi kan awak.. kenapa awak suka tengok drama korea semua tu ?" soalnya lagi
Mulut suaminya umpama bertih jagung. Ada saja yang ingin disoalnya, umpama budak darjah satu.
"Sebab best lah and... hero korea semua hensem and comel"
Luth Amsyar mencebikkan bibir saat mendengar jawapan daripada isterinya.
"Eleh, saya pun hensem, comel. Yang penting, asli tanpa bahan pengawet" ujarnya lalu menghamburkan ketawa.
"Ceh, perasan!" balas Arin Qirana. Dia lalu melangkah keluar dari perut lif itu saat pintu mulai terbuka.
Luth Amsyar mengekori dengan wajah nakalnya. Senang apabila isterinya sudah mahu berbual dengannya. Sungguh dia bersyukur.
Updated on 11/12/17
Share this novel