Migrain

Romance Completed 69146

Luth Amsyar melangkah keluar dari bilik air. Dia tersenyum saat melihat Arin Qirana yang masih tidur di sofa. Langkahnya diatur mendekati isterinya.

"Rin, bangun. Kita solat isyak ama-sama"

Bahu isterinya digoyang perlahan. Arin Qirana bergerak sedikit. Matanya dibuka perlahan. Tangannya mengurut hujung dahi.

Terasa makin berat kepalanya. Migrain mungkin.

Luth Amsyar perasan riak wajah isterinya. Dia segera mengurut perlahan dahi isterinya. Arin Qirana membiarkan. Selesa diperlakukan begitu.

"Ok ke?" soal Luth Amsyar penuh prihatin.

"Entah lah. Rasa berat sikit kepala ni. Migrain kot" jawab Arin Qirana.

Luth Amsyar jatuh kasihan. Belakang tapak tangannya diletakkan ke atas dahi Arin Qirana. Tidak lah panas. Normal sahaja.

"Dari dulu lagi awak migrain kan? Mana letak ubat?" soalnya lagi.

Jarinya ditudingkan ke arah laci sebelah almari. Langkah kakinya diatur ke dapur untuk mendapatkan segelas air.

Beberapa minit kemudian, Luth Amsyar kembali dengan segelas air di tangannya. Dia membantu isterinya untuk bangun. Gelas dihulurkan bersama ubat.

Arin Qirana memandang wajah lelaki itu. Nafasnya dihela perlahan.

"Ok dah. Awak bersihkan diri dulu. Saya tunggu. Kita solat sama-sama ye" ujar Luth Amsyar seraya tersenyum manis.

Arin Qirana mengangguk lalu mengatur langkahnya perlahan. Luth Amsyar tersenyum bahagia.

To be continued..
Updated on 29/08/2017, 9:30 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience