Luth Amsyar mengelus dagunya perlahan. Matanya mengecil. Otaknya ligat memikirkan cara untuk bertemu Arin Qirana lagi.
Mengenangkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi membuatkan Luth Amsyar tersenyum sendiri. Sungguh dia sendiri tidak menyangka dia akan bertemu semula dengan insan yang amat dirinduinya itu.
Arin Qirana!
Gadis itu tetap begitu. Manis.
Hati Luth Amsyar makin berbunga apabila terkenangkan wajah cemberut Arin Qirana saat diusik di hospital tadi. Fikirannya ditukar kepada jejaka berkulit putih bernama Daniel Izman.
Siapa tak kenal anak Dato' Yusof. Yang kacak. Bergaya dan digilai ramai.
Daripada pandangan mata lelakinya, dia tahu lelaki itu juga menyukai gadis kesayangannya. Cara dan gayanya. Soalannya yang terlalu peribadi. Mungkin di mata Arin Qirana, semua itu hanyalah kerana dia salah seorang pekerja Daniel Izman. Tetapi tidak di matanya.
Dia sendiri tahu kisah cinta lelaki itu bersama Farha. Kisah cinta mereka yang terlalu dramatis namun tiada jodoh mereka bersama kerana dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Dia tahu peribadi Daniel Izman yang amat tekad akan sesuatu yang diingininya. Malah, dia sedar bahawa dia terpaksa bersaing dengan lelaki itu untuk memenangi hati Arin Qirana.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar dan PAnya, Suraya melangkah masuk.
"Encik Amsyar, macam mana dengan meeting yang tergendala tu? "
Luth Amsyar menguak rambutnya ke belakang.
"Awak hubungi diorang dan bagitahu yang saya nak meeting tu diadakan di sini ", arahnya.
Suraya mengangguk lalu menyambung,
"Okey, baiklah. Nanti saya akan arrange tarikh dan waktu yang sesuai. Ada apa-apa lagi encik? "
"No, you may leave".
Luth Amsyar tersenyum nakal. Entah kenapa idea nakal itu tiba-tiba muncul.
To be continued..
Updated on 11/8/2017, 5:04 pm
--------------------------------------------------------------------
KORANGGGGG !!
Sori buat korang ternanti². Sy akan cuba update secepat yg mungkin. Insha allah.
Sy sekarang dh start kelas utk sem 3. Sama² la doakan urusan saya dipermudahkan tau.
Share this novel