Kantoi

Romance Completed 69146

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Incheon, Arin Qirana dan Luth Amsyar masing-masing menarik bagasi mereka. Mata meliar mencari teksi.

Seorang wanita mendekati mereka.

"Am, is that you?" soalnya.

Arin Qirana terkejut melihat wanita itu.

Pramugari yang asyik memandang ke arah suaminya.

Luth Amsyar tersenyum tatkala wajahnya bersua dengan wanita itu.

"Ya, Maria kan? Lama tak jumpa!" balasnya mesra.

Arin Qirana mulai tidak senang duduk. Wajahnya cemberut.

Maria memandang Arin Qirana. Terpesona melihat kecantikan isteri sahabat lamanya itu.

"and she must be your wife kan?"

Luth Amsyar mengangguk lalu tersenyum manis memandang isterinya.

Arin Qirana sedikit kekok bila diperhatikan sebegitu. Dia lalu mula memperkenalkan dirinya.

"Hai, panggil Rin je" tangannya dihulurkan.

Maria menyambut dengan senyum manisnya.

"Actually I dah usya u dari dalam lagi. Just I tak pasti and bila I nak dekat, I nampak Rin tengah sedap tidur kat bahu u. So I tak nak ganggu u all punya sweet moment" ujarnya.

Arin Qirana berubah wajah. Menelan liur yang mulai terasa kelat. Wajah suaminya dikerling sesaat.

Luth Amsyar tersenyum sinis.

"Haha. Patut lah" balas Luth Amsyar yang masih leka memandang isterinya.

Maria tersenyum sendiri.

"Ok lah, I kena pergi dulu. Ada rezeki,kita jumpa lagi. Enjoy your holiday!!"

Sesudah Maria melangkah pergi, Luth Amsyar mula menyakat isterinya.

"Patutlah awak melentok sakan tadi eh? Rupanya ada orang tengok. Hmm, ingat ikhlas nak manja-manja" ujarnya yang tiba-tiba berubah masam.

Arin Qirana tergelak di dalam hati.

"Huh, tak kuasa nak melayan" balasnya. Langkah diatur meninggalkan si suami yang terkulat-kulat sendirian.

Updated on 11/12/17

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience