Siapa dia?

Romance Completed 69146

ARIN's POV

Aku dan Jiha berjalan laju ke kelas. Lagi 5 minit sebelum 9:30 pagi. Setelah tiba di kelas, kami terus duduk. Nafas turun naik. Sungguh termengah-mengah. Beberapa pelajar yang lain memandang kami dengan wajah keliru. Ahh, peduli apa. Asalkan sempat sampai. Sungguh aku takut jika terlewat pada kelas pertama ini.

Tiba-tiba, seorang pelajar di hadapan kami
menegur,
"Hai, nama saya Liana. Boleh panggil Lia. Selamat berkenalan ! "

Kami saling senyum. Selesa dengan kemesraannya.

"Hai, saya Arin Qirana. Panggil saya Arin".

"Hai! Panggil saya Jiha".

Pintu ditolak dan seorang lelaki berusia 40-an masuk ke dalam kelas kami. Suasana menjadi sunyi sehingga lelaki tu menyapa.

"Assalamualaikum semua. Nama saya Mohd Edy. Panggil saya Sir Edy. Saya lecturer awak semua untuk subjek Competency English". Sesudahnya, dia menghadiahkan kami semua senyuman yang amat manis.

Kelas yang berdurasi 1 jam itu tidaklah terlalu membosankan kerana Sir Edy amat bijak berjenaka. Pada mulanya aku fikir dia seorang yang serius, ternyata jangkaan aku meleset.

Sesudah itu, aku dan Jiha beriringan ke cafeteria. Kami memilih makanan dan beratur untuk membayar. Tidak ramai yang berada di cafe pada waktu itu kerana mereka yang lain masih lagi di dalam kelas. Selepas Jiha membayar, dia mecari tempat duduk dan tinggal aku sahaja di barisan itu dengan seorang lelaki.

"RM5 dik", ujar makcik itu.
Aku tersenyum dan mencari dompet di dalam beg galasku. Sejujurnya aku agak gementar dan malu kerana lelaki itu berada di belakangku.

Aku mengeluh sendiri. Mungkin aku tertinggal di hostel. Tidak!!
Saat ini, mahu saja aku memaki diriku sendiri. Tetapi, apakan daya. Lelaki itu berdehem tetapi dia tidak memandangku. Sunggu aku malu.

Kepala aku ligat memikirkan apa yang harus aku lakukan. Aku melihat Jiha masih di sinki, membasuh tangannya. Mana mungkin aku meminta bantuan dia saat ni.

"Kenapa dik? Tertinggal dompet ke? "

Aku mengangguk lemah. Makcik itu tersenyum lalu berkata, "takpe dik. Nanti pun boleh bayar".

"Berapa? RM5? Takpe, nahh makcik. Ini kawan saya, saya belanja dia hari ini".
Aku tercenggang dengan kata-kata lelaki di belakangku.

"Haaa, tunggu apa lagi Arin. Tuuu, kawan awak dah tunggu kat sana", ujarnya dengan senyuman yang tersangat manis.

Tiba-tiba aku rasa seperti ingin pitam. Bermacam soalan timbul di benak fikiran ku. Siapa dia? Macam mana dia tahu nama aku? Namun,sebelum sempat soalan lain muncul di fikiranku , aku melemparkan senyuman kepadanya dan mengucapakan terima kasih.

Aku berlalu ke tempat duduk dengan perasaan malu. Jiha yang melihat insiden tadi terus bertanya,
"Kenapa kau beb? Siapa lelaki hensem tu? Kau kenal ke?".

Aku menggeleng laju.

"Nanti aku cerita, sekarang kita makan dulu. Aku lapar gila ni".

Jiha memandang lelaki itu yang sedang berjalan ke arah kawan-kawannya dan kembali memandang aku.

"Tu dia beb. Siot lah, hensem. Macam Talha Harith pun ada aku tengok", ujar Jiha.

Aku hanya diam. Masih malu dengan insiden sebentar tadi. Aku malu untuk memandang lelaki itu.

Hensem. Baik. Baik eh? Mungkin terlalu awal untuk aku menilai dia. Tapi.. siapa dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience