Arin Qirana membuang pandangnya ke arah lain. Tidak sanggup lagi memandang wajah lelaki yang sudah menghancurlumatkan hatinya.
Luth Amsyar meramas perlahan tangan isterinya. Air mata yang ditahan mulai jatuh bercucuran. Arin Qirana pantas menyeka. Datin Rohaya dan Dato Azman hanya memandang. Rasa bersalah mulai menimbun. Marah. Kecewa dan sedih dengan sikap anaknya.
Puan Roziah yang baru sahaja sampai bersama Qisya dan Arman terus mendakap anaknya. Arin Qirana menangis lagi. Namun lebih kuat. Arman mengepal penumbuk. Dadanya turun naik menahan marah. Kolar baju Luth Amsyar ditarik. Lelaki itu mulai kecut perut.
"Sampai hati kau buat adik aku macam ni? Jantan jenis apa kau ni?" ujar Arman.
"Luth.. isteri kamu mengandung dan kamu sibuk main kayu tiga kat luar sana. Kamu tak tahu dosa pahala ke?" tambah Datin Rohaya. Ibu mana yang tidak marah dengan tindakan si anak yang sudah melampui batasnya.
"Kitorang dah plan nak kahwin nanti. Tapi, Arin tetap isteri Luth. Luth masih sayangkan dia" ujar Luth Amsyar. Wajahnya ditundukkan.
"Sayang apa kalau kamu duakan dia? Dulu sibuk kamu nakkan dia, tapi sekarang?" ujar Dato Azman pula. Arin Qirana makin sebak mendengar kata-kata itu.
Luth Amsyar mendengus perlahan. Rambutnya dikuak ke belakang.
"Macam Luth cakap tadi. Arin tetap isteri Luth"
"Hei, bodoh! Perempuan mana je yang sanggup suami dia kahwin lain? Jawab lah!" jerkah Arman.
Arin Qirana menyeka sisa air matanya. Wajahnya sembab dan sugul.
"Rin benarkan. Sama je. Kalau Rin tak benarkan pun, diorang tetap boleh kahwin kat sempadan"
Semua pandangan mulai terarah kepada Arin Qirana. Terkejut dengan kata-katanya termasuklah Luth Amsyar.
"Ikut suka kamulah. Tapi ingat, mama tak akan sesekali terima dia sebagai menantu" ujar Datin Rohaya dengan perasaan bengang.
To be continued...
Share this novel