Emelyn menuruni anak tangga. Dipandangnya Arin Qirana yang sedang menghidang sarapan pagi dengan sinis. Punggung diheyak. Segelas susu diteguknya.
Arin Qirana perasaan akan pandangan Emelyn terhadapnya. Namun, dibiarkan sahaja. Malas ambil pusing akan perempuan itu.
"Rin, Rin. Kesian kau kan? Dah macam bibik aku tengok" ujar Emelyn sambil tergelak.
Arin Qirana hanya tersenyum. Luth Amsyar menuruni anak tangga. Dipandangnya Arin Qirana yang berwajah selamba seperti tiada apa yang berlaku semalam. Emelyn mencebik apabila terlihat suaminya yang masih memandang Arin Qirana.
"Sayang masak apa pagi ni?" ujar Luth Amsyar. Pandangannya tak lekang ke arah Arin Qirana.
"Saya masak nasi goreng je. Tu je yang sempat" jawabnya simple. Langkahnya diatur. Berura-ura untuk meninggalkan dapur setelah siap menghidang sarapan pagi.
"Sayang makan lah sekali. Kesian baby nanti lapar, meh!" Luth Amsyar memegang lengan isterinya.
Emelyn memandang dengan perasaan bengang. Arin Qirana tersenyum nipis. Pegangan suaminya dirungkai perlahan.
"Awak makan lah. Saya nak kemas kat atas"
Luth Amsyar mengeluh kecil.
"Eleh, nak tunjuk rajin lah tu" gumam Emelyn.
"Rin memang rajin mengemas. Kalau boleh satu rumah ni dia nak kemas. U tu je. Bila lagi?" Luth Amsyar memenangkan isterinya.
Emelyn mendengus kasar. Wajahnya mencuka.
"Tak nak lah. Macam bibik je. Habislah kasar tangan I nanti. Penat je I buat pedicure" ujarnya lalu meniup kukunya yang berkilat.
Luth Amsyar hanya menggeleng. Penat melayan kerenah Emelyn yang terlalu manja dan malas. Jauh bezanya dengan Arin Qirana.
To be continued..
Updated on 2/9/2017, 5:15 pm
Share this novel