Luahan

Romance Completed 69146

Malam itu matanya terasa sangat berat untuk dibuka. Sedangkan baru menjengah pukul 10 malam. Hujung dahinya dipicit perlahan. Keningnya berkerut menahan sakit.

Luth Amsyar menghulurkan segelas air dan ubat untuk isterinya. Arin Qirana lantas bangun dari pembaringannya lalu menelan ubat tersebut. Luth Amsyar menguntum senyum manis namun tidak disambut oleh isterinya.

Arin Qirana memejamkan matanya. Terasa sedikit lega selepas menelan ubat tersebut. Luth Amsyar memaut lengan isterinya. Arin Qirana terkejut. Matanya dibuka kembali. Ditepis kasar pautan lengannya.

Tubuhnya dibaringkan semula namun cepat sahaja Luth Amsyar menarik tubuh kecilnya untuk bangun semula. Arin Qirana bengang, tidurnya diganggu.

"Awak nak apa lagi?"

"We need to talk" ujar Luth Amsyar. Cuba meraih simpati dari isterinya.

"Dah malam lah. Esok je lah kalau nak cakap apa pun" ujarnya lalu membaringkan tubuhnya. Comforter ditarik hingga paras dada.

Luth Amsyar tidak berputus asa. Dia naik ke katil lalu memusingkan tubuh isterinya.

"No! We need to talk about it now. Sebab abang tahu, esok pun sayang tetap tak nak dengar"

"Saya migrain lah. Susah sangat ke nak faham?" suara Arin Qirana naik satu oktaf.

Luth Amsyar mengalah. Wajahnya ditundukkan.

"Sayang, abang tahu abang salah. Tapi abang nak peluang. Peluang untuk abang jelaskan semuanya" ujar Luth Amsyar perlahan.

Ditatap wajah isterinya yang mulai merah menahan marah. Arin Qirana tergelak sinis.

"Peluang? Penjelasan? Apa lagi yang tak jelas? Saya bukan budak kecil yang tak faham apa yang orang buat kat saya!"

"Sayang, abang menyesal dengan apa yang abang buat. Abang janji.."

Belum sempat Luth Amsyar menyambung ayatnya, Arin Qirana terus memintas.

"Stop making promises. You are such a liar. Menyesal? Saya dah penat dengar ayat menyesal awak tu" ujarnya kasar.

"Sayang.."

"Stop calling me sayang. Saya tak tahu apa kurangnya saya. Awak tak pernah bagitahu. Saya ingat awak bahagia dengan saya. Saya ingat awak cuma sayangkan saya. Tapi tak! Awak cari perempuan lain. Perempuan yang pernah buang awak. Saya macam perempuan bodoh awak tau tak? Saya fikir, saya paling bertuah sebab dapat suami yang caring, yang setia macam awak"

Air matanya mengalir lagi. Tangannya pantas menyeka.

"Saya tak pasti sama ada awak hargai peluang yang saya pernah kasi dulu. Berapa banyak peluang yang awak nak? Masa awak cakap awak nak kahwin dengan Lyn, ada awak kisah pendapat saya? Ada awak minta pendapat saya? Ada awak kasi saya peluang?"

Luth Amsyar turut mengalirkan air mata. Luahan hati isterinya sungguh meruntun hati. Semuanya benar. Dia sedar silapnya.

"Saya bertahan sebab anak ni. Dengan apa yang awak dah buat, saya sendiri tak yakin. Saya tak yakin yang saya masih sayang awak atau tidak"

Zup!

Kata-kata itu bagaikan sembilu yang menusuk ke hati Luth Amsyar. Air matanya makin deras mengalir. Mungkinkah ada sinar baru dalam keluarganya. Teguhkah dia untuk mempertahankan mahligai yang baru dibina itu?

To be continued..
Updated on 3/9/2017, 1:22 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience