Cemburu

Romance Completed 69146

Sudah lama dia tidak bertemu dengan wanita yang pernah dia cintai dahulu itu. Dia aneh dengan perubahan Arin Qirana yang dahulunya sangat ceria tetapi kini dia lebih banyak termenung.

Dia ada mendengar tentang peristiwa gelap yang berlaku terhadap wanita itu. Dia juga berpendapat bahawa semua itu adalah takdir. Arin Qirana memandang seorang wanita yang mendukung anak kecilnya. Bibirnya mulai menguntum senyum.

Pandangannya dikalih. Dia memandang Kimi yang leka dengan makanannya. Air matanya luruh. Tangannya pantas menyeka. Daniel Izman berpura-pura memandang ke arah lain.

"Eh awak ni. Bila nak kahwin? Tak teringin ke?" ujar Arin Qirana. Cuba menghidupkan suasana.

Daniel Izman tergelak kecil.

"Belum jumpa yang sesuai lah. Siapa je yang tak teringin kahwin" ujarnya lalu ketawa lagi.

"Awak yang cerewet sangat kot" seloroh Arin Qirana.

"Belum jumpa yang macam awak. Semua yang kejar saya hanya pandang harta je"

Arin Qirana terdiam.

"Rin, don't take it serious. Saya bergurau je" tambahnya lagi. Arin Qirana tersenyum.

Banyak yang mereka bicarakan. Mengenai kerja. Keluarga. Kadang-kadang ada yang lari dari topik. Arin Qirana tergelak. Gembira kerana ditemani oleh Daniel Izman dan Kimi.

Luth Amsyar hanya memandang dari jauh. Cemburu melihat senyuman yang dihadiahkan oleh isterinya buat lelaki lain.

To be continued..
Updated on 4/9/2017, 1:50 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience