Kepala batu

Romance Completed 69146

Luth Amsyar memaut lengan Arin Qirana. Arin menepis kasar. Wajah begisnya membuatkan Luth Amsyar terpaksa mengalah.

"Arin, ab..

Belum sempat ayatnya disambung, kata-katanya dikalih.

"Umm, saya cuma nak minta maaf. Saya tahu saya salah. Please", rayunya.

Arin Qirana tertawa sinis.

"Awak memang jenis tak faham bahasa ke? "

Luth Amsyar mendengus perlahan. Wajah gadis di hadapannya itu ditatap dengan penuh kekesalan.

"Rin, awak tak ingat ke dulu kita macam mana? Kita rapat sangat" pujuknya.

"Kita macam mana dulu? Rapat, oh please. Saya rapat dengan orang yang rapat dengan orang lain and you know what, saya tak mungkin lupa apa yang awak dah cakap dan buat kat saya dulu" Arin mengherdik perlahan.

Luth Amsyar menguak rambutnya. Kali ini dengusannya lebih kuat sehingga dapat didengari oleh Arin Qirana. Perubahan riak wajahnya mengundang ketakutan buat Arin. Luth Amsyar bertindak merentap lengan gadis itu. Arin cuba meloloskan dirinya namun cengkaman itu lebih kuat dan kasar berbanding tadi.

"Awak, sakitlah! " ujar Arin perlahan kerana kesakitan yang dialami di pergelangan tangannya.

Entah apa yang merasuk diri Luth Amsyar. Beberapa orang yang lalu-lalang disitu hanya memandang. Tidak mahu masuk campur akan hal mereka.

Farisha dan Hakimi berlari mendapatkan Luth Amsyar yang masih merentap lengan Arin Qirana. Hakimi menampar tubuh sasa lelaki itu. Apabila dia menyedari tindakan melampaunya, dia terus merungkai pegangannya di lengan gadis itu.

Farisha menggosok perlahan lengan Arin Qirana.

Rin, I'm sorry. Saya tak sedar apa yang saya buat tadi. I'm really sorry"

Mata Arin Qirna mulai berkaca. Lengannya terasa pedih dek penangan Luth Amsyar.

"You too much! " ujar Arin dengan air mata yang mengalir tanpa dipinta.

Kekesalan mulai menjalar di hati Luth Amsyar. Arin meninggalkan mereka bertiga dengan perasaan sebal. Hakimi, Farisha dan Luth Amsyar saling berpandangan. Rancangan mereka gagal, bahkan keadaan menjadi lebih teruk.

To be continued
(Updated on 22/7/2017, 1.07am)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience