Indah

Romance Completed 69146

Arin Qirana mengaminkan doa yang dibaca oleh suaminya. Setelah selesai, Luth Amsyar menoleh ke belakang lalu menghulurkan tangannya. Arin Qirana jadi mulai gelabah tetapi sempat dikawal reaksinya. Tangan lelaki itu disalami dengan perlahan.

Luth Amsyar mendekati. Kepala isterinya disentuh lembut. Arin Qirana terpana. Dia diamkan sahaja.

Luth Amsyar perasan akan reaksi isterinya. Sengaja dia buat tak endah. Dia bertindak lebih berani. Kepalanya dibaringkan di atas paha isterinya yang sedang elok bersimpuh. Terbungkam mata Arin Qirana.

Luth Amsyar mendongak melihat isterinya. Dia tertawa kecil. Tangan kecil isterinya ditarik dan diletakkan di atas dada bidangnya.

"Saya minta maaf. Saya tahu salah saya. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya janji saya akan sayang awak sepenuh hati saya" ujarnya seakan berikrar.

Arin Qirana menelan liurnya yang tiba-tiba terasa kelat. Kolam matanya terasa panas. Pandangannya dikalih ke arah lain.

"I hate lies. Sama ada suka atau tidak, saya dah jadi isteri awak pun. Masa tak boleh diundurkan. Just let time to heal the scar" ujar Arin Qirana.

Kolam air matanya sudah pecah. Cepat-cepat diseka oleh Luth Amsyar. Dia bangun dari pembaringannya. Wajah muram isterinya ditatap.

Tiba-tiba dia terasa sayu. Kata-kata yang meniti keluar dari bibir isterinya sedikit sebanyak mengusik hatinya. Kolam matanya turut bergenang.

"Saya tak pernah paksa awak untuk jadi isteri saya. Tapi kalau awak rasa terpaksa... anggap je lah saya ni macam teman sekatil awak. Saya tak minta lebih. Tapi janganlah tunjuk depan family. Saya tak nak dorang tahu yang awak tak rela dengan perkahwinan ni"

Air mata lelakinya tumpah.

Arin Qirana terusik dengan kata-kata itu. Silapkah dia apabila menuturkan kata-katanya sebentar tadi. Lelaki itu suaminya. Tiada apa yang diperolehnya selain dari dosa apabila menyakitkan hati suaminya.

Dia malu. Malu kerana mengeruhkan keadaan. Yang paling penting ialah malam itu malam pertama mereka.

Telekungnya disidai. Tubuh dibaringkan di sebelah suaminya yang menghadap ke arah lain. Rasa bersalah semakin menimbun di hatinya. Bawah bibirnya digigit. Dia mengaduh apabila terasa sakit.

Luth Amsyar terus memalingkan tubuhnya. Wajah si isteri ditatapnya dalam kegelapan. Arin Qirana terdiam. Malu dipandang begitu, dia menekup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

Luth Amsyar tertawa di dalam hati melihat aksi comel isterinya. Arin Qirana mengalihkan tangannya dari muka lalu bersuara,

"Awak... pasal tadi tu saya minta maaf ye"

Luth Amsyar terdiam.

"Oh, silap saya awak tak nak maafkan?"

Luth Amsyar memulangkan paku buah keras kepadanya.

"Emmm yang tu kena ambil masa"

"Oo.. kalau camtu.. saya kena denda awak lah"

Kening Arin Qirana berkerut.

"Denda apa?" soalnya dengan wajah tidak bersalah. Luth Amsyar tersenyum nakal. Lengannya diluruskan.

"Meh baring dekat saya. Tempat isterikan di sisi suami"

Arin Qirana memuncungkan bibirnya. Ada saja idea nakal suaminya.

Tubuh kecil itu dipeluknya. Arin Qirana hanya berdiam. Jantungnya berdegup laju. Pipinya merah menahan malu. Jaraknya dengan si suami sangat dekat.

"Jangan risau. Saya peluk je" ujar Luth Amsyar yang seolah-olah dapat membaca fikiran isterinya.

"Peluk je tau, jangan lebih-lebih. Selamat malam" ujar Arin Qirana.

"Selamat malam,sayang"

Luth Amsyar tersenyum bahagia. Rajuknya tidak menjadi apabila Arin Qirana laju sahaja memujuknya.

Arin Qirana tersenyum di dalam pelukan si suami. Hatinya berbunga mendengar perkataan 'sayang' yang dituturkan oleh suaminya. Dia berdoa di dalam hati agar hari-hari mendatang lebih indah.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience