Kejutan besar

Romance Completed 69146

3 hari berlalu dengan pantas. Sedar atau tidak, dia sudah di ruang tamu untuk majlis akad nikah. Abangnya Arman bakal menikahkan mereka.

Wajahnya dihias rapi oleh mak andam. Senyumnya meleret saat terpandang Jiha, Nini dan Mardiah yang baru tiba di muka pintu. Masing-masing mengambil tempat di sisi Arin Qirana.

"Kau dah tahu ke siapa bakal suami kau?" Jiha bersuara perlahan.

Arin Qirana menggeleng laju. Senyuman manis dihadiahkan. Pandangannya dijatuhkan kepada tubuh lelaki yang membelakangi pandangannya.

'Emm. Macam kenal je'

Tidak lama kemudian, majlis diteruskan. Borang mulai sampai ke tangannya. Tandatangan diturunkan. Nama lelaki itu dicari di atas kertas.

'MUHAMMAD LUTH AMSYAR BIN AZMAN'

Jantungnya bagaikan terhenti. Matanya mencerlung memandang lelaki itu.

Luth Amsyar berpaling. Pandangan mereka berlaga. Arin Qirana kaku. Otaknya bagaikan beku. Dia benar-benar terkejut.

Fikirannya kembali menerawang kepada setiap kata-kata rakan-rakannya. Andai sahaja waktu itu dapat diputarkan.

Jiha menampar perlahan bahu sahabatnya. Dia tahu Arin Qirana terkejut. Tetapi itu semua atas permintaannya. Dia sendiri yang meminta.

Majlis dimulakan.

Arin Qirana masih lagi terdiam.

"Aku nikahkan akan dikau dengan adik perempuanku, Arin Qirana binti Shahril dengan mas kahwin sebanyak satu ratus ringgit tunai" ujar Arman seraya mengoncang tangan lelaki di hadapannya itu.

"Aku terima nikahnya Arin Qirana binti Sharil dengan mas kahwin sebanyak satu ratus ringgit tunai" sahut Luth Amsyar.

Dengan hanya satu lafaz, Arin Qirana sudah bergelar isteri kepada Luth Amsyar.

Doa dibaca. Arin Qirana seakan tidak percaya. Otaknya tidak dapat mencerna apa yang terjadi.

Luth Amsyar mendekati. Kotak cincin ditangannya. Arin Qirana mengangkat wajahnya. Tidak semena-mena, air matanya melurut di pipi.

Tangan kasar lelaki itu segera menyeka. Arin Qirana menundukkan pandangannya. Tidak tahu apa yang harus dirasainya tika itu. Marah? Geram? Kecewa? Mungkin semua.

Mardiah menyiku lengan Arin Qirana. Dengan perlahan, dia segera menghulurkan tangannya.

Lelaki itu mulai menyentuhnya. Entah apa yang harus dirasainya. Malu mungkin. Terkejut juga mungkin. Cincin bertatahkan permata itu disarungkan ke jari manisnya. Kepalanya menunduk. Menyalami tangan si suami.

Air matanya menitis lagi. Luth Amsyar tersentak. Dia tahu Arin menangis. Menangis kerana apakah? Sedih? Marah? Kecewa? Gembira?

Kepala Arin Qirana disentuhnya lembut. Gadis itu masih menunduk. Tangannya menyeka sendiri air mata yang merembes keluar.

Luth Amsyar mendekatkan bibirnya di telinga Arin Qirana.

"I am sorry, my wife" ujarnya perlahan.

Arin Qirana mengangkat kembali wajahnya. Pandangan tajamnya memanah lelaki itu. Jarak mereka terlalu dekat hinggakan ada suara-suara nakal yang asyik mengusik.

"I hate you!" ujar Arin Qirana.

Luth Amsyar terpana.

To be continued...
Updated on 29/08/2017, 1:19 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience