Daniel Izman mengambil tempat di sisi Arman dan Arin Qirana. Luth Amsyar pula mengambil tempat bertentangan dengan gadis itu.
'Alamak, asal dia depan aku pulak. Tak selesa lahhh' rusuh Arin Qirana di dalam hati.
Wajahnya masam. Arman menyiku lalu mengangkat kening tanda bertanya, 'kenapa'.
Wajahnya kembali cemberut. Bibirnya muncung.
Luth Amsyar tersenyum di dalam hati. Dia tahu Arin tidak selesa, tapi dia sengaja. Dia ingin melihat sejauh mana gadis itu akan mengelak daripadanya.
Seorang waiter datang memegang buku menu. Semua sedang asyik memilih tetapi tidak buat Arin yang masih menunduk memegang telefon bimbitnya.
Daniel Izman menegur,
"Rin, nak makan apa? "
Arin Qirana mengangkat wajah memandang Daniel Izman. Kemudian dia berfikir sejenak lalu menyambung,
"Arin nak tom.."
Belum sempat menghabiskan kata-katanya, Luth Amsyar terus memintas.
"Tomyam seafood satu".
Luth Amsyar menguntum senyum buat Arin Qirana. Gadis itu tercengang. Begitu juga Daniel Izman. Arman hanya berwajah selamba.
Tiba-tiba salah seorang daripada pekerja Indera Corp bersuara,
"Wah,boss. Cik Arin nak makan apa pun boss tau ke?"
Luth Amsyar tertawa kecil.
"Eh, kitorang dulu satu universiti lah. Kitorang rapat dulu, mestilah saya tau dia suka makan apa" balas Luth Amsyar seraya tersenyum.
Mereka yang lain hanya mengangguk tetapi Irfan menyambung kata-katanya.
"Rapat macam mana tu? Ehem-ehem. Sekarang tak rapat dah ke?" selorohnya.
Arin Qirana mulai tidak senang duduk apabila Luth Amsyar memandangnya
"Yang tu, awak kena tanya cik Arin sendiri"
Arin Qirana terasa seperti batu besar menghempap kepalanya. Daniel Izman memandangnya dengan wajah serius begitu juga mereka yang lain.
"Ehh, rapat dulu tu je lah. Lepastu kitorang lost contact"
Luth Amsyar kelihatan kecewa dengan pembohongan Arin Qirana. Dia menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Butang 'hijau' ditekan.
Telefon bimbit berbunyi perlahan. Matanya mengecil melihat pesanan whatsapp daripada nombor yang tak dikenali.
'Your favourite food pun still sama kan? U never changed. I hope your feeling too **wink '
Arin Qirana terbatuk dek terlalu terkejut. Wajahnya merah. Arman menepuk perlahan belakang bahu adiknya.
Arin Qirana memandang wajah Luth Amsyar. Lelaki itu tersenyum manis, mungkin juga sinis.
'Mana dia dapat nombor aku ni? Ish, ingat pulak dia apa yang aku suka makan' monolognya di dalam hati.
Daniel Izman memandang Luth Amsyar dan Arin Qirana silih berganti. Hati dia tidak tenteram.
To be continued...
Updated on 14/08/2017, 5:44 pm
Share this novel