Pernikahan Luth Amsyar dan Emelyn diadakan ringkas sahaja. Emelyn menitiskan air mata saat dia sudah bergelar isteri Luth Amsyar. Datin Rohaya memandang jelik perempuan itu. Dia memaut bahu Arin Qirana. Dia kagum dengan ketabahan anak muda itu. Tidak salahlah dia jatuh sayang kepada menantunya itu.
Mereka yang lain bersurai apabila majlis sudah selesai. Emelyn memaut lengan Luth Amsyar. Senyuman tidak lekang di bibirnya namun apabila ternampak Arin Qirana, senyuman sinis dilemparkan. Tanda kemenangannya.
Arin Qirana meninggalkan mereka apabila telefon bimbitnya mulai mengeluarkan bunyi. Emelyn mengajak suaminya untuk mendekati Arin Qirana. Dia sengaja mahu memanaskan hati Arin Qirana.
Luth Amsyar menuruti sahaja. Emelyn sengaja merapatkan dirinya dengan si suami. Arin Qirana buat muka selamba. Malas dia hendak melayan perempuan bak cacing kepanasan itu.
Luth Amsyar memaut lengan isterinya yang mulai melangkah pergi. Arin Qirana menepis kasar. Langsung tidak dipandang wajah lelaki itu.
"Saya balik dengan mama" ujarnya
"Lagi satu, you are not allow to touch me. Saya jijik dengan lelaki macam awak!" tambahnya lagi. Langkahnya diatur perlahan. Emelyn tersenyum sinis. Luth Amsyar terdiam. Dia tahu Arin Qirana marah terhadapnya.
"Baby, kurang ajar betul perempuan tu. Biarlah dia tu, I kan ada" jarinya bermain di dada bidang lelaki itu.
Luth Amsyar tersenyum kelat. Terguris dengan kata-kata Arin Qirana. Wajah isterinya yang sugul dipandang dari jauh.
To be continued..
Share this novel