Sayu

Romance Completed 69146

Arin Qirana melangkah keluar dari bilik air dengan wajah sugul. Wajahnya merah kerana tangisannya sebentar tadi. Luth Amsyar memerhatikan gerak isterinya. Dia rasa bersalah atas ketelanjurannya.

Arin Qirana menggapai sebiji bantal dan comforter. Langkahnya dihayun ke arah sofa. Luth Amsyar pantas mengekori isterinya. Bantal dan comforter yang dipegang isterinya direntap kasar. Arin Qirana terdiam namun tetap diteruskan niatnya untuk tidur di atas sofa.

Luth Amsyar menahan geram.

"Awak mengandung, tak elok tidur kat sofa. Nanti sakit badan tu" ujarnya dengan prihatin.

Arin Qirana diam tidak berkutik. Lengannya diletakkan di atas dahi. Mata dipejam rapat.

"Degil lah awak ni. Okey, awak nak saya dukung atau awak nak berjalan sendiri?" tambahnya lagi.

Arin Qirana tetap berdiam. Luth Amsyar terus mencempung tubuh isterinya. Arin Qirana menjerit perlahan minta dilepaskan.

Luth Amsyar tersenyum puas. Arin Qirana mendengus kegeraman. Sebal dengan sikap suaminya yang suka memaksa.

Luth Amsyar mendekatkan telinganya ke perut Arin Qirana yang mulai membesar. Arin Qirana terdiam.

"Abang minta maaf. Abang tau abang salah. Abang terlalu cemburu. Abang tak maksudkan apa yang abang cakap tadi tu" pujuknya.

Arin Qirana buat muka selamba. Masih terkesan dengan cacian suaminya.

"Dah malam. Saya nak tidur" ujarnya lalu menarik comforter hingga paras dadanya.

"Sayang tau sayang dah banyak makan hati dengan perangai abang. Abang tau abang panas baran. Abang suka sakitkan hati sayang. Sayang rehatlah, abang janji abang akan hilangkan semua kekusutan sayang. Good night, my love. Tomorrow is better than today. Insha allah" usai menuturkan ayat itu, Luth Amsyar menghadiahkan kucupan hangat buat isterinya.

Arin Qirana terpaku.

'Abang janju abang akan hilangkan semua kekusutan sayang' , kata-kata itu bermain di fikirannya.

Tubuh Luth Amsyar yang sudah berbaring di sofa dipandangnya sayu.

To be continued..
Updated on 23/9/2017, 4:09 pm

**sorry korang. sy tak sihat, demam, batuk plus selsema. tapi saya cuba juga update at least 2 chapter per day. doakan saya cepat sembuh ye.

Sayang korang!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience