Kawan Lama

Romance Completed 69146

Hari ini Jiha, Nini dan Mardiah bakal berkunjung sekaligus menemaninya ke butik. Sungguh dia gembira, bertemu semula dengan teman-teman rapatnya.

Loceng rumah berbunyi. Arin Qirana terus tersenyum gembira.

Mereka saling berpelukan. Semuanya mulai berkongsi cerita tentang kerja hinggalah tiba giliran Arin Qirana.

"Haaa, part kau paling best sebab sangat misteri" ujar Jiha

Arin Qirana ketawa. Misteri? Ya, memang misteri kerana dia sendiri tidak tahu siapa bakal suaminya.

"Ala, biasa je lah. Cuma aku yakin, lepas kahwin pun boleh bercinta" ujarnya sambil tersenyum.

Nini mencubit lengannya lalu berkata,

"Kau betul ke tak nak tahu siapa dia?"

Arin Qirana menggeleng laju.

"Tapi dia tu.."

Belum sempat Jiha menyambung ayatnya, Arin Qirana terlebih dahulu memintas.

"Rilek lah korang. Aku memang nak identiti calon suami aku tu dirahsiakan. Aku yakin dia pilihan terbaik ibu"

Jiha, Nini dan Mardiah saling berpandangan.

"Baiklah. Jangan salahkan kitorang tau kalau kitorang rahsiakan siapa orang tu sebab nama dia ada atas kad kahwin kau ni" giliran Mardiah bersuara.

"Okey. Eh jom lah temankan aku ke butik" ujar Arin Qirana

"Dahsyat kau eh? 4 hari nak kahwin, baru nak ambil baju nikah" getus Jiha.

Arin Qirana hanya tersenyum. Mereka semua terus bergerak ke butik pengantin untuk mengambil baju Arin Qirana.

Bakal suaminya telah mengambil baju nikahnya semalam. Semalam juga Arin Qirana punyai kelapangan, namun sengaja dia pergi hari ini kerana tidak mahu terserempak.

To be continued..
Updated on 27/08/2017, 2:59 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience