Bulan madunya di Korea sangat indah. Di bawa ke sana ke mari. Semuanya tempat yang menarik. Semakin hari, hatinya kembali terpaut kepada si suami.
Dia yang sangat tenang. Penyabar. Romantik. Kadang-kadang nakal.
Arin Qirana tersenyum mengenangkan detik-detik indahnya di Korea. Luth Amsyar merangkul pinggang isterinya dari belakang. Arin Qirana terjerit perlahan. Dagu Luth Amsyar di atas bahunya.
"Kenapa?" Arin Qirana menyoal.
"Saja. Tak best lah. Cuti sayang dah nak habis. Rasa nak honeymoon sampai bila-bila je dengan kesayangan abang ni" hidung isterinya dicuit.
Arin Qirana tersenyum manis. Tubuhnya dipusing mengadap si suami. Lelaki itu mencebik. Wajahnya muram.
"Alaa. Abang kan boss. Tak elok cuti lama-lama" pujuknya.
Luth Amsyar mengeluh perlahan. Pinggang isterinya dirangkul kembali.
"Kalau sayang berhenti kerja tak boleh ke? Abang nak kalau abang balik kerja penat-penat, sayang ada jemput abang".
Arin Qirana menundukkan wajahnya. Sesungguhnya permintaan itu terasa amat berat padanya namun dia tahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
"Nanti sayang fikirkan dulu ye. Memang ada plan juga macam tu, tapi rasa sayang pula sebab dah hampir 2 tahun kerja situ" ujarnya dengan nada perlahan.
Luth Amsyar perasan akan redup di wajah isterinya. Simpatinya jatuh buat si isteri.
"Takpe, sayang fikirlah dulu. Abang tak paksa pun. Okey?" Luth Amsyar cuba memujuk. Tidak mahu isterinya terasa beban dengan permintaannya walaupun jauh di sudut hati, dia amat berharap hasratnya itu dapat dilaksanakan oleh si isteri. Arin Qirana tersenyum kelat lalu mengangguk.
"By the way, sayang. Esok mama cakap nak datang sini. Nak datang melawat menantu kesayangan katanya" tambahnya lagi.
"Mama nak datang? Wahhh, bestlah!" ujarnya girang.
"Hmm.. Mama cakap nak melawat menantu dia je. Rindu katanya. Takde pula dia cakap dia rindu anak dia sorang ni" Luth Amsyar mencebik lagi.
Arin Qirana tersenyum.
"Alololo, dengan isteri sendiri pun nak jeles ke? Mengada!" ujarnya lalu mencubit pipi suami tercinta.
"Mana ada jeles. Sayang tu lah. Kalau mama datang, layan mama je. Suami ni macam dah halimunan" ujarnya seperti merajuk.
"Haa! Jeles tak nak mengaku"
Luth Amsyar ketawa kecil. Arin Qirana melentokkan kepala ke dada bidang suaminya. Dia juga tidak mahu berjauhan dengan suami tercinta kerana jika mereka masing-masing sibuk dengan kerja, waktu yang diluangkan bersama amat tipis. Otaknya mencerna segala kewarasan terhadap keputusan yang bakal dibuatnya.
To be continued..
Share this novel