Plan

Romance Completed 69146

Luth Amsyar menghampiri isterinya yang sedang termenung di gazebo. Punggungnya dihenyak. Bahu isterinya disandarkan ke atas dadanya yang bidang. Arin Qirana terkejut, namun dibiarkan sahaja.

Angin bertiup bertiup perlahan. Helaian rambut menutupi sebelah mata isterinya. Luth Amsyar pantas menyeka rambut itu. Wajah comel isterinya ditatap.

Arin Qirana masih leka termenung. Dia terdiam saat sedar diperhatikan oleh suaminya. Jarak mereka agak dekat. Matanya dikerdipkan. Luth Amsyar menyentuh pipi isterinya. Arin Qirana terpana. Bibir mereka bertemu.

1 saat

2 saat

3 saat!

Arin Qirana memalingkan wajahnya. Pipinya membahang menahan malu. Bibirnya dikemam.

'Apa aku buat ni' monolognya di dalam hati

Luth Amsyar mendakap ketat isterinya. Arin Qirana hanya berdiam. Selesa di dalam dakapan suaminya.

"Sayang.."

Arin Qirana menyahut namun wajah si suami tidak dipandangnya.

"Pandanglah abang. Takkan lah ikan dalam kolam tu lebih hensem kot" ujar Luth Amsyar yang cuba bergurau.

Arin Qirana tergelak kecil.

"Malu lah" balas isterinya.

Dagu isterinya diangkat untuk memandangnya. Arin Qirana menatap wajah itu untuk 3 saat lalu pandangannya dilarikan semula. Luth Amsyar tersenyum di dalam hati.

"Abang plan nak pergi honeymoon. Sayang ada tak teringin nak pergi mana-mana? soal si suami dengan penuh prihatin.

Arin Qirana berfikir sejenak. Jarinya digerakkan di atas dagunya. Luth Amsyar meniru aksi comel isterinya.

"Fikir fikir fikir" ujar Arin Qirana.

Umpama ada mentol menyala di atas kepalanya. Wajahnya bersinar dengan senyuman.

"Haaa.. apa kata kita pergi Korea? Sekarang kat sana musim sejuk. Bestttt" ujarnya lalu mengangkat ibu jari. Luth Amsyar mencebik.

"Alah, nanti pergi sana. Sayang jumpa lelaki korea yang hensem, sayang dah tak nak pandang abang" ujarnya separuh merajuk.

Arin Qirana tersenyum. Pipi suaminya dicubit manja.

"Tak ada maknanya. Saya pandang awak sorang je" balasnya.

"Aippp. Apa awak saya? Abang.. sayang.." ujar Luth Amsyar sambil menuding jari ke arah dirinya dan si isteri.

Arin Qirana menayang senyumannya.

"Baiklah abang. Sayang memang lah suka tengok lelaki korea yang comel-comel tu.. tapi abang kan suami sayang. Lagipun, isteri abang ni bukan cantik sangat pun. Comel pun sikit je" getus Arin Qirana.

Luth Amsyar tersenyum bahagia apabila isterinya tidak kekok menukar panggilan di antara mereka berdua.

"Siapa cakap sayang tak cantik , tak comel. Kalau tak cantik, takde lah ramai lelaki mengorat sayang dulu. Cuma sayang je jual mahal. Lagi comel kalau sayang muncung macam ni" Luth Amsyar meniru aksi isterinya.

Arin Qirana ketawa mengekek.

"Oooo. Kalau macam tu..sayang kena buat selalu lah" ujarnya.

"Buat lah selalu. Memang nak kena kiss la jawabnya" balas Luth Amsyar.

Mereka berdua saling ketawa. Bahagia. Ya, perkataan itu paling sesuai menggambarkan situasi mereka. Puan Roziah dan Arman tersenyum dari jauh melihat gelak tawa mereka.

To be continued..
Updated on 31/08/2017

.................................................................................

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN SEMUA YA ;)

Thanks kepada semua yang masih sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. Insha allah akan ada yang menyusul kalau korang nak. Jangan lupa drop komen utk penambahbaikan ye ;)

Salam sayang dari saya, Miss A

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience