Pecah tembelang

Romance Completed 69146

Arin Qirana terpaksa menuruti suaminya dan Emelyn ke shopping mall. Biarpun sudah banyak kali dia menolak, suaminya tetap memaksa. Katanya ingin membeli barang-barang keperluan untuk anak yang bakal lahir.

Dibeleknya sepasang baju bayi berwarna biru cair. Dia tersenyum lalu mengusap perutnya yang mulai menampakkan bentuk.

Luth Amsyar dan Emelyn melangkah mendekatinya. Lengannya dipaut dari belakang.

Wajahnya dipaling ke belakang. Senyuman manis dari suaminya disambut dengan pandangan kosong. Langkahnya diatur. Membelek baju-baju lain.

Pandangannya terhenti pada sepasang kasut baju. Sungguh comel. Wajahnya berubah ceria. Luth Amsyar tersenyum melihat reaksi isterinya.

Emelyn memegang perutnya. Tiba-tiba dia terasa sayu.

"Kenapa sayang tengok je? Pilih lah. Semua comel-comel je abang tengok" ujar Luth Amsyar.

"Macam awal sangat je. Baru 2 bulan. Jantina pun belum tahu" balas Arin Qirana.

Luth Amsyar tersenyum manis. Bahu isterinya dirangkul kemas.

"Alah, takpe. Mana lah tau nanti kembar ke. Sorang lelaki, sorang perempuan" Luth Amsyar tersenyum bahagia. Arin Qirana menguntum senyum di dalam hati.
....................................................................

Luth Amsyar membuka pintu kereta buat Emelyn. Dia tersenyum manja. Dikerlingnya Arin Qirana yang terlebih dahulu membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta.

Tiba-tiba seorang lelaki muda datang menyapa. Berkulit sawo matang. Wajahnya kelihatan sangat marah. Emelyn terkejut. Dia kenal lelaki itu.

Ziyad!

Lelaki yang menyara hidupnya selama ini. Lelaki yang melunaskan apa sahaja keinginannya. Tetapi kerana terlalu bosan hidup terkurung, dia sanggup melarikan diri dari lelaki itu. Dia mahukan kebebasan.

Lelaki itu merentap kasar lengan Emelyn. Luth Amsyar ditolaknya.

"U nak lari mana? U mengandung kan? Anak I kan?"

Emelyn kecut perut. Wajah Luth Amsyar dipandangnya.

"So ni lah jantan bodoh tu? Pak sanggup u?"

Arin Qirana keluar dari perut kereta. Dia berlari mendapatkan suaminya. Emelyn tidak menjawab. Ziyad mulai berang. Dia menolak kasar Emelyn.

Emelyn menjerit kesakitan. Darah pekat mulai mengalir di celah pahanya. Pandangannya kalur dan terus kelam.

To be continued..
Updated on 2/9/2017, 11:23 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience