Arin Qirana terjaga dari tidurnya yang lena. Tangan suaminya yang sasa itu melingkar di pinggangnya. Wajah si suami yang masih lena diulit mimpi itu ditatap tanpa berkedip.
Hidung suaminya disentuh dengan hujung jari. Apabila lelaki itu bergerak sedikit, dia berpura-pura tidur semula. Matanya dibuka semula. Dia tersengih dan cuba untuk menciut hidung suaminya semula.
Dia terkejut saat tangannya direntap oleh lelaki itu. Luth Amsyar membuka matanya seraya tersengih nakal. Arin Qirana menayangkan sebaris giginya. Malu kerana kantoi mengusik suaminya.
"Nakal eh?" ujar Luth Amsyar.
"Mana ada. Tadi ada nyamuk" ujar Arin Qirana.
"Aippp, tak baik tipu. Saya nampak lah. Saja je buat- buat tidur"
Arin Qirana cuba melarikan diri. Luth Amsyar pantas merentap semula pergelangan tangan isterinya. Arin Qirana terbaring semula.
"Siapa cakap boleh lari macam tu je lepas kacau saya tidur?" Luth Amsyar menjongketkan keningnya. Arin Qirana buat muka tidak puas hati.
"Kena denda ni" tambahnya lagi.
Arin Qirana memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati. Luth Amsyar tergelak perlahan.
"Ok, dah dapat idea. Siapa suruh muncung-muncung sangat pagi-pagi ni. Kasi saya morning kiss" Luth Amsyar menjuihkan bibirnya.
Arin Qirana menjauhkan wajahnya dari lelaki itu. Luth Amsyar lantas mengunci pergerakannya.
"Yelahhh. Pejam mata" arah Arin Qirana
Cup!
Kucupan hinggap di dahinya. Arin Qirana terus melarikan dirinya ke dalam bilik air.
Luth Amsyar menyentuh dahi yang basah dengan ciuman isterinya. Dia tersenyum.
"Awak main tipu" jerit Luth Amsyar
Arin Qirana tersenyum. Pipinya membahang. Malu.
To be continued...
Share this novel