Sejak peristiwa 3 hari yang lalu, Arin Qirana tidak lagi mahu keluar rumah. Dia serik. Serik diperlakukan sebegitu. Lelaki itu bukan Luth Amsyar yang dahulu lagi. Sudah terlalu banyak berubah dan yang paling ketara ialah dia semakin agresif terhadap wanita. Argh, dia benci itu !
Tiba-tiba wajah Puan Roziah menjengah di muka pintu.
"Arin, ada kawan kamu datang. Cepat turun, nak. Kesian dia menunggu. Jangan lupa pakai tudung tau" pesan Puan Roziah yang sudah hilang kelibatnya.
Setelah mendengar pesanan dan arahan dari ibunya, Arin Qirana bergegas mengenakan sehelai tudung di kepalanya. Pasti kawannya itu lelaki. Tapi siapa? Hakimi?
Langkahnya dihayun menuruni anak tangga. Tudungnya yang sedikit senget cuba dibetulkan. Tubuh lelaki yang membelakangi pandangannya itu dilihat dengan fikiran ligat memikirkan si empunya badan. Wajah ibunya yang sedang asyik bersembang dipandang lalu senyuman dikuntum.
"Arin, cepat nak. Meh sini! ".
Langkahnya diteruskan ke arah ibunya.
Tiba-tiba lelaki itu terbatuk kecil. Arin Qirana kenal suara itu. Pastinya...
Luth Amsyar!
Lelaki yang tidak pernah jemu memalukannya.
Badannya dikalih dan cuba untuk mengorak langkah namun langkahnya terhenti apabila lengannya direntap. Laju sahaja dia menepis. Pandangan tajam dihadiahkan buat lelaki itu.
"You are so rude, Luth Amsyar" herdiknya dengan wajah bengis.
"Rin, I'm sorry. Pasal semua yang dah jadi. Itu semua bukan seperti yang saya nak"
Arin Qirana tertawa sinis.
"And guess what, yang kes 3 hari lepas pun bukan apa yang awak nak? You are so tricky. Awak gunakan Hakimi dan Farisha! "
Puan Roziah cuba menenangkan anaknya.
"Rin, sabar. Duduk dulu. Selesaikan semua ni" pujuk Puan Roziah.
Dek termakan dengan pujukan lembut ibunya, Arin Qirana menghenyak punggungnya di sofa. Luth Amsyar menyambung lagi.
"Rin, I know I'm too much. Saya sakitkan awak but I'm really sorry. Lets forget about of this. Saya tak nak hidup macam ni. Saya tak tenang selagi awak tak maafkan saya" rayunya.
Puan Roziah mengorak langkah ke dapur. Dia tidak mahu masuk campur urusan dua anak muda itu. Kedua-duanya sudah cukup besar untuk membuat keputusan yang bijak.
"Saya tersilap sebab pernah suka orang macam awak. Cinta tu memang sangat indah. Tapi tak indahnya bila cinta tu bertepuk sebelah tangan dan muncul pihak ketiga. You know, apa yang jadi memang sangat menyakitkan tapi.. saya bersyukur sebab dijauhkan dari orang macam awak. Yang tak tahu bersyukur! Yang menilai cinta dari rupa paras! "
Semua kata-katanya dari Arin Qirana umpama anak panah yang mengenai tepat pada jantungnya. Pedih. Ngilu. Tapi dia sedar, pastinya lagi dalam kepedihan yang telah dialami gadis itu.
"As you wish. Saya maafkan awak"
Arin Qirana berdiri memandang lelaki itu.
"Saya tak nak tengok muka awak dah lepas ni. Anggap je kita tak pernah kenal and nah, saya pulangkan cincin perkenalan kita. You can give it to anyone you want. Thats it".
Cincin di jarinya dilucutkan dan diletak di atas meja kaca di hadapan sofa. Luth Amsyar memandang cincin itu dengan penuh kekesalan.
"Rin, setelah apa yang jadi.. saya mulai sedar yang saya sayangkan awak lebih dari seorang adik dan kawan. Mungkin ini karma untuk saya. Tapi saya redha sebab saya memang jahat. Terima kasih sebab maafkan saya".
Langkah Arin Qirana terhenti. Nafasnya ditarik dalam. Kolam matanya terasa panas namun perasaannya cuba dikawal. Dia tak mahu kelihatan lemah di mata lelaki itu.
"You are too late. Just go, there is nothing left for you" ujar Arin Qirana seraya mengatur langkah ke atas biliknya.
Puan Roziah mendengar semua perbualan mereka. Hatinya merintih.
Luth Amsyar kaku. Dia buntu. Sekali lagi, dia akan kehilangan gadis kesayangannya.
Updated on 23/07/2017, 1:23 am
**Terima kasih kepada yang sudi membaca cebisan ini. Saya sangat² terharu bila tengok komen korang. Rasa makin bersemangat. Thanks korang. Insha allah saya akan cuba update laju². Semua ni untuk korang tau. Thanks support saya. Jangan ketinggalan chapter akan datang. Banyak lagi saya nak update tauuu. Lots of love from #MissA
Share this novel