Flashback (3 minggu yang lalu),
Jiha dan Mardiah terkejut saat melihat Luth Amsyar di hadapan mereka. Lelaki itu melabuhkan punggungnya. Dia tersenyum nipis. Dia menceritakan apa yang terjadi, mereka berdua terkejut. Turut rasa bersalah kerana tidak berada di sisi Arin Qirana di waktu itu.
“Sampai bila kau nak jauhkan diri daripada dia? Kau tak takut ke kalau keadaan jadi makin keruh?” soal Mardiah.
Luth Amsyar menundukkan wajahnya.
“Keadaan akan jadi lebih teruk kalau aku ada di sisi dia. Aku tak boleh kawal emosi aku. Aku sayangkan Rin, aku dah tak sanggup lukakan hati dia lagi”
Jiha memandang Mardiah. Wajahnya serius.
“Sebenarnya, aku nak minta korang tolong tengokkan Arin. Dia selalu sunyi kat rumah bila aku tak ada. At least dia ada teman borak” kata Luth Amsyar
…………………………………………………………
End of flashback,
“Rin, sebenarnya….”
Arin Qirana memandang wajah Mardiah dan Jiha. Kedua-duanya berwajah serius. Dia mengangkat keningnya.
“Sebenarnya apa? Haaa.. ada benda yang aku tak tahu eh?” ujarnya yang mulai curiga.
Jiha menundukkan wajahnya.
“Luth. Sebenarnya dia ada jumpa kitorang 3 minggu lepas. Eh tak, terserempak. Time tu kitorang kat kedai makan, tiba-tiba je dia datang” tambah Mardiah lagi.
Arin Qirana terkejut saat nama itu tersembur keluar dari mulut sahabatnya. Tubir matanya terasa panas. Sungguh dia rindukan Luth Amsyar.
Jiha dan Mardiah menceritakan semua kepada Arin Qirana.
“Niat dia baik,Rin. Walaupun dia jauh dari kau, tapi tak pernah lupakan kau” ujar Jiha. Tangan Arin Qirana digenggamnya.
"Kitorang minta maaf sebab rahsiakan hal ni. Tapi Luth yang minta. Kitorang tak ada pilihan lain"tambahnya lagi.
“Tapi kenapa dia tak jawab semua call aku? Setiap hari aku whatsapp dia, tapi dia langsung tak reply” rintihnya.
"Dia tak ada bagi alamat dia? Kat mana dia tinggal sekarang? Makan minum dia siapa jaga?" soal Arin Qirana bertubi-tubi.
Jiha dan Mardiah terus memeluk erat tubuh Arin Qirana.
“Sabar,Rin. Sama-samalah kita doakan urusan kau dan dia dipermudahkan. Moga hati dia terbuka untuk pulang ke sisi kau. Dia langsung tak bagitahu apa-apa pasal tu” pujuk Jiha seraya menyeka sisa air mata di pipi Arin Qirana.
To be continued..
updated 26/9/2017
Share this novel