4 bulan kemudian..
Arman memandang adiknya, Arin Qirana yang asyik menyuapkan makanan ke dalam mulut. Semua diam saat di meja makan. Arin Qirana mengangkat wajahnya. Dia memberi reaksi pelik terhadap pandangan abangnya. Keningnya diangkat. Arman tersenyum lalu berdehem perlahan.
Sudu diletakkan di tepi pinggan. Arman berhenti menyuap makanan ke dalam mulut. Wajah Arin Qirana dan Luth Amsyar dipandang silih berganti.
"Sebenarnya, abang ada dapat bonus dari boss" Arman mulai membuka bicara.
Puan Roziah tersenyum penuh makna. Dia tahu rancangan anaknya. Arin Qirana buat muka menyampah.
"Lah, sebab tu ke Along pandang Angah semacam je tadi" soal Arin Qirana.
Arman menggelengkan kepalanya. Luth Amsyar hanya mendengar perbualan itu.
"Tak.. sebenarnya abang dapat pakej percutian di Korea" sambung Arman.
Arin Qirana membulatkan matanya. Wajahnya bertukar ceria.
"Koreaaaaa? Bestnyaaaa. Nanti jangan lupa belikan ole-ole untuk kitorang kat sini tau!"
Arman menepuk dahinya. Arin Qirana mengerutkan dahinya. Pelik melihat reaksi abangnya.
"Tak boleh. Along tak boleh pergi. Along kan busy. Projek sana sini"
Arman melepaskan keluhan berat. Cuba meraih simpati dari adiknya.
"Ala, baru je excited" Arin Qirana berubah muram.
"Why not.. kalau Angah je pergi? Along tak nak bazirkan pemberian syarikat. Best tu memang best, tapi mungkin bukan rezeki along sampai sana lagi" ujar Arman. Cuba berbasa-basi.
"Hurmmm. Nak pergi dengan siapa? Takkan nak tinggal Qisya" balasnya perlahan.
Arman menepuk dahinya lagi. Geram dengan adiknya yang agak 'noob'.
"Along dah kenapa, asyik tampar dahi je"
Puan Roziah tertawa mendengar celoteh anak-anaknya.
"Tiket tu untuk 2 orang je adikku sayang.. Adik manis pergilah dengan encik suami. Hey, itu pun nak kena ajar ke" ujarnya lalu mencubit lengan Arin Qirana.
Arin Qirana terus memandang suaminya.
'Takkan aku nak pergi dengan dia. Macam hambar je'
"Angah kan memang dah lama nak pergi Korea. Ni ada peluang, takkan nak lepaskan je" tambah Arman lagi.
Arin Qirana terdiam. Ada betul kata abangnya itu.
"Tapi..um. Zahril dengan Zahra?" ujarnya yang agak buntu untuk membuat keputusan.
"Ibu kan ada" ujar Puan Roziah. Arman mengangguk laju. Bersetuju dengan kenyataan ibunya.
"Luth, kau diam je dari tadi. Ok ke tak?" ujar Arman kepada Luth Amsyar.
Lelaki itu tersenyum manis.
"Saya ok je. Dah lama jugak tak pergi bercuti" ujarnya.
Arman tersenyum di dalam hati apabila mendengar balasan daripada adik iparnya.
"So, camne? Nak ke tak nak?" ujar Arman apabila adiknya membisu seribu bahasa.
"Haih, I can't say no to Korea. Hm, ok lah"
Luth Amsyar menghembus nafas lega. Bermakna dia punya peluang untuk mencuri hati isterinya kembali. Arman mengenyitkan mata ke arah ibunya. Helahnya berhasil.
Updated on 5/12/2017
Share this novel