Hari-hari berlalu dengan pantas. Sudah 2 bulan dia menjadi isteri Luth Amsyar dan suri rumah sepenuh masa. Semuanya indah belaka. Namun dia perasan akan sedikit perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Lebih beremosi.
Dia takut jika Luth Amsyar berkecil hati dengan sikapnya. Semalam sahaja telah wujud pergaduhan kecil antara mereka. Puncanya hanyalah kerana dia merajuk tidak kena masa. Si suami penat pulang kerja dan dia tiba-tiba merajuk.
Dia terhidu bau wangian yang asing di hidungnya. Aneh. Wangian itu bukan untuk lelaki. Namun, dia cuba bersangka baik terhadap suami. Dia menegur si suami tentang wangian aneh tersebut. Si suami menyuruhnya memejamkan mata.
Dia jadi tertanya-tanya tetapi diturutinya sahaja. Apabila matanya dibuka, terdapat satu paper bag berisi sekotak perfume yang telah lama diingininya. Perfume itu terus dicuba dan disembur sedikit di pergelangan tangannya. Wangi!
Tapi!
Itu bukan bau wangian yang melekat di tubuh si suami. Arin Qirana jadi musykil. Senyum manis dipamerkan secara terpaksa.
Hari ini dia memasakkan bekalan untuk si suami. Kononnya suprise kerana telah menghadiahkan perfume buatnya. Shawl berwarna biru laut dililit di kepalanya. Biru laut, warna kesukaan suaminya.
Tiba-tiba dia terasa mual lagi. Segala isi perutnya dimuntahkan. Dia terasa aneh. Sudah acap kali dia mual. Bahkan, dia sendiri menyedari sedikit perubahan akan bentuk tubuhnya.
Mulutnya ditekup!
Pregnancy test dicari di dalam almari. Wajahnya berubah ceria apabila mendapati dua garis di atas pregnancy test itu.
Rasa syukur dipanjatkan buat Ilahi. Dia gembira kerana bakal menjadi seorang ibu. Sungguh detik bahagia itu perlu dikongsi bersama si suami. Dia bergegas ke Indera Corp. Waktu itu amat tepat kerana pasti suaminya ingin keluar lunch.
Pintu bilik si suami diketuknya berkali. Tertera nama 'LUTH AMSYAR BIN DATO AZMAN (PENGARAH SYARIKAT). Sungguh dia bangga mempunyai suami yang berjaya seperti Luth Amsyar. Berjaya menguruskan syarikat besar di usia mudanya.
Dia melangkah masuk di saat tiada sahutan. Seorang perempuan seksi sedang mengurut bahu suaminya. Perempuan itu amat dia kenali.
Emelyn!
Bekalan yang dibawanya jatuh ke lantai. Tubir matanya berair. Hatinya bagai disiat-siat.
Emelyn buat muka selamba. Senyumnya sinis. Luth Amsyar terkejut bukan kepalang.
Pandangan Arin Qirana mulai kabur. Kepalanya terasa berat. Sempat dia menangkap jeritan dari suaminya sebelum pandangannya terus kelam
"sayang!"
To be continued..
Updated on 01/09/2017,2:52 pm
Share this novel