Arin Qirana menangis semahu-mahunya. Tiada guna dia menahan tangisan itu lagi. Jangkaannya meleset. Dia fikir suaminya akan memujinya biarpun sedikit, tetapi sebaliknya yang terjadi.
Wajahnya yang comot ditatap melalui cermin. Tangisannya bagaikan tidak mahu berhenti. Perutnya diusap perlahan. Cuba mencari kekuatan.
Luth Amsyar yang berkali-kali mengetuk pintu bilik air, hanya diendahkan sahaja.
Usai membersihkan diri, dia mengatur langkah ke arah katil lalu merebahkan dirinya. Matanya terus dipejamkan saat tersedar bunyi pintu dikuak perlahan.
Luth Amsyar mendekati isterinya yang sedang tidur lena. Rasa bersalah makin menimbun saat terkenangkan anak yang dikandung oleh isterinya.
Kepala isterinya diusap perlahan. Air matanya jatuh tanpa diminta. Hiba. Sayu.
Dahi isterinya dikucup.
"Sayang, maafkan abang. Abang tak dapat kawal emosi bila sayang abaikan abang. Sayang buat macam abang tak wujud. Abang rindukan sayang" ujarnya sambil mengelus lembut tangan isterinya.
Arin Qirana menahan emosinya. Luahan si suami sedikit sebanyak membuatkan tempok egonya ranap. Matanya terus dipejamkan. Kaku. Luth Amsyar mengusap perlahan perut isterinya.
"Baby, temankan ibu tau. Jagakan ibu untuk ayah. Ayah jahat, sebab tu ibu marah. Ibu dah banyak nangis sebab ayah. Maafkan abang, sayang" ujar Luth Amsyar dengan air mata yang masih setia mengalir.
Arin Qirana terasa sebak. Air liur yang ditelan terasa pahit. Emosinya mulai terganggu apabila mendengar kata-kata suaminya.
Luth Amsyar mencium perut dan dahi isterinya.
"Good night sayang, anak ayah"
Luth Amsyar melangkah keluar dari bilik isterinya. Arin Qirana membuka mata. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah juga.
To be continued..
Updated on 2/9/2017, 4:55 pm
Share this novel