Abang oh Abang!

Romance Completed 69146

Petang itu, Arin Qirana sudah dibenarkan pulang. Hatinya sedikit gembira kerana dia tidak suka berlama di hospital. Namun, apabila memikirkan tentang kejadian tadi, dia jadi malu dan sebal. Mana taknya, memang lah malu kerana dia pengsan melihat Luth Amsyar.

Tak cukup dengan itu, dia dimalukan lagi dek lelaki itu. Membahang mukanya menahan malu. Fikirannya menerawang memikirkan Daniel Izman. Kata-kata jejaka itu kepadanya sebentar tadi, bermain-main di fikirannya.

'Arin, you owe me an explanation'

Dia mulai menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia tahu dia bakal berhadapan dengan suatu malapetaka.

Wajah abangnya yang sedang fokus memandu itu ditatapnya. Arman menoleh melihat wajah adiknya yang cemberut.

"Dah kenapa muncung sangat mulut tu? Nak kena gunting? " ujar Arman seraya tersenyum.

Arin menayang muka tidak puas hatinya.

"Abanggg.. mesti abang tau yang pemilik syarikat tu adalah Luth Amsyar kan? Kenapa tak bagitahu Arin? Kan dah malu Arin tadi" gumam Arin Qirana. Dia mendengus perlahan.

Arman tertawa kecil dan mula mengatur ayatnya.

"Memang lah abang tahu. Tapi bukan abang sengaja rahsiakan, cuma abang tak nak Arin terganggu. Tu je. Tapi tak sangka pulak sampai pengsan adik abang ni" ujarnya lalu menghamburkan tawa.

Arin mencubit lengan abangnya. Arman mengaduh kecil lalu kembali fokus pada pemanduannya ke office.

"Aduhh, mesti kena marah teruk dengan boss. Apa lah aku nak kelentong nanti " gumam Arin sendirian. Pandangannya dibuang ke arah luar tingkap kereta.

To be continued..
Updated on 24/07/2017, 6:11 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience