Arin Qirana tersedar apabila hidungnya menangkap bau ubat. Dia adalah orang yang sangat benci akan hospital. Jarum. Ubat. Dia takut semua itu. Arman mendekati adiknya yang terpisat-pisat bangun dari tidurnya. Wajah manis adiknya ditatap dengan penuh kerisauan.
"Abang, kenapa Arin kat sini? Bukan sepatunya tadi Arin kat office ke? " ujar Arin Qirana dengan wajahnya yang polos.
Sungguh comel. Arman tertawa kecil mendengar soalan cepumas dari Arin Qirana.
"Yelah adikku sayang. Tadi memang kita kat office. Tapiiiii.. Arin yang tiba-tiba pengsan".
Arin Qirana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Keningnya berkerut.
"Arin pengsan? Jap jap! Sebab...."
Belum sempat Arin mengakhiri kata-katanya, Daniel Izman dan Luth Amsyar sudah menjengah masuk ke wad tersebut.
Dia terkejut lagi.
"Ehhh, jangan pengsan lagi. Saya bukan hantu" gurau Luth Amsyar.
Arin Qirana menjengilkan matanya. Daniel Izman memandang Arin Qirana dan Luth Amsyar silih berganti.
"Arin.. Luth.. Korang saling mengenali ke? Macam mana Arin boleh pengsan lepas tengok kau ni? ".
Luth Amsyar tertawa kecil lalu mendekati Arin Qirana. Senyuman manis dihadiahkan buat gadis itu. Dia kembali memandang Daniel Izman.
"Kau nak tau kenapa Arin pengsan lepas pandang aku? Haaaa.. sebab aku hensem sangat lah tuu. Kau tak percaya, tanya si Arin ni " guraunya lagi.
Arin Qirana mendengus perlahan. Wajahnya cemberut. Daniel Izman hanya ketawa.
"Hahaha, gurau aje lah. Sebenarnya Arin ni.."
Kata-katanya terhenti di situ. Senyuman nakal dihadiahkan buat Arin Qirana. Fikirannya ligat memikirkan cara menyakat gadis itu. Arin buat muka jelik.
"Sebenarnya Arin ni.. ex aku. Kitorang satu universiti dulu. Kan Arin? " sambung Luth Amsyar. Matanya dikenyit ke arah gadis itu.
Wajah Daniel Izman sedikit berubah. Dia cemburu!
Luth Amsyar dapat menangkap riak wajah Daniel Izman. Betul tekaannya. Lelaki itu pasti menyukai Arin Qirana. Baginya agak pelik apabila seorang boss terlalu mengambil berat akan pekerja bawahannya.
Arman yang melihat, hanya mampu tersenyum. Belakang badan adiknya ditepuk lembut.
"Lah, yeke? Patutlah payah sangat aku nak tackle Arin ni. Kau ajar lah aku cara nak tackle dia". Ketawa kedua-dua lelaki di hadapannya itu mengundang jelik buat Arin Qirana.
"Serius lah kau payah nak tackle Arin? Maybe sebab dia tunggu aku lagi kot ".
Daniel Izman tidak senang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Luth Amsyar. Sedikit sebanyak, dia mulai terkesan dengan kata-kata itu.
Wajah Arin Qirana dipandangnya. Keningnya masih berkerut. Senyuman yang dihadiahkan buat gadis itu tidak berbalas. Mungkin berkecil hati dengan gurauannya.
"Itu kau kena tanya Arin sendiri kot. By the way, korang dah berapa lama tak jumpa? "
Luth Amsyar bermain dengan jari-jarinya.
"Dah dua tahun. Makin cantik" ujar Luth Amsyar lalu berpaling memandang Arin Qirana dengan senyuman nakalnya.
"Okey lah. Aku terpaksa pergi dulu sebab ada hal kena settle kat office. Pasal meeting yang tertunda tadi tu, nanti aku suruh PA aku set tarikh yang sesuai. Insha allah secepat mungkin" ujar Luth Amsyar meraya menepuk perlahan bahu Daniel Izman. Lelaki itu tersenyum manis.
"Sorry tau pasal tadi. Aku tak sangka jadi macam ni" getus Daniel Izman dengan penuh kekesalan.
Luth Amsyar ketawa lagi.
"Eh, it's okay. Anything for my dear. Bye! "
Dikenyit lagi matanya ke arah gadis itu.
Hati Daniel Izman mulai panas. Selepas Luth Amsyar berlalu pergi, Daniel Izman kembali bersuara.
"Arin, you owe me an explanation! " ujar Daniel Izman dengan wajah seriusnya.
Arin Qirana kecut perut. Wajah abangnya ditatap. Lalu dia mengeluh kecil.
"And you too abang! ".
Arman tersengih memandang adiknya. Dahinya ditampar halus.
'Alamak, kang dah kantoi'
-
-
-
To be continued
Updated on 24/07/2017, 3:36 am
**Nampak tak betapa gigihnya admin menulis demi korang? Hehe.
Tiba-tiba je mata ni tak nak tutup pulak. Terpikir korang.. terus admin start menulis untuk chapter baru.
Btw, Luth Amsyar dah makin nakal ek? Hahaha. Kesian Arin kena camtu kan? Hehehe.
Share this novel