"Kandungan Puan dalam keadaan baik. Cuma macam saya cakap tadi, Puan kena elak makan makanan tak berkhasiat dan memudaratkan. Jangan terlalu stress dan jangan buat kerja berat" ujar Doktor Salma kepada Arin Qirana.
Arin Qirana mengangguk lalu tersenyum manis. Luth Amsyar memaut bahu isterinya. Gembira mendengar perkhabaran daripada doktor itu.
"Encik boleh bawa Puan Arin lagi untuk pemeriksaan seterusnya"
Luth Amsyar mengangguk.
"Baiklah. Terima kasih ya".
Doktor Salma tersenyum. Senang melihat pasangan tersebut kerana sebelum ini Arin Qirana hanya datang seorang diri untuk pemeriksaan. Kegembiraan yang terpancar di wajah Luth Amsyar menyejukkan matanya memandang.
....................................................................
Di Restoran
Makanan di hadapannya dipandang dengan wajah gembira. Sudah lama dia mengidam untuk makan di restoran tersebut. Luth Amsyar tersenyum manis melihat reaksi isterinya.
Arin Qirana meneguk segelas air. Sekadar untuk membasahkan tekaknya. Kemudian dia terbatuk kecil. Perutnya mulai terasa sebu. Diusapnya perlahan. Wajahnya berkerut menahan kesakitan yang dirasainya. Luth Amsyar mendekati isterinya.
"Sayang.. kenapa ni?" wajahnya penuh dengan kerisauan.
"Sakit. Perut saya sakit" jawab Arin Qirana perlahan. Matanya tidak mampu dibuka kerana masih menahan kesakitan.
Luth Amsyar segera menelefon ambulans. Seorang perempuan sedang tersenyum sinis memandang pasangan suami isteri yang mulai resah gelisah. Dendamnya terbalas.
Dia!
Emelyn!
To be continued..
Updated on 3/9/2017, 8:09 pm
Share this novel