Lagi

Romance Completed 69146

Daniel Izman terpaksa bersetuju untuk mengadakan meeting di Indera Corp. Dia tahu niat Luth Amsyar.

Arin Qirana cuba mengawal riaknya. Wajah Daniel Izman yang tegang itu menimbulkan sedikit rasa takut. Dia hanya berdiam. Arman hanya memerhatikan mereka berdua yang terdiam sepi tanpa kata-kata. Dia mengerti perasaan Daniel Izman. Tetapi, apakan daya.

5 minit kemudian, bilik mesyuarat itu mulai dipenuhi oleh mereka dari Indera Corp dan juga Nars Corp.

Mata Luth Amsyar tertacap pada Arin Qirana yang manis berbaju kurung biru cair. Dia tersenyum sendiri.

Arman dan Daniel Izman hanya memandang. Arin Qirana menundukkan wajahnya saat dia sedar diperhatikan.

Selang beberapa minit kemudian, mesyuarat dimulakan. Arin Qirana melakukan yang terbaik. Dia berpuas hati.

Wajah Daniel Izman dipandang. Lelaki itu menguntum senyuman manis buatnya.

Luth Amsyar mulai cemburu.

"So guys, to celebrate this day..lets have lunch together. Saya belanja" ujar Luth Amsyar dengan wajah ceria.

Mereka semua bersorak gembira. Mana tidaknya, boss belanja kan?

Saat berjalan ke lif, kaki Arin Qirana tersadung. Luth Amsyar sempat mengimbangi tubuh genit itu daripada terjatuh.

Arin Qirana kaku. Dia malu.

Wajah mereka begitu dekat. Arin menelan air liur.

Arman berdehem.

Luth Amsyar meleraikan pegangannya pada lengan Arin Qirana. Mereka berdua kembali ke realiti.

"Um, sorry" ujar Arin Qirana dengan wajah merah kerana malu.

"It's okay. Just, hati-hati"

Mereka yang lain sudah berada di dalam perut lif, hanya tinggal Arin,Luth, Arman dan Daniel Izman.

Daniel Izman mendengus perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Arin Qirana. Pandangannya mencerlung memandang Arin Qirana.

Dia cemburu dan andai sahaja gadis itu tahu.

To be continued...
Updated on 14/08/2017, 4:43 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience