Gosip

Romance Completed 69146

Arin membuka aplikasi Whatsappnya. Group 'BFF forever' sudah mulai riuh apabila Jiha, Mardiah dan Nini tahu dia sudah pulang ke rumah.

Jiha: Kau free tak harini? Kitorang nak terjah rumah kau harini. Hehe

Nini: Aah,Rin. Ke kau still penat lagi?

Arin: Aku free je harini. Penat tu ada lah sikit. Tapi,sokey. Korang datang je. Aku rindu sangat ni nak jumpa korang.

Mardiah: Cunnnn.

Jiha: Eh kau Mar. Apa yang cun? Aku eh? Hahahahahaa.

Arin: Porahhhh. Perasan.

Nini: Aku lah cun. Gadis melayu terakhir niii

Mardiah: Apa yang korang merepek ni? Maksud aku, cun lah sebab Arin free harini.Boleh kita serang dia !!

Jiha: Haaa cantik. Mar kau datang jemput aku. Kereta takde lah. Adik aku pakai.

Nini: Mar, jemput aku sekali eh? Please, Mar cantik lagi menawan?

Mardiah: Eleh, banyak la korang punya puji. Yelah, pukul 2 japgi korang dah siap depan pintu pagar. Siapa lambat aku tinggal.

Nini: Baik boss

Jiha: Haaaa, camtu lah kawan aku.

Arin: Datang tau, kalau korang tak datang.. Aku mogok setahun.

Nini: (emoji roll eyes)

Jiha: (emoji roll eyes)

Mardiah: (emoji roll eyes)

Perbualan di alam maya itu terhenti di situ.

Di rumah Arin

Rumah itu dipenuhi dengan gelak tawa Arin dan ketiga-tiga sahabatnya. Ada saja topik yang diborakkan. Sekejap pasal kerja. Sekejap pasal shopping. Hinggalah sampai ke topik rakan universiti.

"Arin.. ku nak tahu tak gosip terhangat? "

Mardiah dan Nini hanya berdiam saat Jiha melontarkan soalan itu kepada Arin.

"Apa? Pasal siapa? "

Jiha tersenyum penuh makna. Mardiah dan Nini mencubit lengannya. Arin yang perasan akan riak wajah sahabatnya, terus bertanya,

"Pasal siapa, Jiha? "

"Ummm, pasal Abang Luth. Kau okey ke kalau aku buka cerita pasal dia?" tanya Jiha dengan teragak-agak.

Arin Qirana tersenyum sahaja. Nafasnya dihela. Sudah dia agak, pasti gosip itu mengenai lelaki tersebut. Riak wajahnya dikawal seupaya yang boleh.

"Tak pe. Aku okey je. Alang-alang kau nak cerita, why not. Teruskan je"

Mardiah, Jiha dan Nini tersenyum lega. Jiha meneruskan ceritanya. Arin yang mendengar hanya mengangguk. Kadang riaknya tidak mampu dikawal kerana terlalu terkejut dengan berita itu.

"Cuma kadang tu, aku terfikir jugak. Mungkin apa yang jadi kat Abang Luth tu balasan Allah kat dia. Yelah, atas apa yang dia dah buat kat kau dulu tu".

Kata-kata Jiha cuba dicernanya sebaik mungkin. Dia sendiri tidak tahu, apa yang harus dirasakannya pada saat itu. Mungkinkah berpuas hati dengan apa yang terjadi kepada Luth Amsyar? Bertepuk tangan? Menari suka? Atau sebaliknya?

Mardiah meneruskan perbualan itu.

"Sebenarnya, Rin... Selepas 3 hari kau ke Johor, Abang Luth ada jumpa aku. Dia nak minta maaf dengan kau. Dia cakap dia menyesal dengan apa yang dah terjadi. Kau kan dah tukar nombor. Haritu jugak, dia ada mintak aku nombor telefon kau. Tapi, aku tak kasi sebab aku takut kau marah".

Arin menghela nafas lega. Sungguh dia bersyukur dengan tindakan Mardiah.

"Thanks korang. Jangan pernah bagitahu dia apa-apa pasal aku. Aku dah tak nak dekatkan diri aku dengan lelaki macam dia".

Mardiah, Jiha dan Nini tersenyum senang. Selepas habis berborak, Arin dan sahabatnya menikmati lunch yang disediakan oleh Puan Roziah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience