Jauh

Romance Completed 69146

Setelah tamat pengajiannya di universiti tersebut, Arin akan pergi jauh dari situ. Internshipnya akan berlangsung selama ½ tahun di Larkin, Johor. Mungkin cukup waktu itu untuk dia menenangkan hatinya.

Dia langsung tidak membenarkan Luth Amsyar untuk bersua muka dengannya. Hari-hari yang dilaluinya di universiti itu terasa begitu pantas.

Hari ini dia akan ke Johor. Hatinya berat untuk meninggalkan ibunya bersama adiknya, Qisya. Namun apakan daya.

"Bu,Rin sedih lah kena tinggal ibu".

Puan Roziah tersenyum manis mendengar rengekkan anak gadisnya. Pipi Arin dicubit lembut.

"Takpe lah. Qisya kan ada temankan ibu. Rin takde pun takpe. Boleh ibu pegi shopping selalu dengan Qisya", gurau Puan Roziah.

"Haaa, betul tu Angah. Boleh Qisya pegi shopping dengan ibu. Manja-manja dengan ibu. Kak Ngah dah besar, kasi la Qisya pulak chance", terjah Qisya tiba-tiba.

"Elehhh, Qisya jeles lah tu", Arin menjelir.

"Eii, sudah. Kang ibu lagakan kepala baru tahu".

Qisya dan Arin ketawa mengekek apabila ibunya membebel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience