Lega.
Ya, Arin Qirana lega apabila ibunya serta adik-beradiknya bersetuju dengan syarat yang diletakkan untuk 'misi' pencarian calon suaminya.
Puan Roziah menurut sahaja permintaan pelik anaknya. Arman tahu apa yang terjadi di antara adiknya dengan Luth Amsyar. Jadi, dia tidak mahu campur tangan.
Puan Roziah sudah mencari calon suami buat anaknya. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak telah dilakukan. Arin Qirana agak terkilan kerana dia belum sempat bersua muka dengan bakal ibu mertuanya. Dia terlalu busy.
Puan Roziah ingin sahaja memberitahu anaknya tentang identiti calon suami tersebut, namun Arin Qirana mendesak agar hal tersebut dirahsiakan daripadanya. Puan Roziah akur. Dia mengenali anak muda itu. Yang baik budi pekertinya. Yang bijak mengambil hati orang tua.
Luth Amsyar!
Lelaki yang pernah dibenci oleh Arin Qirana. Puan Roziah juga telah lama tidak
bertemu anak muda itu. Dia tahu anak muda itu telah lama menyukai anak gadisnya, namun anak muda itu pernah menyakiti hati anak gadisnya.
Luth Amsyar bijak memujuk. Puan Roziah yang pada mulanya menolak untuk menerima dirinya sebagai menantu, mulai menukar keputusan.
Jika difikirkan memang ada logiknya. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Mana mungkin dia akan memenantukan lelaki yang tidak dia kenal hati budinya.
Arin Qirana sendiri sibuk dengan kerjanya. Segala persiapan dilakukan oleh pihak lelaki dan ibunya. Bukan dia tidak kasihan, tetapi Puan Roziah sendiri yang bersetuju. Dia sendiri mahu melakukan persiapan perkahwinan tersebut memandangkan Arin Qirana merupakan anaknya yang pertama bakal melangsungkan perkahwinan.
Namun, dia tertanya-tanya akan satu hal.
Luth Amsyar!
Ke mana lelaki itu menghilangkan diri? Kecewakah dia dengan perkahwinan Arin Qirana?
Bagaimana pula dengan Daniel Izman?
Lelaki itu menghormati keputusan Arin Qirana untuk berkahwin. Tidak dinafikan bahawa dia agak kecewa apabila gadis itu sendiri meluahkan perasaannya. Biarpun hanya dianggap sebagai seorang kawan, Daniel Izman tetap gembira. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Ya, mungkin benar.
Tidak kurang dari 5 hari lagi, Arin Qirana bakal bergelar isteri. Dia sendiri berdebar. Juga tidak percaya bahawa dia akan bertukar status.
"Amboii, menungkan apa tu?"
Arman menegur adiknya. Arin Qirana tersenyum manis.
"Menungkan masa depan lah"
"Oooo masa depan. Mesti fikir pasal rumah tangga kan? Mesti comel kan Angah jadi isteri orang nanti" Arman mulai mengusik adiknya.
Arin Qirana tertawa halus.
"Pandai eh"
"Angah betul-betul yakin dengan keputusan ni?"
Arin Qirana mengerutkan keningnya.
"Apa pulak tak yakin. Angah yakin ibu dah buat pilihan yang tepat. Siapa pun orang tu, Angah terima sebab dia pilihan ibu" ujarnya dengan senyuman manis. Arman juga tersenyum.
To be continued...
Updated on 27/08/2017, 2:08 am
Share this novel