Nekad

Romance Completed 69146

'Apa dia maksudkan?'

'Betul ke dia dah tak sukakan aku?'

'Apa aku nak buat ni?'

Luth Amsyar mulai gelabah. Dia takut jika gadis itu benar-benar sudah bencikan dia.

Telefon bimbit disambar. Panggilan dibuat untuk gadis itu.

"Assalamualaikum" Luth memulakan perbualan.

Arin Qirana mengeluh. Penat. Fed up.

"Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi? Kan saya dah jelaskan semuanya tadi. Jangan buang masa saya lah" getus Arin Qirana.

"Tak jelas. Apa maksud awak? Saya langsung tak faham!"

Arin Qirana tertawa sinis.

"Tak faham atau buat-buat tak faham? Look, Mr.Amsyar. Seperti yang awak cakap tadi, you will stop chasing if.......”

Arin Qirana membiarkan kata-katanya tergantung. Saja mahu mendera lelaki itu.

"What? You really gonna make it real?"

Arin Qirana tertawa lagi.

"Bukan lelaki je pantang dicabar, saya pun"

Luth Amsyar mulai faham akan maksud gadis itu.

Ya!

Arin Qirana akan mencari jalan untuk perkahwinannya. Biarpun tiada calon.

Dia nekad.

Mungkin masih berdendam.

"Tapi.. awak mesti belum ada calon. Jangan buat kerja gila lah, Rin"

Arin Qirana mendengus. Lelaki itu benar-benar menjengkelkan.

"Tu awak tak perlu risau, saya boleh suruh ibu saya carikan. Not a big problem"

Luth Amsyar terpana. Sungguh tidak dia sangka gadis itu mampu menjadi sungguh nekad.

Otaknya ligat memikirkan cara untuk tidak melepaskan gadis itu ke tangan orang lain.

Ya!

Dia harus mendahului permainan yang dia mulakan ini.

Biarpun harus bermain kotor!

To be continued...
Updated on 23/08/2017, 1:33 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience