Emelyn dimasukkan ke dalam wad. Dia telah kehilangan bayinya yang baru mencecah usia 1 bulan. Ziyad berasa kesal dengan tindakannya. Dia turut merasa kehilangan itu.
Luth Amsyar hanya berdiam. Dia mulai sedar akan kesilapannya. Rasa berdosa mulai menebal.
Perkahwinannya bersama Emelyn tentu sahaja tidak sah kerana dia hamil waktu diijabkabulkan.
"Aku halalkan semua yang aku dah kasi kat kau. Aku maafkan kau" ujar Luth Amsyar lalu meninggalkan Emelyn yang mulai menangis.
Arin Qirana memandang dengan perasaan simpati. Marahnya hilang terhadap gadis itu. Tinggal simpati. Ziyad memeluk Emelyn erat. Mereka ditinggalkan berdua. Arin Qirana mengekori suaminya.
....................................................................
Luth Amsyar menceritakan semua yang terjadi kepada ibu bapanya. Wajahnya penuh dengan kekesalan. Puan Roziah meramas perlahan tangan anaknya. Dia bersyukur dengan kebenaran tersebut.
"Mama dah agak dah. Perempuan tu memang bukan yang baik-baik. Dia cuma nak hidup mewah" getus Datin Rohaya. Wajahnya merah menahan amarah.
"Luth, Allah dah tunjuk kebenarannya. Apa yang jadi ni pasti ada hikmahnya" tambah Dato Azman. Luth Amsyar mengangguk. Senyuman kelat dipamerkan.
"Ibu, Rin naik atas dulu eh. Penat" ujar Arin Qirana. Puan Roziah mengangguk seraya menguntum senyuman manis buat ibunya. Luth Amsyar cuba untuk memimpin isterinya namun ditolak lembut oleh Arin Qirana.
"Takpe. Saya boleh naik sendiri"
Datin Rohaya memandang sayu. Begitu juga dengan Puan Roziah. Dia tahu anaknya pasti terkilan dengan apa yang telah terjadi.
"Luth, bagi Rin masa. Isteri mana yang tak terkilan bila suami duakan dia. Rin pun tengah mengandung, emosi dia mesti tak stabil" nasihat Datin Rohaya.
Luth Amsyar menundukkan wajahnya. Kesal. Kecewa. Sedih. Semuanya bercampur baur.
"Betul tu, Luth. Nanti pandai-pandai lah kamu pujuk isteri kamu. Selesaikan dengan cara terbaik. Papa percaya kamu boleh jadi suami yang baik" Dato Azman menepuk perlahan bahu anaknya.
Disuntiknya kata-kata semangat itu buat anaknya. Luth Amsyar terus terdiam. Otaknya mencerna semua kata-kata yang ditujukan buatnya.
To be continued..
Updated on 2/9/2017, 11:49 pm
Share this novel