Gaun berwarna biru muda tersarung cantik di tubuh Arin Qirana. Lengannya dipaut kemas oleh si suami. Dadanya sedikit berdebar apabila hampir semua mata memandang ke arah mereka berdua. Luth Amsyar perasan akan riak isterinya.
"Sayang jangan buat muka cuak macam tu. Senyum je, lagi cantik" bisiknya ke telinga Arin Qirana. Hidung isterinya dicuit sedikit. Arin Qirana makin malu.
Mereka kemudiannya berjalan mendekati yang lain. Daniel Izman juga turut di situ. Mereka saling berbalas senyuman. Luth Amsyar meninggalkan isterinya yang asyik melihat persembahan.
Arin Qirana memandang sekeliling. Mencari kelibat suaminya. Dia tersenyum sendiri melihat suaminya yang sedang rancak berbual bersama pemilik syarikat Budi Corp.
Tegaknya terasa dahaga. Langkahnya diatur untuk mendapatkan segelas air.
Daniel Izman mendekati Arin Qirana dengan senyuman manis. Arin Qirana agak terperanjat apabila dicergah perlahan oleh lelaki itu. Mereka saling ketawa. Luth Amsyar memerhatikan dari jauh.
"Hai pretty mommy wannabe!" tegur Daniel Izman berbaur jenaka.
Arin Qirana tersenyum manis.
"Hai my hot ex boss!" guraunya kembali.
Perbualan mereka terus berjalan. Luth Amsyar sedikit cemburu melihat kemesraan isterinya dengan lelaki bernama Daniel Izman itu.
Seorang lelaki memegang gelasnya dan tiba-tiba terpelecok. Daniel Izman pantas bergerak. Tubuhnya didekatkan dengan Arin Qirana. Tangannya tanpa sengaja memaut pinggang wanita itu. Kot hitamnya basah dengan minuman yang dipegang lelaki itu.
Luth Amsyar pantas mendekati. Ditolak kasar tubuh lelaki bernama Daniel Izman itu. Amarahnya cuba ditahan. Lelaki itu kemudiannya memohon maaf kerana kecuaiannya.
Arin Qirana memandang suaminya. Dia tahu suaminya marah.
"Sorry, sebab saya kot awak basah" ujar Arin Qirana.
Daniel Izman masih bersahaja. Kot hitamnya ditanggalkan. Tinggal kemeja berwarna biru gelap sahaja tersarung di tubuhnya.
"Takpe Rin. Sorry Luth, aku tak sengaja tadi tu" ujar Daniel Izman.
Luth Amsyar tidak memandang wajah lelaki itu. Lengan isterinya ditarik.
"Jom balik!" ujarnya tegas.
Arin Qirana terpana.
"Tapi, majlis tak habis lagi" balasnya.
Luth Amsyar menguak kasar rambutnya. Pandangannya tajam ke arah Daniel Izman.
"Yeah, this dinner is not done yet. But, I'm so done with you all punya drama. Jom balik!" arahnya serupa diktator.
Arin Qirana melangkah mengikuti suaminya. Agak malu diperlakukan sebegitu di khalayak ramai. Daniel Izman mendengus perlahan. Sungguh bukan ini yang dia inginkan.
To be continued..
Updated on 22/9/2017, 4:30 pm
**Sorry gais. Saya baru boleh update. Busy sangat last week. Assignment bersepah. Hehe. Sorry tau.
Salam sayang dari MISS A
Thanks for keep supporting!!
Share this novel