Kesabaran

Romance Completed 69146

Sesi fotografi. Semuanya berjalan lancar di mata tetamu, tetapi tidak buat Luth Amsyar. Arin Qirana menghilangkan diri selepas tetamu mulai surut.

Dia mulai gundah. Apakah penerimaan si isteri terhadap dirinya. Kata-kata keramat itu terngiang di telinganya.

'I Hate You'

Sungguh simple ayat itu namun memberi kesan yang cukup mendalam.

Dia tahu Arin Qirana menerima kejutan yang amat besar. Namun, dia berharap gadis itu sudi menerimanya sebagai seorang suami.

Langkahnya di atur. Tangga didaki. Pintu bilik diketuk berkali-kali. Bibir pintu dikuak apabila tiada sahutan. Matanya meliar mencari kelibat si isteri.

Katil masih kemas. Tiada terusik.

Pandangannya jatuh di sebuah sofa di sebelah almari baju. Sekujur tubuh yang masih berbaju pengantin. Dia mendekati.

Wajah yang sedang lena diulit mimpi itu ditatapnya dengan perasaan cinta. Kepalanya yang sudah tidak ditutupi tudung itu disentuhnya dengan penuh kasih sayang.

Berdosakah dia? Merahsiakan identitinya? Bersalahkah dia?

Air mata lelakinya mulai melurut jatuh ke pipi.

Tiba-tiba sahaja hatinya terasa sayu. Dia sedar Arin Qirana bukan seperti yang dulu. Kini dia lebih dingin. Tawanya juga hilang tatkala mereka bersua. Yang ada cubalah wajah serius yang tidak jemu dipamerkan kepadanya.

Dia sedar.

Semua itu berlaku adalah kerana dirinya sendiri. Kejadian yang berlaku dahulu pastinya meninggalkan kesan yang dalam di hati gadis itu.

Arin Qirana terbatuk kecil. Matanya dibuka perlahan-lahan. Wajah si pemilik tubuh di sisinya itu dipandang dengan reaksi terkejut. Dia menyentuh kepalanya. Tidak bertutup. Matanya terbungkam.

Lelaki itu hanya memerhati. Mereka masing-masing terdiam.

"Awak penat kan? Pergi mandi dulu ya? Rehat lah atas katil tu, lebih selesa" ujar Luth Amsyar.

Arin Qirana menjeling.

"You win Luth Amsyar! You are such a good player" sambung Arin Qirana.

Luth Amsyar menguak rambutnya ke belakang. Dia tahu isterinya mahu memulakan semula perbalahan itu.

"Tak apalah. Saya mandi dulu eh"

Langkahnya diatur berat. Arin Qirana memerhatikan setiap gerak geri suaminya.

"Loser will conquer the game with dirty way. So you are" Arin Qirana sengaja mencabar kesabaran lelaki itu

Setiap kata-kata yang meniti keluar dari bibir Arin Qirana bagaikan butiran peluru yang ditembak ke arahnya. Pedih.

Arin Qirana bukan tidak perasan butiran halus di pipi lelaki itu. Dia sendiri terkejut.

'Tapi kenapa dia menangis?'

'Rasa bersalah kat aku ke?'

Arin Qirana mulai membuat persoalan sendiri. Dia berbaring semula sementara menunggu gilirannya untuk mandi. Kepalanya terasa berdenyut. Dia kembali terlena.

To be continued..
Updated on 29/08/2017, 4:16 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience