Luth Amsyar sibuk menelek telefon bimbitnya. Arin Qirana mengerling sekilas. Dia melepaskan keluhan kecil. Bosan berada di dalam bilik hotel itu. Dia mahu keluar, menikmati udara malam.
"Awak, jom keluar. Bosan lah terperuk je dalam ni" rengeknya. Cuba memujuk si suami.
Luth Amsyar tersengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.
"Ala, kejap. Saya tengah belajar ni" balasnya.
Arin Qirana mengerutkan keningnya.
"Belajar apa pulak? Jom lah.. Saya lapar" pujuknya lagi.
Luth Amsyar tidak pula membalas. Hanya terdiam. Masih leka membelek telefon bimbitnya. Arin Qirana mulai geram melihat reaksi suaminya. Dia lantas mengangkat punggungnya lalu melangkah pergi. Namun baru beberapa langkah sahaja, pergelangan tangannya ditarik.
Langkahnya terhenti namun dia tidak memalingkan tubuhnya. Enggan melihat wajah suaminya.
"Ala, jom-jom. Jangan la merajuk" ujar Luth Amsyar. Lembut.
Arin Qirana sedikit terpujuk mendengar suara suaminya namun dia masih terdiam kaku.
"Abang belajar.. I mean, saya belajar bahasa korea lah" tambahnya lagi apabila tiada sebarang reaksi dari isterinya.
Arin Qirana mencebik. Badannya dipusingkan.
"Eleh, buat apa belajar? Nak mengorat awek korea lah tu" tempelaknya.
Luth Amsyar ketawa kecil mendengar kata-kata isterinya yang berbaur cemburu.
"Haih, apa pulak mengorat awek korea. Ni.. isteri sendiri ada depan mata" balasnya lalu mecuit hidung isterinya.
Arin Qirana terpana. Diam tak berkutik. Luth Amsyar tersenyum manis.
"Saranghaeyo"
Mini love dibentuk di jarinya. Cuba meniru aksi pelakon korea yang dilihatnya di Youtube.
Arin Qirana ketawa halus. Terhibur melayan suaminya yang tiba-tiba berubah mood romantis.
"Awak.. lapar.." rengek Arin Qirana.
"Haha, eh lupa pulak. Jom keluar makan. Awak pegi bersiap dulu"
Arin Qirana mengangguk. Entah kenapa, hatinya terasa berbunga-bunga.
Updated on 12/12/17
Share this novel