Kandungannya sudah berusia 1 bulan dan Zahril Imtiyaz sudah berusia 5 bulan. Tanah perkuburan dipandang sayu. Dia rindu pada ayahnya. Perutnya diusap lembut.
"Ayah, Rin bawak cucu ayah. Rin rindu ayah. Ayah tak sempat pun tengok cucu ayah. Rin rindu ayah semalam. Rin minta maaf sebab lama tak jenguk ayah. Rin minta maaf.." ujarnya sayu.
Puan Roziah, Qisya dan Arman memandang Arin Qirana.
"Rin, jangan sedih. Ayah mesti sedih kalau tengok Rin macam ni" pujuk Puan Roziah.
"Angah jangan nangis. Nanti Sya nangis jugak. Sya pun rindukan ayah" ujar Qisya.
Arin Qirana mengesat air matanya dengan hujung lengan baju.
"Ayah mesti sedih sebab Rin tak jenguk dia. Rin anak derhaka.."
Puan Roziah mengusap belakang anaknya.
"Ayah mesti faham. Tak jenguk tak bermakna Rin lupa dengan ayah kan? Kirimkan doa untuk ayah setiap kali solat. Ayah selalu dekat kita semua, percayalah!"
Arin Qirana mengangguk. Anaknya dikucup penuh kasih.
"Ayah tunggu kitorang kat sana tau"
Sesudah itu mereka menyedekah al-fatihah dan surah yassin.
UJIAN ADALAH TARBIYAH DARIPADA ALLAH. BERSABARLAH.
ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR.
-THE END-
**Heyyy. Dah habis pun cerita ni. Sori buat korang tunggu lama2. Syg korang yg setia baca nukilan saya yg x seberapa ni.
Nantikan yg akan dtg. Karya sy yg ke-2 bakal menyusul. Nanti sy umum tajuk tauuu.
Love u all
Share this novel