Home

Romance Completed 69146

Arin Qirana dan Luth Amsyar menarik bagasi masing-masing. Pintu rumah diketuk.

Tok!
Tok!
Tok!

Wajah Qisya menjengah di muka pintu. Matanya terbuntang. Terkejut dan teruja menerima kepulangan kakak dan abang iparnya.

"Ibuuuuuuuuuu.. Angah dah balik!"

Dipeluk tubuh kakaknya.

"Qisya, jangan kuat sangat peluk kakak tu. Dia tengah.."

Puan Roziah tiba tidak sampai seminit. Turut merindui anaknya.

"Jom, masuk. Ibu dah masak. Kita lunch sama-sama. Luth, jom mama dengan papa pun ada" Puan Roziah menarik tangan anaknya.

Luth Amsyar tersenyum melihat reaksi ibu mertuanya.

Luth Amsyar memeluk mamanya. Papanya tersenyum senang.

"Ibu, Zahril mana? Rin rindu lah dengan dia"

Puan Roziah tersenyum.

"Anak kamu ada kat atas. Baru je tidur" ujar Puan Roziah.

"Jom lah makan. Kang dah sejuk tak sedap pulak" tambah Puan Roziah. Mereka semua mulai bergerak ke ruang makan.

Arin Qirana duduk di sebelah suaminya. Masing-masing tersenyum.

Luth Amsyar mengetuai bacaan doa. Mereka mulai menyuap makanan ke dalam mulut. Berselera benar.

Arin Qirana berdehem kecil lalu memulakan ayatnya.

"Sebenarnya, Rin...."

"Eh, makan lah dulu. Tak elok bercakap depan makanan" tegur Puan Roziah.

Arin Qirana terdiam lalu tersengih. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya namun tekaknya enggan menerima.

Dia lantas berlari ke arah sinki dan memuntahkan isi perutnya. Luth Amsyar mendapatkan isterinya. Arin Qirana menekan perutnya. Kepalanya ditekan sedikit kerana terasa pening.

"Kenapa? Tak sedap ke ibu masak?"

Arin Qirana dan Luth Amsyar masih terdiam.

"Ke kamu dah tak boleh makanan Melayu? Mentang-mentang baru balik dari Korea. Eii, budak ni"

Mereka semua ketawa mendengar bebelan Puan Roziah.

"Eh, tak lah ibu. Arin ni...dia tak lalu makan sekarang. Asyik muntah je. Maklumlah, pembawakkan budak" ujar Luth Amsyar selamba.

Mereka semua terdiam. Arin Qirana tersenyum manis biarpun kepalanya masih berdenyut.

Mereka masih membisu.

Kaget mungkin.

"Rin, me..mengandung?" soal Puan Roziah.

Arin Qirana mengangguk laju. Suasana mulai riuh. Masing-masing bersyukur dan gembira mendengar berita mengejut itu.

"Baru nak bagitahu? Eii, budak-budak ni"

Arin Qirana ketawa.

"Ala, tadi ibu yang cakap. Tak baik bercakap depan makanan" jawabnya.

Mereka ketawa lagi.

"Bertuah punya anak" Puan Roziah ketawa.

"Seeee. Ada hikmahnya along menipu korang" Arman menyampuk.

"Menipu apa ni?" Arin Qirana bingung.

"Sebenarnya....tiket tu along yang beli. Kalau suruh korang pegi gitu je memang tak lah jawabnya, kena trick sikit. Hahahaa" ujarnya dengan ketawa.

Luth Amsyar dan Arin Qirana berpandangan sesama sendiri lalu menghamburkan ketawa. Baru sedar bahawa mereka dibohongi.

"Pandai ehh. Hah, along tu. Bila lagi nak kahwin? Angah dah nak masuk dua kot"

Sengaja mengenakan abangnya.

Qisya tersengih bak kerang busuk.

"Along tengah kumpul duit. Sya selalu dengar malam-malam along sembang dengan buah hati dia"

Arman mencubit pipi adiknya.

Puan Roziah dan Arin Qirana memandang tajam ke arah Arman. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tersengih menampakkan giginya.

"Nanti Man bawak dia jumpa ibu eh. Jangan la marah"

Puan Roziah mencebik.

"Tau takot. Patutlah selalu tersengih je kalau pandang henfon. Diam-diam rupanya"

Suara bayi menangis mengejutkan mereka. Arin Qirana lantas berlari ke tingkat atas.

"Sayang, jangan lari. Kesian baby dalam perut tu" jerit Luth Amsyar kepada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience