Keputusan

Romance Completed 69146

Daniel Izman mempersetujui keputusan Arin Qirana untuk berhenti kerja. Baginya keputusan itu akan membawa kebaikan buat Arin Qirana dan juga buat dirinya.

Dia sudah menerima hakikat bahawa gadis itu bukan jodohnya. Dia ingin melupakan dan membuang perasaannya jauh-jauh. Agak sukar kerana dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Arin Qirana.

Arin Qirana sedang mengemas barang-barangnya. Nars Corp sebuah syarikat yang amat dikaguminya. Syarikat yang telah banyak menabur jasa kepadanya. Mana mungkin dia dapat melupakan mereka semua di situ.

"Rin, kau jangan lupa kitorang tau" ujar Lisa. Wajahnya muram. Rizal hanya memerhatikan dengan senyuman manis.

"Rin, aku sokong tindakan kau. Tempat isteri di sisi suami" ujarnya.

Arin Qirana tersenyum. Lega hatinya apabila mendapat sokongan daripada mereka yang lain.

Setelah memikirkan berkali-kali, Arin Qirana nekad dengan keputusan yang dibuat. Cadangan dan permintaan oleh suami dan ibu mertuanya diikuti.

"Thanks Riz. Lisa, jangan sedih tau. Nanti ada masa kita lepak sama-sama eh" pujuknya.

Lisa memeluk Arin Qirana. Dia sedih kerana gadis itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
.................................................................................

Arin Qirana termenung. Pandangannya ditala le arah luar tingkap kereta. Luth Amsyar memerhatikan isterinya yang terdiam sejak masuk ke dalam perut kereta. Tangan isterinya disentuh. Arin Qirana tersentak lalu memandang suaminya.

Lelaki itu menghadiahkan senyuman buat isterinya. Dia kembali fokus pada pemanduannya.

"Sayang menyesal ke dengan keputusan ni?" ujar Luth Amsyar dengan wajah serius.

Arin Qirana terus meramas perlahan tangan suaminya.

"Abang..Rin tak menyesal pun lah. Ni keputusan yang Rin buat sendiri. Takde sesiapa yang paksa. Cuma, Rin rasa sebak sebab tinggalkan kawan-kawan kat tempat kerja tu" ujarnya dengan mata berkaca.

Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Air mata mulai menitis. Cepat-cepat diseka. Sayu hatinya bila teringatkan kenangan di Nars Corp.

"Alah, janganlah risau. Nanti kalau sayang nak lepak dengan diorang pun abang tak kisah. Tapi kena minta izin dulu lah" Luth Amsyar cuba memujuk.

"Betul ni?" Arin Qirana kembali ceria.

"Boleh je. Tapi jangan selalu sangat, nanti abang cemburu" ujar Luth Amsyar seraya tersengih nakal.

"Yelah. Asyik nak cemburu je kan" Arin Qirana mencubit lengan suaminya.

Luth Amsyar terjerit kecil. Arin Qirana ketawa kecil.

"Sayang ni suka betul jadi ketam kan?"

"Macam Mr.Crab kan?" tambah Arin Qirana.

"Ehh tak. Mr.Crab tu gilakan duit, tapi sayang abang ni tak kan?"

Arin Qirana mencubit pipi lalu mencuit hidung suaminya.

"Rin gila juga. Tapi Rin gilakan abang" ujar Arin Qirana.

Luth Amsyar meledak ketawa.

"Sayang jangan goda abang. Abang tengah drive ni"

Arin Qirana menjelirkan lidahnya. Suaminya tergelak kecil melayan kerenah si isteri.

To be continued..
Updated on 01/09/2017, 2:03 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience